12/01/12

spageti bebola daging bolognaise limpahan parmesan dan cheddar

Pernah tak makan spageti bebola daging bolognaise yang sedap? Jenis bebola daging yang bila kita gigit, meleleh-leleh keju melimpah keluar. Lepas itu, kuahnya pula jenis yang pekat, likat, kaya dengan rasa dan mewah dengan kutu-kutunya (daging hancur dan ham ayam). Jenis yang kalau kita ceduk spageti, bertali-tali parmesan bercampur aduk dengan cheddar sampai terpintal-pintal! Jenis yang sekali sampai ke meja kita, pinggannya sama lebar dengan punggung sendiri? Jenis yang spagetinya menggunung dan kuahnya melimpah ruah macam lahar gunung berapi? 

Saya tak pernah tapi saya pernah tengok orang makan spageti sebegitu rupa di William. Saya mahu ke sana. Biarlah kedainya macam nak runtuh sekalipun, saya tetap hendak ke sana.

28 comments

12/1/12

Ramai betul yg cakap pasal william ni, sampai saya juga teringin ke sana...aduh, macam sedap saja cara kamu bercerita...meleleh liur...;)

belum lagin tgk rupanya...degarjerpun dah melelah air liur=)

12/1/12

Salam,
Alamak kita terpisah jauh. Kalau tidak, LF dan isteri boleh ikut sama.

Aduh...terbayang-bayang lah farah. Mcm pernah dgr william nih. Kat mana erk kedai nya?

William dah pindah ke Plaza Mayang ye Farra. Tempat nak runtuh tu dah di take over by Majlis. Majlis nak buat gerai yg jual 'oink' 'oink' sbb tu Uncle William pindahkan gerai dia. Dont worry Farra, tmpt baru dekat2 dgn yg lama jer. jgn lupa makan Mee Raja, Nasi Goreng Tomyam Seafood, Pizza, Air Stoberi Pisang, Air Kedondong. Wahhhh .. semuanya sedap di William.

@kakchik@ella

Yeke KC? Ouh, lewat tau. Hahahah! Tau Plaza Mayang tu. Dlm eh KC? Ok! Boleh serbu!

okay, saya dah lapar!

nak belanja iols makan ke beb???? :o

tak pernah..tapi cara fara tulis tu..mcm sedap aje....

tak pernah. awak ni faraa....buat air liur saya menitik tap! tap! tap!!




oke muhong ja tapi terliuq la jugak. :B

dasat btul penerangan akak ni..mata sy pun bpintal2 cuba bayangkan =P

12/1/12

Fara..
Sila upload gambar ye nanti..

12/1/12

wei fara robie william ke robin william? hahaa

12/1/12

PERNAH MAKAN SPAGETTI SEKALI.. TAPI TAK BOLEH MASUK TEKAK NI..

Ponggong saya lagi besar....


(william juga dikenali semagai italian mamak ~ sumber internet)

Cara pemerincian bebola daging dgn limpahan Parmesan itu sgt menggoda...hmm harus diterjah!

12/1/12

kene cuba gak ni

First time saya dengar pasal William nih...

william tu di mana eh MF

sedapnyer...

13/1/12

aduhh, tetibe lapar plakk

kat mane tuu??

oooo... tak pernah jumpa..

dan tak pernah jumpa pun... hehehe..

terus rasa teringin nak makan juga wp tak tahu william tu kat mana & baru ni first time dgr..

13/1/12

sedappppppnya....

13/1/12

bace description dia dah rasa mcm makan spageti plak..hehehe

jom fara...!
kita gi ramai2 ke sana

cik ina tak pernah lagi makan sapagethi bebola daging, bila ada limpahan parmesan ngan cheddar tu cam teruja gak : )

Catat Ulasan