Sebelum ini, saya tak suka hendak merintih tentang kerja saya. Saya selalu sedapkan hati, di sini punca saya cari makan. Walau macam mana teruk pun saya dilayan tapi dengan duit inilah juga saya berkongsi pendapatan dengan suami untuk membesarkan anak. Setiap hari dari mula saya bekerja sehingga ke hari ini, saya sentiasa sabarkan hati walau adakala benteng kesabaran saya pecah dan sudahnya saya hanya mampu menangis. Kalau saya nak marah, apa penyelesaiannya? Tiada.
Mereka selalu menganggap, bangsa Melayu adalah bangsa yang malas, hanya layak untuk menjadi kuli dan bodoh. Ketahuilah, hanya satu ayat yang selalu keluar dari ayat kami; Apa boleh buat, kita bekerja dengan mereka. Mereka ambil kita bekerja, "kira bersyukurlah". Mungkin inilah masanya mereka hendak membalas apa yang kita buat pada mereka sekarang ini!
Saya selalu menguji mereka dengan bahasa Melayu! Percayalah, penguasaan bahasa Melayu mereka sangat lemah. Oleh sebab itu, mereka sangat mendambakan penguasaan bahasa Inggeris untuk kemudahan berkomunikasi dengan berlainan bangsa. Sedangkan sesama mereka walaupun di sektor korporat, mereka lebih senang berbahasa Cina. Jadi malu untuk kita semua, wahai bangsa Melayu yang bodoh sombong. Tak payah nak mengeluh kenapa bangsa Melayu sering terkebelakang kerana kita sendiri yang lebih suka duduk di belakang dari tampil ke depan!
11 comments
melayu selalu direndah kan!
kagum dengan keyakinan mereka main taram pecah tembok jer kala berbahasa Inggeris, walaupun ah soo jual lobak masin! mereka sangat konfiden tahap tinggi!
orang cina cakap cina campur english sesama mereka, orang india cakap tamil campur english sesama mereka. orang cakap english sesama sendiri kalau dah mula pakai tujuh siri, tapi kekal cakap melayu sesama sendiri kalau kekal berkapcai.
tolong faham maksud aku di sini. pada pendapat aku, semakin orang melayu tu mendaki status, semakin mereka malu untuk me`melayu'kan diri.
keyakinan terhadap diri sendiri tu penting
tu laaaaa..kesedaran masing2 itu penting..
gua setuju dengan lu punya cerita...Kalau melayu kaya pun bukan nak menolong bangsa sendiri. Dia suka perabih sorang sorang... tamak ..dah tu gila pempuan
terlalu mengejar bahasa asing
sehingga bahasa sendiri dianaktirikan..
*melayu mudah lupa!
susah nak ckp lah fara kan...fikir lah sendirikan...
Akk perlukan katakan yg akk amat bersyukur..bekerja di kompeni China yg tidak mengamalkan double standard yg berlebihan...sejujurnya akk dan staff china ..dari Big BOss sehinggalah staff biasa berkomunikasi dlm bahasa Melayu...mungkin situasi ini nisbahnya 1/20....
Salam,
Melayu kena tukar nama dari me'layu' menjadi mem'bangun'...
tempat keja cik ina orang melayu memang susah nak mendapat tempat : (