3/01/12

berhenti jadi keldai!

Menuntut kebebasan akademik? Sama kelakar dengan cerita mat rempit menuntut kerajaan Pulau Pinang membina litar untuk kemudahan berlumba.

Dulu, Anwar Ibrahim mengkeldaikan budak-budak punk. Dan tahun lepas, BN mengkeldaikan mat rempit. Saya rasa, 2x5 =10 sudah tak relevan!

Kalau masih belajar, meminjam PTPTN, beli barang idaman dengan duit pinjaman, pinjaman habis, telefon emak ayah di kampung minta masuk duit dalam akaun.....jadi, apa relevannya?

23 comments

b'pijaklah di bumi nyata.. tepuk dada, tanyelah iman..

memang tak relaven pun.....pesen nie mmg aku tak suka, habeskn segala duit pinjaman,paastu minta tolong mak bapak

tak faham dengan perangai budak-budak sekarang ni kan..ntah apa2..

tuntutan kebebasan akademik tu isu apa? sy terlepas pulak psl ni ( xtgk berita dan baca paper pon seminggu sekali)

betul tu!

Tanpa Nama
3/1/12

ada beza keldai yang berpendirian dengan keldai yang dicucuk bontot. yang berpendirian tiba masa akan menjadi kuda perang, yang jenis dicucuk bontot akan terus menjilat bontot tuan fuhrernya tanpa sedar bontot sendiri dah berkudis.

saya menyampah dengan mahasiswa yang kononnya bijak pandai tapi berbaring di atas jalanraya menuntut yang bukan-bukan...mahasiswa la sangat...
kalau mcm tue buang je perkataan maha tue biar tinggal siswa sahaja kerana maha itu menunjukkan ia sangat mulia dan tidak sesuai utk org yg suka berbuat onar di jalanan...

pasal ptptn tu, klu tak beringat, mmg mak ayah juga yg jd mangsa seterusnya.. kesian..

3/1/12

saya mmg meluat dgn pelajar2 yg sibuk nak berpolitik(tak kisah lah pro gomen ke, pro pembangkang ke), tapi natijahnya belajar ntah ke mana!

keldai oh keldai...bagai menuntut diberikan salji dari pihak berwajib sewaktu musim panas melanda...dimana kebenaranya...dimana logik akal...

pada saya mahsiswa baik belajar saja, anda suka kerajaan atau pembangkang atau bebas itu simpan diam diam dalam hati...takda faedahnya cari publisiti dgn buat demonstrasi...

semua di atas tidak relevan...batasan pemikiran...hehe (alasan)

gurukah aku???

@SM

Aku dah bagi 2 cth. Bek kerajaan atau pembangkang. Tp tuhlah...klu seme benda kite tak puas hati, susah gak kan?

Rugi budak2 bt demonstrasi sb at the end, diorang yg binasa. Bukan idola mrk.

Aku rs, politikus2 tua nie kejam. Suke meranap masa dpn budak2. Klu nak berdemonstrasi sekali pun, rasa dulu dunia luar. Ckpkan pengalaman diri dulu sblm jdk haru-biru.

Aku paling kasihan kat org tua budak2 tu. Dan utk budak tu gak, of cos aku kesian...

sib baik zaman sya takde cam tu smeua..

dan syukur sya tak amik ptptn dulu...hihi

3/1/12

besar kerak dari periuknya..itulah padahnya...

Tanpa Nama
3/1/12

@Pok Amai-Amai
dari satu sudut yang lebih besar, aku kurang setuju untuk mengatakan tugas pelajar hanya belajar di dalam kelas dan hanya aktiviti dalam kampus semata-mata. itu tidak banyak membezakan mereka dengan produk selipar bata yang akan kelihatan serupa luar dan dalam sebaik keluar dari kilang.

pada aku, pelajar adalah salah satu entiti penting dalam pembangunan dan perubahan negara, tak kira dalam bidang apa pun. suara mereka juga perlu diberi tempat yang sewajarnya, tanpa ada sekatan yang melampau. memang mereka masih muda dan tak banyak pengalaman tapi biarlah pengalaman yang mereka perolehi itu bukan yang mereka dapat di tengah-tengah jalan kerana suara-suara mereka telah menghadapi mesin penuras yang tersumbat.

aku tak pandang dari sudut politik semata-mata. tidak anwar, tidak juga najib. tapi kita kena tau kenapa mereka memilih untuk menyuarakan pansangan dengan cara yang sebegitu rupa. adakah kita mengamalkan dasar-dasar yang saksama selama ini?

adakah?

sekian komen sambil makan nasi...

@SM

Aku pun tak pandang politik bila cite psl keldai. Tp aku pandang kebinasaan.

1-Demonstrasi yang dianjurkan pelajar di Indonesia suatu ketika dulu - ada perubahan ke?
2-Golongan pelajar yang terlibat dlm rusuhan di Mesir - apa jadi pd negara mrk?
3-Rusuhan pelajar krn protes kenaikan yuran di UK - senyap mcm tu je.

Tp at the end? Siapa yg susah? Cita-cita ke mana, sijil ke mana...

Bukan nak suh pelajar jdk produk selipar bata semata-mata tp aku rs baik tumpukan sj pd pelajaran. Lgpun, perjuangan diorang tu lgsg tak relevan! Tak relevan mcm Peristiwa Baling! Malah, perjuangan diorang tu bt aku gelak sorang2!

Kebebasan akademik? Aku pelik. Menentang sistem ke? Bg aku, perjuangan diorang tu tak lbh dr perjuangan piramid yg pentingkan diri sendiri.

Lg satu, ko kate pelajar adalah salah 1 entiti dlm pembangunan dan perubahan negara? Klu jdk chaos mcm mlm thn baru tu, agak2 ada harapan lagi tak masyarakat nak bg kat diorang? Agak2 pas nie, diorang dimaafkan pihak universiti atau dibuang?

Meminta kebebasan dari kerajaan semata-mata utk melibatkan diri dlm perhimpunan aku rs....entahlah. Aku tatau nak kate pe. Klu aku ada anak, adakah aku akan galakkan anak aku berdemonstrasi di saat dia sdg bertungkus-lumus utk dapatkan ijazah? Org kebanyakan mcm aku nie, klu anak dpt msk U mmg aku ckp.....peluang tu cuma dtg sekali. Sudah tentu aku nak dia cemerlang dlm hidup (klu itu rezeki dia).

Aku bukan manusia tak ambil peduli. Disebabkan aku ambil peduli maka aku rs mahasiswa tu ptt simpan dulu apa yg terbakar dlm hati. Bila dah confirm sijil dlm tgn, ms tu klu nak luah...mmg aku setuju la sgt2.

Aku tau beb. Lain org, lain pandangankan?

baik berhenti belajar..menyusahkan mak bapak jugak. sian depa...huhu

kasihan lah kat mak bapak...

time blaja ni, blaja je la dulu... dah pandai nanti nak join politik, join la..takde sape nak halang.

tapi keldai sangat diperlukan dalam mana-mana parti politik...

cuba perhatikan...

gedek bukan setakat keldai, kambing hitam pun diperlukan , lebih lagi saat -saat pilihanraya makin hampir : (

salam pn fara..aku harap puan fara ambil sedikit masa dan lihat ini http://youtu.be/YEpIq3NAP-U ... aku benar2 berharap mahasiswa/mahasiswi skrg akan berubah seperti mahasiswa/mahasiswi pd zaman 50an dan 60an dimana sebelum TERMAKTUPNYA AUKU. betapa hormatnya masyarakat terhadap mahasiswa/mahasiswi pd ms 2!!!!

“Berikan aku 1000 orang
tua, niscaya akan kucabut
semeru dari akarnya,
berikan aku 1 pemuda,
niscaya akan kuguncangkan
dunia” . - BUNG KARNO

Catat Ulasan