Dulu masa saya kecil, cita-cita saya hendak menjadi seorang wartawan. Kalau cikgu tanya; Fara, cita-cita kamu bila dah besar nanti? Dan saya dengan selamba menjawab; Wartawan. Dari darjah 1 sehingga ke darjah 6, itulah saja yang terlintas dalam kotak fikiran. Tak tahu kenapa. Mungkin saya suka menulis. Walaupun saya langsung tak ada bakat. Tapi hati saya penuh dengan minat.
Kawan pernah mendorong saya mengarang kisah makhluk asing tersesat dalam jamban suatu masa dulu. Tapi saya tak pernah yakin kerana saya tiada bakat. Walaupun idea hebat. Siapa yang tak terlontar idea hebat, kan?
Secret Window semalam memberanakkan idea hebat dari dalam kepala otak saya. Cuma ada satu masalah; plagiat!
Saya memerlukan terapi pembasuhan otak secara maksimum.
37 comments
rasanya kita kena pi bercuti, atau lompat dr tempat tinggi..
pasti otak kita segar bugar....hehehehhe
gurau
cita2 ayu nak jadi cikgu,
kak..
guna clorok boleh??hahahaha
cheqna dulu2 nak jadi cikgu...=)
Kakak dulu nak jadi novelist. Siap kalau ada peraduan menulis cerpen selalu kakak hantar. Masa belajar dulu sebab tak cukup duit (miskin) so hantar hasil penulisan utk tampung beli buku. Last habis belajar lain jadinya...
cita cita sy yg pertama mahu jd pramugari..hiiii ...mujur tak jd
MF:sekarang nie pun dah hebat, aku lagi ler tak berbakat langsung tuk menaip.
cita-cita sejak kecik nak jadi pembantu rumah boleh? bila besar up sikit konon nak jadi butler..haha...la ni naseb la jadi jurutaip jer dik! hik!~
sapa kata xdak bakat menulis? fara punya entry semua ada makna2 yg tersirat =)
Boleh sesat dalam jamban... Fuh... Hebatt.....
tak pernah terfikir pulak..masa darjah satu cikgu tanya nak jadi apa..saya kata nak jadi kerani.. haha..tak tau nak kerja apa sebab ayah saya peneroka felda.. kerja kerani dah cukup hebat di mata saya masa tu..
eh tapi sekarang mmg saya kerja kerani pun..hahaha..
hahah!kisah makhluk asing tersesat dalam jamban, memang bernas.
MEMBASUH OTAK DENGAN MEMBACA.. NAK ELOK LAGI BACA AL-QURAN...
secara jujurnya, anda mmg ada bakat menulis dan melontarkan idea.. (",)
plagiat?? sama kes jugak, orang yg mula2 buat kereta, dia memberikan idea asas kemudian lama kelamaan orang lain menambahbaik idea yg sedia ada.. ke camne? (",)
Fara..sampai jugak cita2 fara nak jadi wartawan..
kak ita rasa sesuai kot dengan fara...suka ayat-ayat dan bahasa fara..he..he
hebat!!! sebab kecik2 dah boleh terfikir kerjaya wartawan! saya sampai darjah 6 tak pernah tau wujudnya wartawan..ekeke
i kecik2 dulu nak jadi pramugari sebab pramugari cantik2 pastu pakai kebaya tapi malangnya bila besar, ketinggian tak tinggi2 jugak... terus cancel... muka pun tak ada mari...ha ha ha..ada hati kan??
@Acik Erna
Err, mane de sampai pun. Huhuhuhu!
ini mungkin terpegaruh dengan cerita Superman kot...hehe
kalau boleh dikeluarkan dari dalam kepala, memang mudah caranya...
salam kenalan..datang dari blog daddylicious mengenai wanita-wanita hebat..
rara rasa kalo akk jd wartawan mst akk hebak.
Kenapa Fara x teruskan usaha utk jd wartawan? Dgn penulisan yg begini, dah melayakkan Fara. Nnti kalau tercapai cita2 tu, jgn lupa kami2 ni.....hehe..
@~~zAnAfAhMi~~
Dah lmbt kot kak. Hiks~
Itu cita2 sy ms kecik. Dah bsr, tak terjerumus lak ke arah tu...
yupp.. dengan idea, gaya penulisan yg sinis tp padat dengan mesej,.. akak rasa ramai editor nak lamar fara,.. cita2 x pernah terbantut dek usia...
camne saya tak terpikir idea bernas alien tu! heehhe
dalam jamban pun sesat? bangang ke apa makhluk asing tu? ahakss
hehe, sis fara! we got the same name :) nice meeting you here. remind that
setiap impian perlu ada langkah pertama. impian tanpa usaha, adalah sia-sia :) so why not if you think you can be what you gonna be, you should keep giving high hopes on what you've expected to! i can see how lovely your writing :) all best to you, sis fara!!! <3
jadi penulis kat blog sendiri jelah. setiap entry fara laris macam goreng pisang panas!! semua entry meletopps! saya peminat no 1. org lain suruh depa ambik no lain je..hehe
Salam,
Bagusnye kecil2 dah ade cita2 sebesar itu...jd wartawan, sy pun xpernah terfikir...mungkin sb tak bagus dlm penulisan...
cerita elien tersesat dlm jamban...hahaha...rs kelakar pulak, tp mesti best!
masa sekolah saya pernah buat karangan 'binatang peliharaan saya ~ naga'
hebat kan?
fara, trime kasih membetulkan ejaan yg tak betul di entri saya pagi ini..
saya dah pun membetulkannya..
terima kasih byk2 ya.. saya sgt menghargainya
dah masuk sekolah menengah baru tau fungsi sebagai wartawan itu..
fara banyak idea pandai menulis.jeles tau.kadang-kadang kita tak dapat kesan bakat kita, orang sekeliling je tahu kita berbakat : )
takde dorongan lain ke kawan tuh boleh bagi...haha
kuarkan otak g basuh ngan kelorok atau vanish!haha
tapi npe farah tak jadik wartawan.mmg gaya tulisan dah kena=)hikhik
Bring down the government
They don't, they don't speak for us- NO SUPRISE (RADIOHEAD).. mungkin lagu ni leh tenangkan otak
Bring down the government
They don't, they don't speak for us- NO SUPRISE (RADIOHEAD).. mungkin lagu ni leh mencuci otak