Saya faham perihal ada bola, ada kawan kerana saya juga pernah merasa; Irfa, aku tumpang simpati pada kau dan kawan kau. Tapi percayalah. Bila anak kau membesar nanti, dia antara kawan yang paling disenangi!
Terus-terang saya kata, zaman kanak-kanak saya tidak seseronok mana. Saya tak ramai kawan. Budak-budak suka buli saya kerana mereka suka melihat saya melalak. Saya masih ingat, budak lelaki itu baling seketul batu besar ke arah saya. Bertelur benjol di dahi. Saya masih ingat, budak perempuan itu memukul lengan saya sekuat hati kerana saya berjaya merebut buaian yang hanya satu. Saya masih ingat kami bermain satu permainan, budak perempuan itu tidak mahu duduk di sebelah saya. Dia menjeling dan terus dapatkan kawan baiknya. Saya masih ingat, budak perempuan itu tidak mahu berkawan dengan saya hanya kerana; Gigi kau kuning. Aku geli.
Tapi ada ketika, mereka berebut-rebut hendak berkawan dengan saya bila; Mak dan Ayah belikan saya pensel warna 24 batang. Tiba-tiba, mereka baik dengan saya bila; Saya ada jajan. Ada masa, mereka sibuk mengendeng saya bila; Saya ada basikal baru. Orang dewasa kata; Bila ada material, baru ada hati hendak berkawan. Sementelah saya bukan datangnya dari keluarga berada. Jadi, jarang-jarang sekali ada barang baru untuk diri sendiri. Maka, selalu mereka menyisihkan diri. Apatah lagi untuk menghargai. Tapi setiap kali mereka terhegeh-hegeh datang pada saya, saya rasa gembira yang amat. Dan bila mereka tak mahu berkawan pula, saya tak pernah rasa benci. Semuanya kerana saya sudah biasa menghadap situasi sebegini (Walaupun tak benci tapi sedih tetap ada)
Disebabkan saya ada pengalaman sebegitu rupa, saya jadi seorang kakak yang terlalu melindungi adik (bongsu). Dia juga seperti saya. Kurang kawan. Adakala, dia kelihatan sedih bila saya tanya; Shera ada ramai kawan tak kat sekolah? Dan dia jawab; Entahlah. Takdelah ramai mana. Pernah juga bila dia asyik nak berkawan, ke hulu ke hilir dengan seorang budak itu. Tapi tak dilayannya. Dan bila saya belikan adik saya sesuatu, tiba-tiba kawan itu jadi terlalu baik padanya. Tapi saya tak kisah. Saya tahu adik saya boleh kawal keadaan sekeliling. Saya percaya suatu hari nanti, dia pasti akan jadi seorang kawan yang sangat disenangi.
Macam saya. Budak lelaki sudah tak baling batu ke arah saya sebaliknya mereka lebih suka membaling hati. Budak perempuan sudah tak pukul tangan saya kerana awal-awal saya sudah memberi. Dan tak ada lagi teguran gigi kuning untuk saya kerana gigi saya sudah layak untuk jadi model iklan ubat gigi. Lagi satu, saya tak perlu ada barang mahal untuk mendapat ramai kawan kerana saya tak kisah andai 2, 3 kawan saja asalkan berkualiti.
Irfa, kau jangan susah hati lagi ya?
35 comments
Hanya yg pernah melauinya akan faham dan mengerti Fara..
seronok baca..... saya ada ramai kawan... tapi tak semua berkualiti.... bila dah kerja.... baru jumpa yang bermutu sikit... semoga yg bermutu ni kekal untuk selamanya...
betulll..kalau ada ramai2 pun tapi bila time susah terus babai baik takyah ada kawan
yg begitu bukan kawan - hanya kenalan...
tapi zaman kanak2 mana tau beza kawan - kenalan - sahabat bukan???
Apa yang Fara senaraikan itu.. pernah terjadi dalamk kehidupan kakcik.
Sebenarnya, sehingga ini kakcik tak punya ramai kawan. Mungkin kawan maya kakcik lebih ramai dari kawan nyata...
huhu..terharu :(
ada org buat entri utk aku.
so pasni aku tak kisah anak aku tak ramai kawan asalkan yng sorang dua itu berkualiti dan memberi manfaat (maksud aku kawan yang membawa dia ke jalan kebaikkan)
kawan tu ada ramai tapi kawan biasa-biasa jer...
sekarang ni la sorang kawan kt tempat kerja ni boleh la dipanggil sahabat sebab dah hampir 12 tahun bersahabat dgn dia...boleh la berkongsi cerita buat setakat ini...harap2 berpanjang hingga ke akhir hayat...insyaallah...
irfa kawan baek ye...bagus2.
Aku ada 2 org sahabat yang berkualiti giler,susah dan senang bersama, tapi kedua2 nya telah kembali ke pangkuan Ilahi
zaman kecik-kecik..macam-macam kenangan ada.ada yg pahit, ada yg manis. zaman kecik2 la ramai orang suka membuli & kena buli. nasib baik sy xkene buli dulu..haha
Wira Chomel recently posted Saya Sayang Ayah Selamanya
kawan paling baik ialah yg bersama waktu susah
kuantiti tak penting...yg penting kualiti...:)
kadangkala sunyi itu indah drp mempunyai kawan yg ada udang disebalik mi...
Salam Fara,
Saya punya ramai kawan, tp yg bernama sahabat susah nak dpt...entahalah belum jumpa yg betul2 memahami :( Touchinglah baca cerita ni~
saya pernah takde kawan di kampung sbb malas nak pegi sekolah, terus dipulaukan kawan2..
tapi sy tak kesah takde kwn sbb sy ada adik2 yg ramai..leh main dgn derang :)
semua org ada kawan tapi sejauh mana hubungan tu hanya kita yang lalui, ada pasang surutnya..
tapi sekali hati tergeliat sampai bila2 akan diingat..
biar tak ramai kawan dari ramai lawan..
WuMIng memang ada darah cina... Kelikatan dia umpama setitik nila di dalam lautan Pacific.....
"no money, no honey"
benar
Zaman kanak-kanak WuMing pun tak best sangat...
Biasa laa WuMing seorang saja Orang siam dalam kelas...
Kena ejek dan macam-macam lagi..
Tapi sekarang WuMing tak pernah buat begitu pada sapa-sapa..
Kerana WuMing rasa perbuatan itu bukan perbuatan orang bijak dan orang baik..
Malah tak pernah ajar anak WuMing buli atau hina sapa-sapa...
KC setuju part "biar tak ramai asalkan yg ada berkualiti" sbb KC pun tak ramai kawan, dik.
dari kecik lagi kalau dah belajar materialistik..
susah le bila besar nanti...
takpelah..biar lah kawan sikit..
asal kawan tak makan kawan..
sahabat sejati mmg susah dicari!
Kawan yg berkualiti tu lah yg kita cari sebenarnya. Bukan kawan yg bila senang...mengendeng, bila kita ada masalah...lari.
@Irfa
Ko tak yah kisah pun. Janji ko amik berat psl anak ko. Ke mana dia pergi, mmg wajib ko tau kan? Dr ko tatau ke mane anak ko pegi....
Aku akan ikut jejak langkah ko. Mengajar anak supaya sentiase beritahu mommy ke mana die nak pegi.
=D
pernah merasa kena pulau dek kwn ms remaja..sedih betol..
saya pun xkisah..sape mau kawan...silakan...
berkawan banyak tidak mengapa kata org..cuma pandailah memilih agar tidak dijadikan kawan yg akan dikawan bila ada kepentingan...
kak ita pun sama..kawan yg berkualiti ..tak ada kot..kawan-kawan aje yg ramai....lebih suka bercerita dengan hubby dan mak sendiri ...kekawan ne susah nak cakap....bila baik ok..bila selisih paham semua ungkit...tu yg malas tu..dah selalu kena..
@gedek!
"tiada wang, sayang melayang!"
apa ada hal kalau cuma ada sorang kawan je pun. janji kawan tu ada harapan nak jumpa balik kat akhirat dalam keadaan yang baik. (eh?)
tengah hari tadi sy makan bihun sup sorg2 kat luar...kawan berkualiti sy cuti :(
zaman kanak2 akak pon x bess, satu sebab akak satu2nya pempuan dalam 7 adik beradik, bayangkan cam ne,.. dua akak sorang bersaiz agak besar, yg lain smua kenit2, so akak x kuat lari x suka sukan, jadi x ramai le kawan.. tiga akak duk asrama, kawan2 asrama duk jauh2, kawan keliling rumah plak 'segan' dgn akak sbb dia kata akak 'pandai' ??? isshh..
Tak rugi ada ramai kawan, tak rugi juga jika kita cuma ada 2,3 orang kawan yang berkualiti.
Seimbangkan keadaan mengikut situasi dan keselesaan masing-masing.
Tiada aturan, tiada syarat asal sahaja hati kita tetap terpelihara!
membaling hati....kena tang mana tuu...:)
susah nak cari yang betul2 dinamakan kawan..
rara dulu ramai kwn,n rara suke tolong kwn.tp sejak kawan lari bila kita mintak tolong,trus rara buang semua.rara kwn dgn husband je.
Saya seorang yg pendiam. Dari sekolah rendah sampailah kerja, memang tak ramai kawan. Apa2 pun sya rasa selesa dgn kehidupan ni sbb xperlu pening2 memikirkan hal org (tp sya bukan kera sumbang)heh