Saban hari saya mencari sekeping 50 sen. Tapi apalah sangat 50 sen berbanding RM50? Tak apa. Janji 50 sen tidak menjarakkan hubungan kami anak beranak. Bukan apa. Cita-cita saya adalah untuk melihat anak membesar sendiri. Dari dia basah hingga kepalanya botak berulang-kali.
Saya tersedar satu perkara. Hari pertama saya mencampak sekeping duit 50 sen ke dalam balang kaca, masa itu juga saya ketip kuku anak saya. Dan bila cukup RM3.50 seminggu, saya dapati kuku anak saya kembali tumbuh panjang dengan sihatnya
Walau saya tahu, harga nasi lemak ayam goreng berempah di Lembah Klang lebih mahal harganya dari nilai RM3.50. Tapi lebih tak ternilai bila dapat membelek apa yang ada dari tak ada dan apa yang tak ada dari ada pada anak kita.
23 comments
nak nasi lemak 60 sen? kat sekinchan ada. nasi lemak yang penuh kasih sayang namanya.
ikhlas cakap aku tak paham ko citer pasal apa.
pasal duit 50 sen atau pasal ketip kuku?huhu
SAYA SUKA MENYIMPAN DUIT SYILING JUGA.. APABILA PENUH SAYA MASUKKAN DALAM AKAUN SSPN ANAK SAYA.. ;)
belaian ibu membuatkan anak lebih akrab dan lebih mengenal kasih sayang bila mereka dewasa nanti..
bagus, aydin menabung dari sekarang, setiap hari tau..bytime aydin form 5, boleh beli tag heuer satu..ahak!
yay menabung. saya suka
@Irfa
Hahahaha! Dalam weh maksud aku dlm entri nie. Kena baca byk kali kalau nak phm.
yes..menabung!
sbnr nye..x brape nak paham..sbb sy ni insan yang x beranak lagi ! haha
salam kenal :)
@Lady Windsor
Tak naklah kak. Abis form 5, sy tak nak die utang dgn PTPTN. Ckplah mak bapak die je yg bergelar penghutang...
Huhuhu!
dulu ms study mmg rajin simpan duit syiling..skrg simpan juga utk bayor parking heheheheheheee
dulu suke simpan syiling.tapi xbertahan lame.1 sem je.hu3
jumlah yang kecil bila di simpan, pastinya akan menjadi besar dan bernilai.. eloklah kecil dari langsung tak ada.. mana nak dpt yg besar kalau tak mula dgn kecil kan fara..
kira hubungan ibu ngan anak mcm isi ngan kuku..walaupun kuku ketip selalu tumbuh jugak..tapi nasik lemak kat putrajayanie tak dapat lah 50sen..hehe
suka simpan syiling 20 sen tapi bila time nyawa2 ikan terpaksa kugunakan ia..
oh.. kenapa hari ni tak terjangkau msg yang cuba disampaikan dalam entry ni.. :(
KC pun suka simpan syiling 50 sen
Er.. sya pun xberapa paham. Tapi bagus tu amalan menabung krn tanpa disedari lama2 boleh jadi bukit. Harga nasi lemak kosong kat sini dah RM1.20.
pst: entah apa2 la komen sya nih
bagusnya, boleh tiru ni, tabung anak anak saya belum penuh penuh lagi.
kak ayu suka ingatkan umai collet wang syiling..
ajar dia menabung
nasi lemak ayam di kedai sis rm 3.50. gakk
sikit-sikit lama-lama jadi bukit, kat rumah , firdaus suka kutip syiling masuk tabung, dalam tak sedar dah dua kali cik ina keluarkan duit tabung tu time sesak : )
seronok ajar anak menabung.. tp yg x syok bila anak2 akak keluarkan duit tabung kemudian hari2 nak kira..tabung kan boleh dikorek bontotnya...
lagi satu,mesti adik ni mama yg prihatin dan cukup teliti segala perubahan pada diri anak..akak kekadang tak sedar yg anak akak yg bongsu dah pandai sebut mama sebab hari2 sibuk jee.. issshhh
Sikit² lama² jadi bukit ☺☺
oooooooooooooooooooooooooooo
baru paham .sian aku