5/01/12

katakan tidak pada PLKN!

Ada seorang blogger memberi satu contoh kata-kata semangat dari Bung Karno iaitu;

Berikan aku 1000 orang tua, niscaya akan kucabut semeru dari akarnya, berikan aku 1 pemuda, niscaya akan kuguncangkan dunia

Mungkin blogger tersebut menjadikan Bung Karno sebagai idola. Saya tak tahu sama ada dia tahu atau tidak siapa Bung Karno yang sebenarnya. Tak apa. Biar saya terangkan siapa Soekarno.

Dalam Wiki, mereka mengatakan Soekarno adalah seorang nasionalis, pembawa demokrasi, pembawa kebebasan sosial, corak pemerintahan di bawah pengaruh Marxisme dan percaya kepada Tuhan. Dia mungkin hero bagi bangsa Melayu Indonesia. Tapi dia adalah diktator kepada bangsa lain selain Melayu Indonesia itu sendiri kerana Soekarno dipercayai; fasis dan rasis sehinggakan nama lain dari nama Indonesia tidak dibenarkan dan perayaan lain selain perayaan agama rasmi tidak boleh diraikan secara terbuka. Jika dia bukan fasis dan rasis malah diktator, Soe Hok Gie tidak akan tercatat dalam sejarah Indonesia kerana perjuangan beraninya.

Sangat bertentangan dengan apa yang segelintir mereka cuba tuntutkan kepada kerajaan sekarang ini. Jadi, kalau nak cakap apa-apa saya rasa baik kaji dulu sebab saya jenis korek cerita. Bagi saya, jangan pedulikan AUKU 1971. Tapi pedulikan pemansuhan PLKN. Saya tak dengar apa-apa pun dari kalangan yang suka memberontak ini membuat tuntutan supaya PLKN dimansuhkan. Dan saya tak dengar apa-apa perjuangan supaya gantikan PLKN kepada akademi militari yang mandatori untuk lelaki. Saya tak tahu kenapa Anwar Ibrahim tak mahu menghasut keldai-keldainya supaya buat perhimpunan untuk memansuhkan PLKN. Adakah kerana ianya tidak relevan untuk dirinya sendiri? Adakah ianya tidak ada kena-mengena langsung dengan kepentingan peribadi beliau? Itu saya tak tahu.

Bagi saya, isu PLKN sangat perlu diambil perhatian! Cukup-cukuplah kerajaan membuncitkan kroni masing-masing melalui projek PLKN mereka. Cukup-cukuplah buli rakyat. Cukup-cukuplah pejam mata dengan statistik gejala sosial yang langsung tak berubah, malah meningkat walau setelah PLKN diperkenalkan! Salurkan duit itu pada yang perlu. Pening oh kami nak bayar cukai banyak-banyak. Gaji dahlah ciput. Cukup-cukuplah!

Kalau kita mahu remaja, belia atau mahasiswa dihormati, PEDULIKAN MASA DEPAN MEREKA DAHULU sebelum jadi huru-hara! (Saya pedulikan masa depan anak lelaki saya! Biarlah dia membesar menjadi anak Malaysia yang cemerlang, penuh disiplin, penuh dengan semangat juang demi mempertahankan negara tercinta, gemilang dan terbilang!)

18 comments

5/1/12

gemilang...terbilang kita buleh tuleh...hakikatnya apa?...>UAI

5/1/12

harap2 adik aku yg lepas spm itu tak dipanggil utk plkn

yg pntg time ratu skolah dulu takde plkn2 ni.paling tak ske aktiviti cam plkn ni.ehehe.

coba nyatakan projek apakah yang tidak membuncitkan kroni ?

5/1/12

WAH.. BETUL PUNYA MARAH NI..

Tanpa Nama
5/1/12

Pernah terlibat dalam mengendalikan PLKN yang pertama dulu. Malas nak cerita.

Eloklah kalau dia dihentikan saja.

setujuu.. kami dah terbelit tangan membayar cukai2 segala ni... (",)

saya tak faham kenapa nak mansuhkan plkn? saya ex-plkn.. apa bukti plkn membuncitkan kroni?

soekarno dijadikan idola kelakar plak cik ina dengar.


dari dulu cik ina tak berkenan ngan PLKN tu, Alhamdulillah 3 orang anak cik ina yg lepas tak dipanggil ke PLKN : )

5/1/12

akak x berani nak kata sbb plkn puak dia kata 'memang berjaya'.. so kita angguk je le tanda 'setuju' dalam hati tapi di luar sapa tau....

Tanpa Nama
6/1/12

malas komen!
hekhek

Sape pun yg naik akan pedulikan kroni mereka dahulu..kesimpulannye..mereka semua sama saje...

disebalik tabir plkn x samar dengan pakaian di luar..

drama yang realiti

pembangunan sumber manusia bukan boleh dilihat sebegitu cepat prosesnya..ia tidak semudah membina bangunan setinggi KLCC..pembangunan sumber manusia suatu proses yang panjang dan kesannya juga tidak boleh dilihat secara pukul rata..

mungkin kesannya 15 tahun lagi setelah peserta tersebut sudah berumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri..

Semua projek yg dibuat mesti ada muslihat utk membolehkan kroni terlibat meraih untung...

Lama dah tapi yg berani tak ada penyokong, salah hemat terus disumbat masuk dibalik jeriji besi...

@sahromnasrudin

Sahrom pnh tgk tak mcm ne keadaan semasa mereka menjalani PLKN?

plkn..ragging kalau jd askar,polis dan lain2 tu pun teruk juga...minum air kencing, bla-bla..ahh

saya juga risau dgn hero2 saya nanti

"ganyang malaysia" tu masa time soekarno juga kan?

Catat Ulasan