12/01/12

watak perempuan murahan

Saya perasan, boleh dikatakan hampir setiap filem tempatan pasti ada adegan kelab malam. Dan dalam setiap adegan kelab malam, pasti akan ada pelakon ekstra yang memegang watak sebagai perempuan murahan. Arahan yang diberikan saya jangka mungkin mudah. Arahan pertama mungkin mereka wajib menyarung 'clothes that poke eye'. Tak kiralah segeleber mana paha, lengan atau perut janji 'clothes that poke eye'. Arahan kedua, wajib menari tanpa henti. Selagi tak ada arahan; CUT, selagi itulah kena menari. Arahan ketiga, meleser-leser ke badan pelakon watak antagonis sambil sebelah tangan mungkin memegang gelas wain atau wiski ataupun sebatang rokok. Tanpa dialog yang perlu dihafal dan menyusahkan diri. Habis berlakon, dapatlah sikit duit poket. Bukankah mudah dan seronok?

Walau apapun, saya tabik dengan pengarah filem yang menyelitkan adegan kelab malam. Tidak hipokrit. Tak pernah nak rasa malu untuk dedahkan kebiasaan gaya hidup diri sendiri. Betul tak? Orang kata, tak berapa nak meluatlah kalau tengok pun. Sebab dah realiti pun serupa itu!

Apa yang buat saya meluat dengan filem tempatan adalah watak protagonis yang sebaik-baik umat! Dah kena caci maki pun boleh lagi bersabar. Dah kena humban ke mana-mana pun, larat lagi nak menangis. Dah puas kena buli pun, boleh lagi nak bertahan. Dah kena santau pun, boleh lagi nak sayang-sayang? Apa ke halnya itu?

Walau apapun, kreditlah untuk mereka yang terlibat di atas.

30 comments

watak watak dunia realiti..sama serupa seperti dlm filem..

12/1/12

cerita apakah ini wahai mommy??
hehehehe

Suami kakcik selalu cakap 'berlakon bolehlah, dah kena racun pun boleh baik lagi....' hmmmm....

ehehehe.. memang terbaik lah ulasan fara ni.. hebat... tu la pasal..

mostly kebanyakan film2 tempatan kita ni mmg nampak mcm nyampah sikit.. bila kena pukul kena maki sempat lagi bersabar... dlm realiti mana ada oo mcm tu...

Kann?? itu je idea yg ada. kesian.

12/1/12

haaha..ada2 je ko ni :)

sbb tu sy kurang gemar tgk drama atau filem yg klise sgt ;p

12/1/12

nanti letak butang like ,fara.>:)

hehehe, sama dengan apa yang kita fikirkan..

MF: kes kelab malam mmg tak hipokrit diceritakan, mmg sahih ada yg begitu dan bersepah sekarang nie

part yg kena caci,kena pukul, kena humban paastu masih boleh syg2 lagi betul ker??

ada juga jenis mcm tu eh lepas kena teruk, boleh nak syg2 lagi...

12/1/12

itulah watak 'baik' yang mungkinkah wujud dalam realiti?

drama apa ni MF, sorry dah setahun tak follow citer kat tv.

12/1/12

Jujurnya, saya tak suka drama/filem melayu, sebab sangat hipokrit:

-tido pakai lipstik
-sarapan mesti fresh oren
-korporat sana sini, rebut harta
-org kampung hina dina, pasrah aja kena tindas
-adegan makan, dan makan, dan makan.

Cuma ada beberapa filem Melayu yg saya suka, lari dari cliche, antaranya filem Papadom

aku penah hihi..malu pulak nak ckp..masa aku umur 20an ritu, kan byk buat telemovie kan, aku penah diambil belakon 4orang jadi pepuan getik..getik getik belai itu pelakon lelaki apa tah nama yang kumpulan shades tu..

sampai sekarang orang tanya apa nama telemovie tu aku tak ckp, sebab aku malu..hihih..

oh, aku dpat bayaran sebanyak 100 ingit untuk scene tak samapi 5 min tu

Tanpa Nama
12/1/12

perempuan murahan : apa nak heran. memang benda dah realiti dalam dunia sebenar. dan benda macam ni la yang orang kita suka tonton. scene yang membabitkan perempuan menggeselkan badan, meliukkan badan, tonggak air kencing `orang'; bukankah sebagai penyedap jalan cerita?

protagonis tahan lasak : yang ni pun orang suka tengok jugak. walau pun dah jadi mustahil dalam dunia sebenar, tapi tetap jugak perlu diwujudkan dalam scene tertentu menunjukkan kecekalan dia menempuh dugaan. pun sebagai elemen wajib dalam setiap drama/filem.

eh, kalau takde semua ni kau ingat orang lalu ke nak berebut-berebut beli tiket kat `punggung wayang' atau tertonggok depan tv sambil melelehkan air mata tu? bukan salah pembikin pun, dia cari duit (dan keuntungan) jugak. buat apa nak fikirkan sangat kesan negatif (dan apa ke jadah lagi). bila tiba time promosi, diorang kata la "filem yang menunjukkan kepincangan masyarakat, diharap akan menyedarkan kita semua". ok la tu...

kalau ada yang terlalu sabar, sayang terlalu sedikit jumlahnya..

ini sungguh betul, makeup mesti tebal, rambut dye.

tulah pasal.btl tuh farah..adaker org yang baik sangat..sanggup kena pijak2 kepalapun bleh sabar lagi..tapi tulah paperpun kena sabar tapi mmg susah!

sedutan O.R.
dah kena jual pun nk balik rumah lagi

tak tahan tu baju bahasa baru
clothes that poke eye...wakaka~

saya tak suka drama indon.... episodnya sampai beratus2... pastu yang baik... baik sangat... kena pukul, kena maki... tak melawan... gerammmmm sangat... hehehe

saya rasa, mmg ada orang yg macam tu.. bila dah sampai tahap kesabaran mirip kesabaran nabi saw, ia bukan lagi sesuatu yg mustahil..

Nabi saw juga dicaci..
Nabi saw dibaling najis..
Nabi saw dilontar batu..

tapi Nabi saw tetap sabar.. malah Nabi saw hanya mendoakan hidayah untuk mereka mahupun keturunan mereka agar satu hari nanti mereka akan datang kepada Allah swt..

p/s: untuk melakonkan memang senang, tapi untuk melakukannya kelihatan agak sukar.. lagi2 bila ummat akhir zaman ini kelihatan semakin jauh dari kehidupan dan akhlak Nabi saw..

Hahaha... Bisa bonar..
i loike ;)

Fara... the web that used 'clothes that poke eye' had been 'cut' tak lama sebaik boleh dilayari tak sampai sehari pun...

Translation yg cantik gitulah jadinya. Macam juga terselit adegan kelab mlm nak setanding dgn filem barat katakan. Entahlah kakak kurang minat...

12/1/12

Filem tempatan WuMing tak berani komen pasai tak pernah tengok...

Termasuk filem Korea dan Bollywood.

Tapi WuMing ada perasan dan faham apa yang Fara cuba sampaikan..

Kadang kadang pengarah cuba tonjolkam kehidupan atau fantasinya dalam hasil karyanya..

Tak kurang pula yang berpura-pura...

WAHAHA..betul laa .jln cite pon sama je dh mcm cite hindi

12/1/12

Assalamualaikum Fara

dah lama tak tonton wayang.... he he

@fuad ansari

Fuad,

Sy mahu filem yg menggambarkan kesabaran Rasulullah. Tp sy mahu filem itu dilakonkan imam muda atau perempuan bertudung labuh. Yang jauh dari dunia realiti pelakon2 yg ade skg.

Isu yg sy cuba nak sampaikan bkn sbb sy nak kate tak ada org yg mempunyai tahap kesabaran yg tinggi dan redha dgn apa yg berlaku tp sy menolak filem yg mengaut keuntungan dgn menjual agama dan moraliti yg tinggi sedangkan sebaliknya? Sangat menyedihkan....

ada kebenaranya...

clothes that poke ... haha saya tau rujukan di mana tu...

tapi part yang tu lah paling malas ceq nak tonton..

Catat Ulasan