Dari jauh kelihatan seperti gumpalan kertas yang basah. Bergerak sedikit demi sedikit. Adakala kepala mendongak ke atas. Dan adakala ekor bergerak ke kiri dan ke kanan. Bila dipandang dekat, rupanya seekor anak tikus yang sedang kebasahan dan menggigil kesejukan. Kasihan.
Mungkin anak tikus itu akan mati tidak lama lagi. Apatah lagi 'Encik Misai' ada di merata tempat. Kalau bukan dijadikan juadah santapan, mungkin menjadi alat permainan paling menyeronokkan. Dan saya bertindak sebagai manusia prihatin, kembalikan anak tikus itu ke dalam lubang sarang ibunya. Walaupun saya tak tahu lubang yang mana saya tapi tawakal saja. Harapnya, dia kembali ke pelukan ibu tikus itu sendiri. Supaya dia tidak lagi menggigil kesejukan. Supaya dia dapat menikmati semula susu ibunya.
Naluri keibuan saya mula tersentuh. Saya berimaginasi, pasti ibunya tidak keruan mencari anaknya sendiri. Walaupun yang keluar dari perutnya berekor-ekor namun andai seekor hilang, pasti menguit hidungnya cuba mencari. Walaupun tikus itu kotor. Walaupun tikus itu penyumbang penyakit manusia tapi ia tetap haiwan yang punya naluri. Dan saya cuba memikirkan andai perkara yang sama terjadi pada anak anjing atau anak babi. Jika tersesat di mana-mana dalam keadaan basah dan kesejukan, apakah usaha saya untuk menyelamatkannya?
Agak-agak, boleh tak?
29 comments
Ada hukum alam yg menyatakan, lets mother nature do the job. Contohnya macam cameraman Animal Planet yg shooting gambar anak rusa kena attack dgn singa, mereka tak boleh selamatkan anak rusa tu atas sentimen kasihan..sebab fitrahnya memang ia ditakdirkan sebagai 'rezeki' buat si singa. Maka adakah kamu telah menutup 'rezeki' si kucing?
~hehehe
Boleh saja ...hanya menolongnya perlu bersyarat agar tidak tersentuh mendatangkan ralat....
:(
semua ibu mesti ada naluri yg sama.
kalau aku nampak anak anjing sesat..apa harus aku buat?huhu
kalau ikut naluri camtula pulangkan balik. tapi kalau saya rasanya tak terbuat mcm tu, geli dgn tikus.
alolor, tacink lah pulak. ;)
bisa saja...
kalau anjing tu...ada daya lg nk selamatkan...tp kalau babi tu...isyy payah soalan ni... =.=*
kesian nye..
utk anak anjing or anak khinzie cheqna lari dulu lagi kot..hehehehe
eh samalah cerita kita harini psl tikus
sangat murni.
Tersentuh daya membacanya. Bagusnya fara...selamatkan anak tikus.
tu yg susah nk pk kan...ehehe...
berani nya pegang tikus tu....
Cerita mengenai hadiah tidak ternilai - Siapa Temple Grandin?
nak kena fikir jugak tu kalau jumpa anak anjing or babi yang perlu dibantu nak bantu ke tak ya..anjing ok lagi..kalau babi?erkkk..
Memang fara baik hati..kalau acik tak sanggup nak mengembalikannya walaupun kesian..harus cari orang lain untuk mintak bantuan..
tikus kat rumah kasi pasang perangkap kerana rosakkan kain baju dan almari..huhuhu
Suci murni hati dia.. bagusnya..
hebat nya akk.kalo rara kucing mybe,kalau tikus or anak babi myb tak berani. =)
sedar tak sedar, saya pun tersentuh membaca luahan ini.. selama ini saya pun pandang jijik dengan anak2 tikus mahupun anak2 anjing..
sekarang bila terbaca ni, baru saya sedar yang haiwan itu juga punya naluri dan perasaan..
harap ianya menjadi renungan buat diri ini..
tak pernah pulak terfikir nak selamatkan anak babi, kalau anak anjing pernah la..
Ketepikan rasa 'jijik' kita demi kasih dan syg, tak salah kan? Abg pernah tolong anak anjing menangis dlm longkang besar, org lain sebelum tu tengok je. Tp kalau 'kaki pendek' tu.........tak kot...hehe.
memang kesian dgr kisah anak tikus tu.
tapi ia diketegorikan sbg mahkluk perosak, jadi biaralah ia jadi santapan si misai. fitrah kehidupan dia, samada ia berjaya menempuh kelangsungan hidup atau tidak.itu terpulang pada kuasa Ilahi...
mulianya....tersentuh juga lah kak ita...
sudah tentu boleh...
kita patot tolong tanpa mengira 'kaum'
Kalau kakak confirm tak mampu menolong. Nampak pun dah lari dulu. Tengok anak kucing pun kakak dah terloncat-loncat inikan pula babi/anjing.
kesian kat anak tikus tu..
but for me - iols geli lah nak pegang
nak plak yg basah camtu....
seriously - iols tak sanggup nak pegang beb!
sucinya hati.. kalau akak, akak biarkan je sbb makhluk tu memang perosak, kalau 'dibela' menyakitkan mata,menyakitkan hati.. pernah rumah akak diserang makhluk ni, time akak cuti sekolah lama..abis sepaket 10 kg beras plus minyak masak 3 kg plus maggie plus susu anak2 blum buka lagi.. pada akak x da sebab kita nak merelakan dia bermaharajalela..
x boleh...geli..
nurulpun punya sifat simpati tapi kalau tikus sifat geli lebih mengatasi..hahaha