10/01/12

Tuhan itu banyak, Allah itu satu! Siapa nak lawan?

Saya tak suka serabutkan fikiran. Untuk menjadi seorang yang rumit, jauh sekali. Apalagi andai berkait-rapat dengan agama. Definisi pemikiran saya mungkin; ringkas!

Disebabkan saja bekerja di syarikat yang majoritinya orang Cina jadi saya kena biasakan diri. Apalagi bila melibatkan makanan. Disebabkan mereka adalah majoriti di sini jadi apa kuasa kami yang beragama Islam untuk melarang mereka makan babi? Bila mereka bawa bekal nasi dari rumah dan saya tanya mereka; Bawa lauk apa? dan mereka jawab; Pork, jadi apa kuasa saya untuk berkata pada mereka; Jangan makan pork sebab pork haram untuk orang Islam. Dan jika saya berkata sedemikian, agak-agak apa reaksi mereka? Apalagi bila kami terpaksa berkongsi pantri yang sama. Jadi kebiasaan mereka setiap kali habis makan, mereka akan basuh bekas makanan mereka di dalam sinki yang sama kami gunakan untuk membasuh bekas makanan kami. Adakah patut saya menjadi obses yang teramat semata hendak elakkan diri dari tersentuh makanan mereka? Sudah tentu sukar! Sepertimana kita ke luar negara. Adakah kita yakin makanan mereka halal? Jadi apa jalan penyelesaiannya? Sudah tentu yakin pada diri sendiri dan jauhkan diri dari rasa was-was. Saya tanamkan diri saya dengan itu saja. Saya tak suka jadi seperti; Ish, botol gula ni mesti si Mei-Mei dah sentuh. Dahlah tadi dia ratah tulang babi dan kuis isi babi dengan tangan dia. Lepas makan dan cuci, dia pegang pula botol gula ni. Baik aku cari tisu buat lapik tangan aku. Nanti tak pasal-pasal aku kena samak pula! Kalau saya obses seperti itu, hidup saya pasti tak akan tenteram.

Adakala mereka mempelawa kami makan makanan yang dimasak mereka. Bersungguh-sungguh mereka katakan; Halal! Saya tak campur bekas masak dengan babi. Tidak setiap masa saya menolak kerana adakala saya mengambil apa yang diberi. Saya tak boleh setiap masa menolak pemberian mereka. Percayalah, walau kita menolak dengan baik tapi sedikit sebanyak hati mereka pasti terasa. Lagipun bagi saya, kenapa tidak? Jika mereka bersungguh mengatakan makanan itu tidak membabitkan babi jadi saya pasti akan; Ok! Kalau kita mahu fikir tangan mereka sudah sebati masak babi tapi kalau kita ke luar negara (sekali lagi) adakah kita yakin orang putih di sana tidak bergelumang dengan babi saban hari? Atau mungkin kimci import yang kita boleh beli di Jusco, kenapa kita masih mahu beli dan makan? Jawapannya mudah, segalanya kerana kita yakin! Betul tak?

Saya tidak suka membebankan pemikiran saya. Saya kenal siapa diri saya dan saya tahu apa nawaitu saya. Kalau saya mahu bergambar dengan Santa Claus, saya bergambar saja dengan niat sebagai kenang-kenangan. Kalau saya dikatakan bersubahat dengan agama Kristian, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Jika begitulah sifat seseorang manusia yang sangat suka menilai dosa pahala orang, pasti mereka akan kata saya bersubahat pula dengan agama Buddha kerana saya disuruh majikan saya untuk menghias ruang pejabat dengan hiasan tahun baru Cina. Sekilas pandang, ruang pejabat saya sudah seperti tokong Cina. Tapi apa niat saya? Niat sebagai seorang kuli yang disuruh majikan. Itu saja. Selain nampak meriah kerana mereka juga ada raya mereka. Bukan Selamat Hari Raya saja. 
  • Begitu juga kalau saya berbual dengan kawan, saya hanya mulakan dengan SALAM. Saya tak perlu nak tambah AS-SALAM.
  • Suami saya ditakdirkan ejaan nama MOHAMADnya adalah MOHD. Tapi saya tak pula panggil dia MOHD. (mod) tapi MOHAMAD. Jadi saya tak ada niat hendak memanggil dia anjing bermulut besar.
  • Kalau saya nak panggil masjid dalam bahasa Inggeris dengan MOSQUE, tak pernah terdetik dalam hati saya untuk mengejek masjid itu, NYAMUK. Jadi kalau orang UK atau US hendak memanggil masjid, adakah mereka diwajibkan menyebut masjid dalam bahasa Arab atau mungkin dalam bahasa Melayu?
  • Ada yang kata ustaz yang popular itu bersubahat dengan dajal kerana bermain gitar. Alahai! Kamu sendiri pun kaki tergedik-gedik bila dengar lagu M.Daud Kilau!
  • Kalau saya sebut Tuhan mereka, bermakna Tuhan mereka mungkin Nabi Isa atau patung perut buncit atau patung belalai gajah! Tuhan saya pula (saya sentiasa semat dalam hati) adalah Allah SWT! Jadi, kalau saya sebut Tuhan mereka, niat saya Tuhan agama lain. Allah itu satu! Tuhan itu ada banyak! Jadi, rujuk dalam kamus, Tuhan itu datangnya dari bahasa mana?
Kesimpulannya, jangan suka tunjuk pandai dan memporak-perandakan fikiran orang. Orang kita, adat yang dijunjung tersangatlah tinggi walau adat itu diimport dari Hindu sana. Tapi tak nak pula jadikan sunnah Rasulullah itu sebagai panduan hidup. Jadi bagaimana?

Kalau idola kamu Umar al-Khatab sekalipun dan kamu hidup berpandukan sunnah nabi, tak mungkin nama panggilan kamu adalah Sakit Cinta Mabuk Punch? Hoh!!!!

38 comments

tak perlu susahkan benda yg senang dgn bebanan fikiran yg tak masuk di akal..

10/1/12

percayalah..saya ada masalah yang sama seperti fara..

sama macam bila orang campak kepala babi depan masjid..melompat orang kampung sampai nak berparang.. tapi ada anak org islam sendiri buat maksiat dalam tandas masjib tak ada siapa nak datang tetak diorang..hehe..

great! setuju..senang kata hormat bangsa lain..

kalau u nak fikir pasal pork tu semua kan, mahu pening.. tapi i agree lah u punya opinion tu..
masa i melancong ke london dulu, tak tahu mana nak cari makanan halal so pegi kedai sandwich beli sandwich telur yang siap dibungkus, sebelahnya adalah sandwich pork.. just makan je sandwich telur tu dengan niat tawakkal dan tanpa was2...

bagi u yang kerja kat tempat mcm tu, terpaksalah u menghadapinya dan tidak perlu nak fikir apa yang orang lain fikir

sekadar menghias sahaja tetapi iman tak goyah kepada tuhan kita, Allah adalah ok kot.. that is my opinion...

10/1/12

jiran india saya triap tahun bagi bryani dengan kari kambing~~dilema betul! he~~

10/1/12

mmg klu kita hidup ni simple..kdg2 kita perlu ambil untuk amik hati...

bagus entry nie.. :)

MF: aku agama tak berapa hebat, tapi aku sokong apa yang ko kata2. yang pasti kita di anugerahkan kan akal fikiran utk berfikit

Itu tak boleh, ini tak boleh,
akhirnya satu apa pun tidak dilakukan - yang wajib ditinggalkan, tapi yang haram belum tentu. :(

kak ita setuju apa yg fara katakan..islam itu mudah,tapi kita yg jadikan susah dengan perlbagai perkara,mcm adat kan...kak ita pun sama,janji hati kita tak was-was..boleh aje...

Betul :)

Yang penting kita faham dan yakin dengan agama kita. Untuk faham dan yakin kena ada ilmu. Ilmu kena cari dan sentiasa dipelajari. Bukan main percaya je apa yg orang gebangkan.

mmg diakui ramai diantara kita tidak mengikuti sunnah rasullah...idol dan mentor kita yang telah tersedia sekian lama...cuma kita terlupa seketika mungkin..

10/1/12

PANJANG SUDA...:)

10/1/12

pasal MOHD, MOSQUE tu semua, adalah chain mail yang memalukan umat Islam itu sendiri yang melampau dan tak bersandar kepada fakta.

ni antara penjelasan nya:
http://muslimspeak.wordpress.com/2009/01/15/the-meaning-and-evolution-of-the-word-mosque/


Jangan tak tahu, umat Islam Malaysia jijik bila dengar babi, tapi hari hari makan benda haram(rasuah), tak rasuah..hisap rokok, tak jijik.

kalau yana ni kak..mungkin akan jadi obses macam k.fara tulis tu..hehe..
sebabnya..yana tak pernah berada disekeliling orang2 selain islam so persepsi negatif tu sentiasa ada..
sebab tak pernah alami dan tak pernah ada cara nak mengahadapi..

betul kak fara kata kat oversea pun belum tentu makanan halal tu betul2 halal..yang pasti yakin..takkan kita nak korek ke dapurnya cek semua benda to make sure halal untuk kita kan..yakin dan sebaiknya berhati-hati..

terbaik entry..:)

akak.mcm mana akak boleh buat satu entry yg hebat?rara skrg ni suke giler setiap entry akk.mmg best.


mmg btol dgn niat kita akan betul.mcm pasal ustaz tu.mcm lah dorg x penah dgr lagu.tu lah,bila hati tu dh tak betul.segalanya xbtol.

Fara,

Faham apa yang kamu maksudkan. Dulu saya 5 tahun bekerja di firma milik orang India. Hanya saya seorang saja Melayu disitu. Bila saya join mereka hias pejabat dengan dekorasi Christmas dikatakan saya ni bersubahat nak jadi kafir.

Bila dah bekerja di tempat orang2 beragama, Islamnya tu hanya dia seorang saja yang lebih barangkali. Orang lain dipandang tidak warak hanya kerana dia sembahyang dan menutup aurat. Tapi mulut tetap juga mulut longkang dan hati tak juga bersih dari berbuat fitnah pada orang. Adooiiii....

10/1/12

Akak pernah berjiran dgn bangsa India, Cina, bila dijamu makan, kami tetap makan dgn yakin sb katanya maskn ditempah dr yg halal.
Kalau tak yakin, kita ambil sekadar tidak mengecilkan hati mereka.

islam tu mudah dan tak menyusahkan..terpulang pada masing2kan...

10/1/12

Hai Fara..

ye la.. pasal MOHD dan MOSQUE pernah baca kontroversi tu..macam-macam la kan..

apa pun kunci nya adalah yakin..

Tanpa Nama
10/1/12

terlalu fikirkan sangat, padahal benda simple je.

kalau melibatkan hukum saya tak berani nak komen kerana saya sendiri masih banyak kekurangan yang perlu dipelajari

ada mcm-mcm isu dlm satu entri :)


jiran sy org cina..rajin bg makanan tp yg berbungkuslah bukan yg diaorang masak..

10/1/12

Jiran rumah aku seorang cina... Ada bela anjeng... Tiap2 hari, mesti bulu2 anjeng dia TERmasok kerumah dan kereta aku akibat dibawa angin... Kita hormat mereka kalau nak bela anjeng... tp mereka tak hormat kite plak?? Susah jugak kalau mcm tu...


Kesimpulan : perlu saling hormat menghormati antara satu-satu kaum

10/1/12

setuju dgn kamu..apapun yg penting niat kita dan kita tahu batasnya...dan kita yakin dgn apa yg kita makan dan buat.

#rasa hairan juga bila ada org persoslkan hukum main gitar sedang fardhu ain sendiri tidak sempurna#

10/1/12

Semua terletak pada hati...jika was-was jauhi...

10/1/12

best betul entri! setuju setuju!

10/1/12

itulah dilema kita yg hidup dalam negara bermasyarakat majmuk,.. nak jaga hati 'orang lain' ibarat menarik rambut di dalam tepung,.. kita pulak buat sesuatu ibarat diluah mati emak ditelan mati bapak,.. so semuanya terletak pada nawaitu kita,..

Banyak kekeliruan, dah jadi macam subhah plak..

Apapun, kena yakin. Mana yang tak tahu, elok kita bertanya-tanya, kan?

Terimakasih berkongsi pendapat.

xde pape nk ditmbh..mmg btol3..:D

I stood in front of her face
When the first bullet was shot - PUNCHDRUNK LOVESICK SINGALONG (RADIOHEAD)

nice!!

jangan suka menghukum manusia.. pandanglah dengan pandangan kebaikan..

Patik setuju dgn semua hujah2 yang diberikan...

11/1/12

WuMing dah baca semua, termasuk komen-komen skali...

WuMing beragama Buddha... Tapi belajar Agama Islam sampai tingkatan 6...

Faham banyak tentang Islam dan situasi(perasaan) orang Islam...

Kerana Buddha ajar kami hormat semua orang termasuk binatang..

Dan Buddha suruh keluar saja dari ajaran Buddha jika tak tahu menghormati agama lain kerana ia memalukan Penganut agama Buddha yang lain...

yg mana baik..kita ikut..
yg mana buruk..kita tinggalkan

manusia dikurniakan akal fikiran utk berfikir buruk baiknya sesuatu itu

Saya seperti kamu bekerja di firma 90% stafnya org cina dan sy faham apa yg kamu lalui... tapi sy dah 15 tahun di sini dan mereka dah faham apa yg sy suka dan tak suka yg agama sy kata boleh dan tak boleh malah mereka lebih menghormati pendirian sy berbanding org melayu yg seagama dgn saya.

Percayalah walaupun mereka tak seagama dgn kita tapi bila bergaul dgn kita dan kita tegas dgn pendirian kita mereka akan lebih menghormati berbanding dgn yg sebaliknya.

selagi perasaan hormat-menghormati tu ada dalam diri takde masalah dalam bekerjasama antara mereka yang bukan seagama..
betul.. kita kena yakin dengan apa yang kita buat.. tapi kalau nak ikut dari segi hukum ai masih belum jauh untuk memberi pandangan..

TQ komen Daddy ziyyad juga...

setuju

Tanpa Nama
6/5/12

main gitar haram?ya memang haram..tp sebab apa dijatuhkan hukum haram?apa yang menyebabkan bermain gitar itu haram?yang menjadikan ia haram aadal

Catat Ulasan