6/01/12

pantun

Kail puyu di tengah paya,
Duduk bersila beralas bata,
Bingung betul kepala otak saya,
Hari Jumaat tak ada cerita!

Hati berbunga kerana si dia,
Kawan-kawan, sedekah sikit idea?

Sebelum itu, saya ada teka-teki.

Petang-petang pergi berjalan,
Berhenti sebentar di tepi titi,
Bila diikat, dia berjalan,
Bila dibuka, dia berhenti.

Merdu keroncong kaki menari,
 Kain terlondeh berikat tali,
Kalau kawan-kawan bijak bestari,
Jawablah dengan pantun sekali!

Kalau setakat menulis dan ajak orang menghargai sastera rakyat tapi tak pandai mempraktikkan pun tak guna juga kan? Jom, asah bakat!

Saya tak ada bakat. Tapi saya asah bakat saya yang bukan setakat tumpul tapi dah tahap bingai pun ada! Hahahahaha!

33 comments

oleh kerana saya hanya bijak, tak dapat lagi part bistari tu.

adakah ia jam tangan.

6/1/12

gendung gendut tali kecapi
kenyang petut aku suka hati
tu je pantun yg aku tahu

6/1/12

MENEBAR ROTI SAMPAI TINGGI,
MENEBAR ROTI SIAP MENARI,
MAK OII, APA PUNYA TEKA TEKI,
RASA-RASA JAWAPANNYA BATERI.

penat berjalan tercungap-cungap
bekalan dibawa tidak termakan
soalan Puan saya nak jawab
bukankah KASUT yang Puan maksudkan?

:)

alamak..takde idea lak nak berpantun, hehe..

6/1/12

wah wah pok amai2 berpantun pulak,
sebelum p majid singgah sini,
pcl bukannya nak belagak,
jawapannya adalah kasut bertali.

jom solat...zasssss!

6/1/12

bila diikat dia berjalan,
bila dibuka dia berhenti,
rasa2nya kasut laa kan,
betol tak jawapan hamba ni wahai saudari?

duduk bersila beralas bata
rendang dahan meneduh terik
hari jumaat tak ada cerita
namun hasilnya tetap menarik!


petang-petang pergi berjalan
berhenti sebentar di tepi titi
apakan daya tak tahu jawapan
memang tak pandai berteka-teki

hati gundah jiwa merana
saban hari kian gumbira
hati susah kini tiada
kerana ada sahabat di alam maya

6/1/12

Tepek gam Uhu pun susah nak lekat,
Saya memang takde bakat!

~hahah

ps: saya setuju, malaysia mmg negara bodoh sombong :)

tak reti lah fara pantun-pantun ne......he..he..tapi tak ita suka pantun fara...walaupun tak cite tetap best ayat-ayat fara tu...

buai laju laju, sampai pokok sena,
apa dalam baju, sekuntum bunga cina..

eh tu bukan pantun eh..haha..

Tiup saksofon bersama Ahmad Nawab
Sila tiup dengan sopan dan santun
Teka teki puan dah ramai yang jawab
Yang penting saya dah pun berpantun

Kehkehkehkeh.. memang failed saya ni kalau bab pantun memantun

macam
kasut
pun
ada

hehe..susunan mcm pantun :)

kuang.. kuang..
Budak-budak suka makan tauhu
teka teki pun kita tak tahu
nak berpantunpun kita tak tahu...
jangan marah sebab tak tahu...

Tak pandai nak berpantun lah fara.

Kail puyu di tengah paya,
Duduk bersila beralas bata,
Bingung betul kepala otak saya,
Hari Jumaat tak ada cerita!

Baca blog biutiful nara
Sambil baca makan cermai
nape bingung plak mommyfara
Mai kita diskusi mai!

Petang-petang pergi berjalan,
Berhenti sebentar di tepi titi,
Bila diikat, dia berjalan,
Bila dibuka, dia berhenti.

Bila diikat, dia berjalan,
Bila dibuka, dia berhenti
Sayer ini bukan handalan
Apatah lagi mau jawab pantun teka teki.

Merdu keroncong kaki menari,
Kain terlondeh berikat tali,
Kalau kawan-kawan bijak bestari,
Jawablah dengan pantun sekali!

Saya blogging waktu dinihari
bila blogging mata jadi perkasa
Sayer jauh dari bijak bestari
sekadar notty notty dengan bahasa.

muka tua berkerut-kerut...
pantun daddy kelakar siot!

belajar agama kena ke PERKIM
bukan semua tauliah diberi
pernah dengar di radio IKIM
kasut bertali jawapan yg pasti

sesekali berpantun seronok rasa
kakak tambahlah serangkap lagi
bersama menjaga budaya bangsa
bukan kita siapa lagi

Pagi hari mandi di perigi
Sambil menyanyi berangan sendiri
Puas kufikir kucari gali
Adakah ia penyapu lidi?

Balik selatan lalu tol
Bagitahu kalau saya betul....

risya suka makan roti,
roti disapu dgn mentega,
aduhai fara sy x reti,
otak karat x dpt teka.


p/s: x reti berpantun kikiki

anak murai terbang rendah
hinggap sebentar di pokok langsat
apa la soalan punya susah
puas pikir tak dapat-dapat

errrr....

Duduk berkelah di tepi sungai,
Makan kuih pau berinti kelapa,
Hari jumaat jangan dok buat perangai,
Buat entry pantun ok apa?

Pisang sesikat dibuat pengat,
Untuk santapan tuan puteri,
Saya ni tidak lah bijak sangat,
Rasa-rasa jawapannya kasut bertali.

Ish lama benor tak berpantun!

er er er .....tu je la...:)

"Aku menjunjung Nabi Besar (Muhammad).Aku mempelajari ucapan2 baginda dengan teliti. Jadi moralnya bgku adalah bukan suatu dosa atau tidak sopan kalau seseorang mengagumi perempuan cantik"
"Dan aku tidak malu berbuat begitu,kerana melakukan itu pada hakikatnya aku memuji Tuhan dan memuji apa yg diciptakan-Nya"- BUNG KARNO

tak tau jawapan + tak pandai berpantun..
hehe..:)

kasut agaknaya...baca komen kat atas...


saya bukan tahap bingai malah lg teruk...otak dh kematu

cik teddy dtg terjenguk-jenguk,
pantun shabat mmbuatkan akal sy diketuk,
sy fikir sy nak jawab kot,
jawapannya kasut kot...

kah3..hancur sumenya..pntun spontan nih..

7/1/12

Pok amai2
belalang kupu2
berpantun memang tak pandai
ini ajelah yg mampu

Makan tomyam bersama tauhu,
Harap maaf saya tak tahu.

Salam kenal

walaupun kita org mlaka tapi pantunnya kemana..huhu..

9/1/12

Assalamualaikum Fara

pok amai amai.
suara kecil si orang besar.
jawapannya kasut dah terlalu ramai.
teringat rendang, ambil kecil tapi nikmatnya besar.

he he...

Catat Ulasan