11/01/12

susahnya hendak pakai tudung, sesusah perokok hendak berhenti merokok....percaya tak?

Tiada penafian bahawa tudung itu wajib dan mandatori untuk perempuan yang beragama Islam. Tapi saya pernah tak bertudung. Memang tak pernah hatta zaman persekolahan pun. Dan saya sangat faham, kenapa perempuan beragama Islam yang tidak bertudung sangat sukar terbuka hatinya untuk bertudung kerana saya pernah melaluinya!

Dulu, saya ada seorang kawan lelaki. Dia kata; Ciri-ciri bakal isteri aku harus ada first impression yang baik (dari kaca mata sendiri) dan of course bertudung. Tidak lama kemudian, dia memang dapat seorang kekasih yang bertudung. Dan tidak lama kemudiannya lagi, saya lihat tudung kekasihnya sudah terbang hilang entah ke mana. Dan bila saya tanya; Kenapa, dia jawab; Aku pun tak tahu kenapa...

Dulu, saya ada seorang kawan perempuan. Dia kata; Aku pakai tudung sebab mertua aku dah tanya-tanya. Saya balas; Alhamdulillah. Tidak lama kemudian, saya lihat tudungnya sudah terbang hilang entah ke mana. Saya malas nak tanya sebab saya memang dah dapat menebak apa jawapan dia.

Dulu, saya ada seorang kawan perempuan. Tudungnya labuh menutup dada. Dia kata; Bertudung itu wajib. Tak boleh ada tapi, tapi lagi. Tidak lama kemudian, saya lihat dia berpegangan tangan dengan tunangnya. Saya diam saja.

Saya bukan hendak menjadikan alasan di atas sebagai sebab kenapa saya tidak memakai tudung. Apa yang boleh saya katakan di sini, manusia itu tidak sempurna. Saya juga tidak sempurna. Malah, saya sangat hina di sisi-Nya. Masih tak tertebus dosa-dosa silam saya. Saya seperti tercungap mengejar cahaya iman itu! Percayalah! Saya sangat takut! Setiap hari di masa saya tidak bertudung, saya fikir apa akan jadi nanti? Sampai terbawa-bawa ke mimpi.

Apa yang ralatnya, ketakutan yang datang itu agak lewat. Percayalah! Memang sukar hendak membuat keputusan kerana bagi saya, bertudung biarlah hingga ke hujung nyawa. Dan saya percaya, mereka yang tidak bertudung juga pasti akan berfikir sedemikian. Kalau ada sedikit dorongan diberikan, pasti ok. Bukan dengan mengutuk mencaci. Lagilah buat kita rasa seperti; Ahh! Pakai tudung pun tapi perangai macam lahanat! Buat apa! Jadi hendak salahkan siapa?

Walaupun kini saya sudah bertudung tapi saya masih belum yakin apakah saya mematuhi hukum syarak dalam menutup aurat? Paling penting, disebabkan saya sudah bertudung, adakah saya layak untuk menilai dosa orang lain yang terbuka auratnya sedangkan aurat saya sendiri pun saya masih belum yakin adakah tertutup sepenuhnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui! 

43 comments

biar terbuka pintu hati masing-masing, iallah..saya jugak bukan insan sempurna..

betul tu kak.kadang kadang kite ni bertudung,tapi masih ragu ragu.tapi tak salah bila kite dh cuba yg terbaik.moga Allah tahu niat kite.semua nya bermula dgn niat kan.

kita suka entry ni..

entry yg buat org insaf..

kita pun start bertudung masa tingkatan 4 dulu..

11/1/12

emmm emmm dh seharusnya bnda tu wajib, tp tp jgn menilai org lain, nilai diri dulu...wuuuu

sy dulu bertudung sbb terpengaruh dgn kawan-kawan. darjah 4 dh bertudung ke sekolah. tingkatan 3 mula bertudung keluar rumah sbb malu kwn semua bertudung.


sbnrnya tudung ni kena biasakan diri pakai sama mcm kita biasakan diri pakai baju dan kain bila keluar rumah. kalau dh biasa bogel misti kita rs x kisah nk bogel hehe


tp sy sendiri pon belumlah betul-betul tutup aurat. sidai kain dpn rumah masih bogel kepala juga.

yang pakai nasihat2 kan.yang tak pakai tak perlu cakap "yang bertudung belum tentu baik".setiap manusia ada dosa2nya.kita tak sempurna.

ye betul, allah lebih mengetahui segalanya...

dan semoga Allah memberkati idup kita...amin

btl. sy sentiasa fikirkan diri sendiri dl sblm nak mengata org lain. tapi tak ada salahnya klu menegur org dgn cara yang baik/btl, bkn menghina.

11/1/12

bila dikenang dosa silam..takutnya.
adakah terampun dosa2 itu w,pun aku tahu ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN

manusia memang tak sempurna
bila kita lebih sempurna sikit dari orang yang tidak sempurna, jangan kita mendabik dada memperlekehkan orang yang kurang sempurna dimata kita kerana kita juga mungkin mempunyai ketidaksempurnaan lain....

mungkin sempurna dari segi pemakaian tapi dari segi pergaulan,tidak sempurna jugak...contoh pakai tudung tapi berpegangan tangan dengan tunang...

Memang wanita yang bertudung itu belum tentu sempurna, tapi kakcik agak sakit hati bila sengaja didrama dan dipertontonkan wanita tua yang bertudung ditangkap khalwat dengan lelaki muda simpanannya! :(

Hakikatnya iman manusia ni sentiasa bertambah dan berkurang..semuanya pada diri kita untuk tambah iman atau kurangkan..
tapi faktor sekeliling adalah yang terpenting walau hati sekuat mana kalau pendorong sekeliling adalah negatif maka negatif lah kita..

walaupun bertudung..dosa yna sendiri pun tak terhitung k.fara..
serius takut..

11/1/12

saya pernah juga menulis ttg ini....telah pun menutupnya atas kehendak sendiri...dan tidak pernah sekali-kali mahu mencebik atau memperkatakan sesuatu kdp mereka yg masih belum terbuka utk menutupnya...kita tidak sempurna...

11/1/12

assalamualaikum :D

sangat menarik.

erm, saya juga dikelilingi dengan sahabat2 tak bertudung. dan banyak juga soalan2 yang ditanya tentang perihal tudung. saya jawab mana yang termampu. tapi, tak pernah pula mengecam mereka kerana tidak bertudung. dan tak nafikan. dorang apa ada fikir yang macam kamu fikir pasal bertudung ni.

"adakah sampai ke akhirnya tak nak bertudung dsb..."

tapi tu la kan. kalau nak diikutkan banyak pendapat pasal tudung ni aka tutup aurat. lagi2 sekarang ada je yang pakai tudung sebab ikut trend. macam2 jenis tudung sekarang kan. cumanya, sama ada ikut landasan atau tidak. tu je. itu yang kekadang keluar pula statement pakai tudung tapi sebenarnya bertelanjang kan. nauzubillah.

saya pun tak kata diri ni bagus. bertudung, tapi pasti ke yang sebenarnya kita dah menutup aurat sebenar-benarnya. Alhamdulillah setakat ni masih lagi mencuba dan sentiasa perbaiki. walaupun mungkin ada mata yang tak suka memandang.

ada sorang kawan lelaki saya selalu persoal pasal aurat perempuan. dia kata, kalau dah nama pun wajib, maka wajiblah diikut. no excuse! bila ada yang menyatakan tak dapat lagi hidayah, katanya; kalau Allah tu tak perkenankan, sampai bila takkan pakai tudung.

tapi tu la kan. semua based on hati masing2 juga. biasanya orang yang dah bertudung dan dia tahu kenapa dia bertudung, automatik dia tahu apa yang seiring dengan imej yang dibawa kan. takkan pula pakai tudung nak masuk disko kan..

erm, kalau tengok hari ni, orang akan kata macam ayat merah yang last tu la. sebab setitik sirap, habis air soya jadi sirap soya. hee.

anyway thanks for sharing. untuk peringatan diri ini juga. inshaAllah. sama2 baiki lagi. :)

p/s- suka kata2 kamu kat komen encik fuad. maaf. dah bebel lebih pulak ni. hee.

Tanpa Nama
11/1/12

tak percaya, sebab...

11/1/12

alhamdulillah kak
yang pasti kita ni sentiasa perbaiki diri kearah kebaikan dari masa ke masa insyaallah...niat yang baik pasti Allah akan restui...
bak kata ustaz azhar "orang puan dok wajib bertudung....orang puan ni wajib tutup aurat..
bertudung tapi pakai spender saja memang failed la...sebab tu ustaz azhar kata gitu..kita kena fikir sebaiknya =)

untuk mengubah sesuatu yang telah sekian lama menjadi kerutinan, memang susah. perlukan daya usaha yang sangat maksimum.

assalamualaikum fara..

beza kita sesama insan dengan Allah SWT hanya taqwa..kita buat suruhan-NYA bukan sebab kita akan dapat pahala kerana itu hak NYA tetapi kita buat untuk mendapatkan keredhaan NYA...

11/1/12

Assalamualaikum Fara

lagi kuat kita untuk menuju ke jalan yg lurus,
lagi besar godaan drp syaitan dan iblis

berdoalah selalu moga Allah tidak membalik-balikkan hati kita setelah diberikan hidayahNya.. Insya-Allah

Tanpa Nama
11/1/12

pakai tudung sesuatu yang wahjib. Tak pakai ertinya tak ikut apa Allah suruh.

betoilertu... akak dulu2 teruk sekajap pakai(sebab mak marah) tapi mak tak nampak akak bukak.. kdg dari rumah pakai gi toilet bukak... isyh memang jahiliah tapi sekarang dah tutuppun der gak kadang2 tak kena... kena istiqamah lagini...

hurrrmmmm....

11/1/12

oh...sgt suka n3 ni...tapi aku tak berani nak komen lebih2 isu ni...sgt sensitif...sbb aku sendiri masih belum pakai tudung...


doakan aku...

@SM

Kenapa kau tak percaya?

11/1/12

berdiri depan cermin yg besar dan boleh menampakkan keseluruhan diri...nilaikannya sendiri, kekurangan boleh diperbaiki dengan keikhlasan hati.

zaman acik dulu..acik jugak antara yang terlambat bertudung..
acik bertudung selepas 8 bulan berkahwen.

wp bertudung, tp masih tak sempurna juga akak menutup aurat.. sedang cuba memperbaiki diri dan membersihkan hati agar tidak memandang serong pada orang lain yg pastinya juga sedang memperbaiki diri utk jadi lebih baik lagi..

11/1/12

dosa tak tutup aurat lain hal, dosa mengumpat/pegang tgn bukan muhrim/etc lain. Jangan bertangguh bila nak berubah ke arah kebaikan, at least satu dosa dah dikurangkan.

11/1/12

Fara,
...
:-) i like..
thank you.

kak ita bertudung,hubby suruh..sekarang tak lengkap kalu tak pakai tudung,tapi bila kuar tu tak tutup aurat juga,coz suka pakai baju t,harap tahun ne boleh ubah..insyaallah...

11/1/12

Fara... tak perlu bimbang... WuMing cukup matang..

Tak mudah melenting..

Semua orang ada hak untuk luahkan apa saja perasaan mereka.

Baik dan buruknya bukan pembaca atau orang yang mendengar luahan itu..

Tetapi adalah orang yang melauhkan perasaan itu sendiri..

WuMing dah dengar/baca banyak luahan orang.

Tapi WuMing tak akan rasa apa-apa pun.. Itu hak mereka...

Yang mana WuMing kenal(seperti Fara).. WuMing komen laaa..

Mana tak da kaitan... diam saja..

Bertudung adalah WAJIB.

Tapi jika dah bertudung jgn di kecam mereka yg tak bertudung tak perlu nak perli2 atau sindir2 kalau diri sendiri bertudung pun tak cukup lengkap seperti yg sepatutnya.

Takut nanti org yg di perli tu bila dah bertudung nanti terus bertudung dan menutup aurat sebaik-baiknya kalah org yg memerlinya tadi yg bertudung tapi banyak yg tak betul dr yg betul.

Terusss malu sendiri pasal banyak dah yg terjadi.... siapalah kita ni nak menilai dosa pahala org lain sedangkan diri sendiri pun tak tentu lepas lagi... hanya ALLAH aje yg mengetahuinya.

11/1/12

benar..bertudung memang wajib tapi kesempurnaan itu yg kita susah nk lakukan...paling penting kita jg diri sendiri dan jgn jadi penghukum pula

bagi kita bila nak bertudung tu
biarlah bila betul2 bersedia dan
bukan kerana desakan..

paling meluat kalau dah bertudung
tapi lepas sebulan selamba pula tak
bertudung..bukan perkara mainan tau

kita pun bertudung lambat dah umoq 27 tahun tapi insyaAllah nak selamanya :)

yang epnting nawaitu dan hati..
biarlah Allah sahaja yang menilai kita...
:)

seorang ibu berkata kepada anaknya, pakailah tudung... sekurang2nya ibu tersebut telah melepaskan tanggungjawabnya.. supaya si anak tidak memberi alasan di akhirat kelak bahawa ibunya tidak pernah menyuruhnya memakai tudung..

masing2 nak masuk syurga..
jadi masing2 kena ambik inisiatif sendiri supaya lebih mudah dapat masuk syurga..

mengajak kepada yg baik dengan cara yg buruk juga, satu hal yang perlu diambil perhatian..

Spot on! Like entry ni banyak-banyak!! As you said, kita ni semua tak sempurna dan tiada yang sempurna melainkan Allah SWT.

Suka entry nih.

Saya mula bertudung masa bertunang. Agak lewat gak. Yang penting nawaitu kita.

bagi sesetengah orang agak sensitif isu ini.. ada pulak tak suka ditegur bagai.. tapi tak salah demi kebaikan diri sendiri jugak kan.. ;)

nurul bertudung bila start kerja di kl.bleh??huhu..tapi once dah bertudung takkan bukak2..skang lagi senang pakai tudung sarung tak payah gosok2 mcm bawal...hehe..

Hmmm... bertudung tak wajib tapi menutup aurat itu yg wajib. Wajib itu mesti buat. It is a MUST. whether u like it or not. Tiada paksaan dlm agama tetapi sbg muslim sudah menjadi kewajipan. Hidayah dari Allah swt. Yg bertudung tapi bermaksiat tandanya dia belum benar2 memahami arti aurat dan akhlak muslimah. Kita kena terus belajar megaji lagi.

Entry ni, kan..

Okeh! It's Official!

Saya peminat kamu!

Catat Ulasan