Sepanjang saya menjadi ibu, saya sedar satu perkara; Terlalu melindungi!
Melindungi itu perlu. Tapi bila masuk ke tahap melampau, saya jengkel. Seperti Anakku Sazali. Apa saja perbuatan anak walau salah, dikata betul. Ada polan bila anak terhantuk meja, meja disalahkan. Pukul meja depan anak sambil berkata; Babab meja. Meja buat adik ya?
Itu satu hal. Tapi hal yang ini, berganda jengkel. Bila anak nakal, dicanang semua orang yang anaknya sebaik-baik manusia. Bila anak kita nakal, dikatanya; Lasak betul. Jenuh nak menjaga ni. Mesti letih mak dia nak menjaga. Bila kita tanya perihal anak dia, serta-merta dia balas; Eh, anak akak baik sangat. Senang sangat nak jaga. Letak aje depan TV, senyaplah dia. Kalau diikutkan, masa itu juga saya mahu muntah. Dan saya berharap sangat agar isi muntah saya terkena pada kakinya. Lendir. Likat. Kesat. Hamis. Hanyir. Segala bagai. Padan muka.
Memuji anak tinggi melangit sebenarnya cacat perasaan. Buta. Pentingkan diri sendiri. Mendabik dada. Riak. Megah. Bangga. Seperti ada perbandingan secara terbuka; anak aku lebih bagus dari anak kau. Dan ibu yang anaknya tidak sehebat mana pasti terasa. Hati yang besar jadi kecil. Hati yang kebal jadi rapuh. Hati yang satu patah dua. Dan bermulalah episod perlumbaan sengit. Anak siapa paling hebat. Dan pengakhiran? Tiada harapan.
Konklusi; Pagi ini kelam. Bertambah kusam dengan cerita hero dan penjahat. Klise!
31 comments
hahahaha rara penah jumpa org cm ni.mmg kelakar.
walaupun pahit..tapi itulah realitinya
bagi cheqna..berpada2 la dalam melindungi anak
jangan sampai anak sendiri yang akan letak pisau dileher kita suatu hari nanti..
matlamat tak menghalalkan cara
itu biasa..klu anak dah remaja lagi la...anak org kluar berdua nampak, anak sendiri nmpak dating buat2 tak nmpak...
Melindungi itu perlu namun jgn pula sampai melindungi kesalahannya juga...
Banyak ibubapa cam tu anak dia je baik dan tak nakal. Anak -anak cik ina tak manja , jangan harap nak mengadu hal cikgu atau kawan, alamatnya dia yang kena marah. Kadang-kadang perbuatan kita terlalu melindungi anak, membuatkan anak kita hal yang kecik pun nak mengadu. Kita bagitau kat anak kita yang mana sepatutnya kena bagitau. Cik ina suka mendidik anak kecik macam orang dewasa supaya dia cepat berdikari, takut Allah SWT jemput kita awal, cian plak anak kita nak meneruskan kehidupan.
Tiada pengalaman jaga anak, tapi kalau anak buah buat salah, akak sound je direct sebab niat kita nak didik budak tu...
tulah kadangkala bila terlalu melindungi anak2 jadi manja n kesudahannya dia tak bleh berdikari n k=tak kenal erti payah..
sayapun sebolhnya belajar cara2 didik anaj=k dengan berhen=mah n betul..insyaallah
pukul anak sindir menantu tak jadi la sbb anak kecik lagi, konpom blm ada menantu...ni kes babab meja nak sindir sapa?..pengasuh atau jiran kepada pengasuh..haha, biasa dah...anak dilebihkan dlm segala hal.
Hehehe, yup, takmolah klise sangat yea tak? Jujurnya berpijak pada realiti..
oh tidak!jgn disalahkan benda kalau anak itu sakit...no no no!dan jgn ckp pelat dgn anak!
oh tidak....nakal itu biase tapi menyembunyikan kenyataan utk menunjukkan 'kebaikkan' kebagusan anak itu adalah sgt buruk!huhuhu..
ramai yang kata anak mereka baik,spt pijak semut pun tak mati...
tapi bila dibelakang anak dialah bapak samseng. dahulu aku pun begitu tapi sejak meningkat dewasa nie....Alhumdulillah dah jadi manusia yang membanggakan keluarga.
ramai yang macam tu...nak anak dia baik saja depan orang...
aku dulu kena rotan luar rumah je bukan dalam rumah...abes jiran tau...hurm...
semoga mak budak tersebut insaf..
sgt! hish kalau jumpa orang mcm ni takyah ckp banyak..angkat kaki, blah! sakit hati je layan.
Kita patut puji anak kita.. Tapi kalau terlampau sampai berbohong pula... boleh merosakkan masa depan anak itu sendiri...
ni realiti kita kan..
terkenang masa kecik2 dulu..ada gak peristiwa begini. anak dia jelah yg bagus. mmg meluat, tapi tak boleh buat apa.
biaser la bila mak pak puji abez anak2.. ahahha
jom hayati sekejap.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/amanahnyer-sahabat-rasulullah.html
selalu jumpa dengan org2 yg sebegitu.. klu betul sekali pun tak perlulah dicanang klu tujuannya mahu membuat perbandingan dgn anak orang lain.. hurmmm...
fara, berminat nak tahu pasal menulis novel tu ye.. insyaAllah, nnt akak cuba buat entry mengenainya..
melindungi itu perlu..tapi jangan terlampau sanggat...bila hubby atau mama marah jangan ada yg bekup..nanti anak jadi melampau....biarkan dulu...bila anak tak ada...di situ baru bincangkan balik..anak tu betul ke salah...kekadang kita main marah aje..tak tahu siapa yg buat...dan jangan takut nak minta maaf kat anak sendiri kalu kita salah...
gitulah jadinya kengkadang...
semua parents maukan yg terbaik utk anak mereka kan...?
terlalu melindungi kadangkalanya buat org lain benci..
nanti org kata.. macam le anak dia je yg elok..anak org lain buruk..
*fara, takpe.. kita pun belum jumpa gambor yg bersesuaian..nanti bila jumpa kita email kat awak..
no urgency beb..! hehehe..sorry kacau awak yek..
suka bila sahabat ingat mengingatkan
terima kasih......
ada betulnya..masing2 mempertahankan anak sendiri..
komen para kedua:
fenomena `anakku sazali' ni berlaku kalau kita tewas dengan keletah comel anak kita tu, apa saja kenakalan yang mereka buat tu, nampak comel di mata kita sampaikan kita tak sanggup nak jentik walau pun sekali. sudahnya, kekalahan kita tu membawa efek negatif di masa depan mereka. sekadar pendapat.
itulah dia kan,bila rasa dirinya semua terbaik tanpa sedar byk cacat celanya
i memang menyampah kalau anak terlanggar bucu meja, meja pulak kena marah... ni bangang ke apa??
tapi kdang2 fikir mungkin orang tu tak bermaksud kot nak kata anak orang lain super aktif dan anak dia baik kot... tapi kalau kita dah kenal orang tu dan orang tu suka pukul canang setiap masa maka bolehlah dikategorikan yang dia suka membanggakan anak2nya lebih baik dari anak orang lain... oh my gucci lah kalau mcm tu....
@NenetPenne (NP)
Perihal ibu mrh meja, mmg jadi dpn I. Mmmm....
promote anak~~bila lagi~~keh keh~~saya membangga anak jugak kadang2~tapi bila orang tanya la~~he~~
Kat mana2 pon ada jer org mcm nih, anak dia jer yg baik & bagus...anak org nakal & jahat. Sabo jer lah ngan org mcm nih.
ada juga kes, yang bapa yg suka cakap. "anak saya tak pandai" "anak saya biasa-biasa je"
selalu di sebut depan anak-anak..
anak dia memang membesar yang biasa-biasa....
(pemerhatian sendiri)
hari ini lebih ramai yg berbangga2 terhadap anak2 dalam hal duniawi berbanding hal2 ukhrawi.. walhal perkara duniawi tidak la ada apa2 sgt pun.. (",)
emm nak komen apa yer?
nak check balik kat blog sbb sesekali ada jugak puji anak ;(