27/12/11

ekspresi marhaen - surat untuk führer dan rakyatnya!

Pertama sekali sebelum saya membuka seribu bicara, lebih baik saya perjelaskan dulu apa itu führer (atau fuehrer). Fuehrer bermaksud leader atau ketua. Boleh jadi juga seseorang yang mana jari telunjuknya sangat laku. Sebagai contoh, aku nak satu bilion! sambil menunjuk ke arah lambakan duit dalam peti besi KWSP. Dan sekelip mata, proses kemasukan duit berlaku serta-merta. Itulah yang dikatakan, jari telunjuk laku (tujuan perenggan ini diadakan adalah sebagai persediaan defensif. Takut nanti ada pula yang putar belit kata, saya menazikan pemerintah Malaysia. Tidak sama sekali. Harap maklum!)

Tujuan surat ini dilayangkan bukan sebagai tanda saya tak pernah bersyukur menjadi seorang rakyat Malaysia. Saya tahu, masih ada banyak negara yang mana masalah korupsinya sudah pada tahap tak boleh nak buat apa-apa dah walaupun jenuh rakyatnya berdemonstrasi.  Galak berdemontrasi dan menuntut satu revolusi tapi pengakhirannya? Mati! Ok. Tamat cerita tentang negara orang. Bukan itu tujuan saya untuk menulis.

Siapa kata kita bebas untuk bersuara? Malah jika dikira satu dunia pun, tak ada siapa pun yang berani bersuara. Kalau tak pemerintah yang buta mata dan pekak telinga, sudah tentu rakyatnya pula yang tuli! Kita kata sikit, mereka kata banyak. Bila golongan sederhana bersuara menuntut hak untuk dibantu, mereka kata orang sederhana tak kenang dek untung, tak nak berusaha cari duit banyak dan mulalah nak mencari modal peralatkan agama kata kita tak redha dengan apa yang kita ada. Berhenti hipokrit! Sebenarnya kita semua memang tak ada kebebasan untuk bersuara! Muktamad!

Itu perihal rakyat Malaysia yang apati. Perihal führer dan seangkatan dengannya, cuba kalau saya mengata sesuatu tentang pemimpin kerajaan. Sebagai CONTOH, katakan saya kutuk isteri PM; Imelda Marcos Malaysia, pergi jahanam. Perabih duit rakyat! SPRM, siasat apa berlaku di sebalik kemewahan dia! Agak-agak, apa akan jadi pada saya? Sudah tentu polis datang tangkap saya. Alih-alih, muka kita pula yang masuk Buletin Utama.  Mulalah rakyat yang sebelum ini yang tak pernah nak ambil peduli, tak tahu hujung pangkal sibuk nak mengeji. Itu cerita führer di Malaysia. Kalau nak cerita tentang dunia pula, siapa yang ada hak untuk bersuara? Kalau saya lantang kata; Bebaskan Palestin. Perang habis-habisan lawan Israel. Amerika busuk! Amerika jahat!, agak-agak Interpol akan cari saya tak 2, 3 hari kemudian? Jadi, kesimpulan untuk perenggan pengenalan surat saya, KITA TIADA HAK UNTUK BERSUARA. Melainkan kalau kita membontot Lady Gaga buat perjanjian dengan syaitan, saya percaya...setiap apa yang kita hajatkan, pasti terlaksana. Ada berani?

Cukuplah saya merepek sebagai pengenalan diri. Sebenarnya, tak ada apa yang hendak saya bebelkan pun di dalam surat maya ini. Cuma ada 2 , 3 perkara yang saya fikir, elok juga führer Malaysia bermuhasabah diri kenapa masih ramai generasi muda yang hanya mampu menyumbang dan membentuk populasi 'tak berguna' dalam negara sendiri. Orang kata, kita kalau nak melentur buluh biarlah dari rebung. Kalau nak melentur buluh yang dah keras kematu, hasil yang kita dapat cuma sakit hati sendiri. Bila kita bersuara, generasi buluh mulalah kata kita tak pandai nak bersyukur. Mulalah nak ajar kita supaya berbudi bahasa. Kata kita teruk, mencemuh orang yang layak untuk mendapat bantuan walaupun golongan yang layak itu ada di antaranya sentiasa 'kenyang perut'! Maaflah. Saya berterus-terang. Seteruk-teruk saya membadutkan manusia, tidak pernah terlintas dalam kepala fikiran saya untuk membinatangkan manusia. Harap maklum! Saya masih memegang kesopanan dan kesusilaan sebagai seorang rakyat Malaysia!

Berbalik pada alkisah melentur buluh biarlah dari rebung. Saya nak tanya, apa arah tuju PLKN sebenarnya? Apa faedahnya PLKN itu sendiri? Bagi saya, PLKN langsung tak relevan! Membazir duit! Mengerah keringat golongan sederhana untuk membayar cukai tapi diakhiri dengan projek PLKN yang tak membawa apa-apa makna. Membendung masalah sosial? Saya lihat, masih berlambak kes buang bayi! Masih bersepah budak-budak rempit yang biadab! Dan percayalah andai-kata Malaysia mengalami darurat perang sekalipun, alumni PLKN tak akan mampu berbuat apa-apa. Datang PLKN nak buat apa? Selain makan, makan, makan dan makan. Selebihnya, aktiviti manja yang melembikkan generasi! Tak percaya? Apa kes kalau datang PLKN, semata untuk mencari peluang untuk bercinta monyet? Apa kes kalau datang PLKN, menunjuk hebat di kalangan rakan menghisap rokok sambil hu-ha (bawah sedar, rokok itu pembinasa badan dan duit?) Apa kes kalau datang PLKN, peserta lelaki yang masih mentah tentang luasnya dunia ini menindik telinga sesama sendiri dengan pin kain lampin bayi sambil mengisytiharkan diri; Aku budak punk! (Bila saya tanya, apa itu punk? Dan budak lelaki menjawab; punk itu chaos!, agak-agak di mana tahap kebodohan mereka?)

Saya tertanya-tanya, kenapa führer tak laksanakan akademi militari? Bersifat militari dan penuh berdisiplin! Lasak fizikal. Menerap kerohanian dan moraliti yang jitu berlandaskan agama. Kenapa tidak semacam itu? Kenapa tidak mencontohi negara Singapura (paling dekat)? Laksanakan! Biar mandatori untuk budak lelaki! Ajar mereka supaya jangan suka-suka nak mengandungkan anak orang! Ajar mereka supaya jangan suka-suka merendahkan nilai nyawa sendiri! Tunjukkan pada mereka, betapa seksanya mati dengan amalan yang seciput! Lahirkan generasi berwibawa! Lahirkan generasi yang setia dan sanggup pertahankan negara! Bukan PLKN yang tak membawa apa-apa maksud! Penjahanam generasi! Kenapa mesti führer pedulikan kata-kata rakyat yang berlagak pandai tapi bodoh hati? Kenapa mesti nak hiraukan; Aku tak akan benarkan anak aku diseksa macam tentera! Anak aku tak layak untuk jadi prebet! Anak aku bakal doktor!. Eloklah, doktor cucuk diri sendiri. Habis 1 badan, cucuk kemaluan sendiri. Akhirnya, tersadai tepi lorong! Membazir!

Lagi saya pelik, kenapa mesti mewajibkan remaja perempuan untuk menyertai PLKN? Adakah demi memenuhi hak kesamarataan? Apa fungsi perempuan? Kalau berperang sekalipun, majoriti mereka tak lebih hanya menjerit dan menangis. Tak semua perempuan cekal hati untuk memegang senjata! Melainkan yang benar-benar berminat dan menyertai tentera. Mereka memang saya hormat dan tabik! Kagum dan membanggakan. Tapi ketahuilah, perempuan sekarang ini fungsinya hanyalah menunjuk lawa demi dipikat lelaki idaman hati! Tak lebih dari itu! Jadi, PLKN langsung tak relevan untuk budak perempuan! Tolong jangan membazir masa mereka. Kalau ya nak membazir duit rakyat pun, bukalah satu kem mengajar budak perempuan tentang keusahawanan yang melibatkan hal-hal perempuan seperti jahitan, masakan, penjagaan anak dan yang berkaitan dengannya. Konsep yang sama, penerapan kerohanian dan moraliti berlandaskan agama. Ajar juga mereka, tak guna gila nak jadi jantan! Serius! Golongan perempuan yang menyerupai lelaki, kalau ditakdirkan mereka dirogol lelaki pondan sekalipun, perempuan berwajah lelaki itu akan mengandung juga! Fitrah alam. Tak boleh nak lari ke mana-mana! Jangan salahkan takdir. Kita ada agama. Fikirkan nasib kita 'di sana'. Apa kesudahannya?

Wahai führer Malaysia! Ajar mereka dengan ketegasan! Bukan ajar mereka lembik. Bila mereka menuntut kebebasan seksual, kebebasan agama dan entah apa-apa kebebasan, masa itulah nak melatah dan tergadah? Sudah terlambat! Fikirkan generasi yang bakal mendukung negara di kemudian hari! Fikirkan, generasi itulah yang akan memilih kamu sebagai pemimpin! Bagaimana cara hidup rakyat, begitulah cara hidup pemimpin. Bagaimana cara hidup pemimpin maka begitulah cara hidup rakyat!

Seronok juga mengangkat bahasa luar dari bahasa sendiri ini ya? Baru saya tahu kenapa mereka sangat ketagih untuk menggunakan bahasa selain bahasa Melayu itu sendiri!

28 comments

Terbaik. Setuju sgt² dgn apa yg di perkatakan.

Baru saya tahu apa maksudnya, mekasih fara.

27/12/11

(1) golongan sederhana ni terabai sebenarnya kat malaysia..gol mesekin dapat bantuan itu ini.. golongan kaya dapat insentif itu ini..gol sederhana..apa pun tak dapat..

(2) saya setuju PLKN tu membazir.. projek tu tak lebih daripada projek nak menguntungkan syarikat kroni..buang masa..buang tenaga..

pelik kan bila pemimpin yang sudah kaya raya merembat duit rakyat hanya dikenakan denda..sedangkan rakyat yang miskin sampai nak beli susu anak mencuri susu dipenjarakan..

awesome post. kita tak akan nampak muka fuhrer itu di majlis2 keagamaan atau rohani, tapi kalau di konsert campur laki perempuan, ada pulak dia utk special appearance. mungkin pru13 dapat mengubah segalanya :)

camne nak sebut ayat tu yek..

bunyinya...fure ke :)

nak mula guna ni...sesuai dgn minah
rambut kembang tu kan :)

27/12/11

SALAM,

MENARIK MEMBACA ENTRI INI .. LF JUGA TURUT RASA GELISAH, RESAH DAN TAK SENANG HATI DENGAN PELBAGAI PERKARA YG TIDAK MENYENANGKAN BERLAKU DI SEKELILING KITA! PADA MASA YG SAMA, LF SEDAR DAN INSAF DLM SESETENGAH PERKARA, KITA LEBIH BAIK DRPD NEGARA2 TERTENTU YG LAIN !

PENDIRIAN LF, TAK KIRA SIAPA DAN PIHAK MANA, YG BETUL TETAP BETUL DAN BOLEH DITERUSKAN MALAHAN MUNGKIN BOLEH DILAKUKAN PENAMBAHBAIKAN. YG TAK BETUL PULA, PERLU DITEGUR ,DIPERBETULKAN DAN DIBANTU MANA YG BOLEH.

DALAM HAL INI, LF MULAKAN DGN MELIHAT DIRI DAN KELUARGA SECARA JUJUR DAN SELANJUTNYA MENGAMBIL TINDAKAN MELAKUKAN APA YG PERLU MENGIKUT KEMAMPUAN DAN KEUPAYAAN LF. SYARIAT AGAMA MENJADI LANDASANNYA . WALLAHUA'LAM.

27/12/11

cheqna kena baca betul2 ni...
amik masa jap
fuhhh =)
lama tak bertegur sapa ngan mommy =)

lakonan semata2, rahsuah bermaharaja dimana2, nak bersuara..lagilah. Pemimpin mcm boneka.

27/12/11

saya jugak seorang führer. Di rumah. Di negara kecik saya punya sendiri.

27/12/11

Saya harap fuhrer Malaysia sedar bahawa rakyat dah makin bijak, bukan boleh diperbodoh bodohkan macam zaman 50- 60an...

27/12/11

Setuju yang PLKN itu tidak relevan. permasalahan sosial remaja dan kecelaruan identiti disebabkan faktor remaja itu sendiri, didikan ibubapa dan pengaruh rakan sebaya.

kak ita pun setuju sesanggat..kekadang kita tak tahu kat mana nak kita luahkan ketidakpuasan hati...

pasal PLKN pun sama juga...

Ada bini fuhrer kat Malaysia ni lebih berkuasa daripada fuhrer itu sendiri...apa gelaran seswai tu...fuhrerwati atau puan sri fuhrer atau fuckhrer... Sorry termencarut yang disengajakan..hihi!

ini....beyond awesome.

sangat membuka mata juga.yep,plkn dah tak nampak mana relevannya.sekadar tambah bilangan kawan di fb selepas itu mungkin?

end up berkapel sesama ahli plkn pun banyak juga.

27/12/11

oh baru tau PLKN wajib utk perempuan...

Apabila selalu meminggirkan agama sedikit sebanyak akan menjejaskan tak kira institusi kecil seperti keluarga sehinggalah institusi besar seperti pendidikan dsb...

Balik pada pegangan agama insya-allah akan mudah perjalanannya. Tapi siapa yg hendak mulakan revolusi itu bila yg ingin bersuara akan terus ditangkap dan ditindas...

Tanpa Nama
27/12/11

dah lama kau tak menaip sebegini berjela, dan izinkan aku mengambil tempat si fuehrer sebagai komen balas dalam nada agak sinis seperti selalunya kita dengar dan baca.

eh, apa lagi golongan marhaen seperti kau hendak mempertikaikan tanggungjawab kami menguruskan perjalanan negara? bukankah telah lebih setengah abad kami memerah otak menjadi satu-satunya kelompok pembela yang berjaya menyediakan kamu satu ruang untuk kamu tinggal, berkahwin, bekerja dan mencari nafkah dalam suasana aman. apakah tidak cukup lagi itu semua.

usah kau nak begitu peduli dengan apa jenis penyelewengan yang melalui batang hidung kau selama ni. apakah kau akan terus-terusan ingin menjadi bangsa yang melukut di tanah sendiri seperti yang berlaku di negara luar sana? dan jangan sekali-kali kamu mempermainkan perkataan agama dalam menghalalkan lidah kamu dari mempolitikkan pegangan samawi itu. kau tak layak kerana kau cuma golongan yang dipimpipn. yakni golongan yang cuma hanya mengangguk. itulah kasta yang selayaknya untuk kau!

itu kerja kami, jangan masuk campur!

maaf, agak emosi...

27/12/11

Setiap penulisan kamu ada isi yg hampir sempurna...isi kamu cukup rasa...bila pedas ada rasa cili...tambah garam ada masin terasa...Khalifah Dunia...kebebasan BERSUARA sejak bila zamannya ia bebas..TIADA..yg bebas bersuara juak-juaknya...kroni-kroninya dan seangkatan dgn nya...

27/12/11

selamat petang fara

sungguh sukar kak ayu nak baca bila bab2 yang kak ayu kurang senang.. tapi bila fara syer ttg ini..

kak ayu baru dapat tau dgn sejelasnya...

tahniah sebab syer pada kak ayu ya dik.....

harap2 kita sentiasa ada kesedaran

@SM

Aku kebosanan. Bukan dgn fuhrer je. Tp dgn semua orang.

Nak dekat pilihanraya nie, emosi tu terlebih sikit. Aku nak sinis pun, aku dah cukup sinis kat entri atas.

Mungkin ada orang, belum baca entri aku...dah senyum sinis. Iyelah. Blog aku Pok Amai-Amai je. Bukan BeautifulNara.

=p

@C-I-K-I-N-T-O

Hahaha! Komen nie mmg I LIKE!

@Ati Masrif

Hahahahahahahaha!

@Lady Windsor

Sy suka fuckhrer tu. Cool! Hahahaha!

teringat mula-mula plkn diperkenalkan....

akhbar berita tayangkan berita ada budak kena gari sebab tak daftar plkn...

"Huhuhu... takotnya!"

28/12/11

setuju dengan pendapat dari C-I-K-I-N-T-O..

Mengenai PLKN, kasihan pada mereka yang kurang berkemampuan didenda kerana anak tidak menghadiri PLKN.. cuba selidik kenapa pelajar terbabit tidak dapat hadir ke PLKN; dan bukan semua yang hadir itu sepenuh raga menjiwai apa itu PLKN.

suka entry ni..agak2 kalo fara jd calon pru13 mesti ramai yg vote!

kelakarlah PLKN tu, tak tahu motip kerajaan : ) anak cik ina yang 3 orang tak kena PLKN : )

29/12/11

smti :)
hebat

7/1/12

MASA mula2 plkn wujud, ada remaja perempuan didenda krn x daftar plkn. padahal budak pempuan tu baru lepas bersalin. kesian dia kena tingalkan anak semata2 nak penuhi syarat PLKN tuh...

Catat Ulasan