Kedai cantik. Siap ada efek air terjun di dinding kaca. Ada TV skrin LCD besar. Ruang yang luas. Bersih. Meja makan cantik. Macam meja makan beradap untuk pengantin. Suka. Tapi...
Saya pesan kuetiau kungfu. Suami pesan kuetiau ladna. Tunggu makanan dekat setengah jam. Sampai makanan, saya menguis pinggan. Kuetiau ada dalam sejemput. Kuah ladna dan kungfu tak ada beza. Ada sayur brokoli tapi brokoli yang dah kuning. Habis makan, dapat bil. Kuetiau ladna, kuetiau kungfu, barli panas dan air laici. Jumlah keseluruhan menjangkau RM16. Saya dan suami saling berpandangan. Mahal! Cukuplah sekali.
Saya bukan berkira. Tapi tolonglah jangan buat pelanggan bengang dengan tauke yang sangat berkira dalam kuantiti makanan. Dan tolong jaga juga kualiti makanan! Brokoli yang dah kuning? (Mengeluh)
18 comments
aduhai...takde rezeki..
hiasan gah tapi kalau makanan tak gah, tak ada maknanya...
orang datang nak makan, bukan nak tengok hiasan
tak lama, bungkuslah tu...
bukan mendoakan yang tak baik tapi kalau dah mcm tu, faham2 jelah kan...
orang nak berniaga, dia pun nak berniaga...haishhh
betul kan kak...ratu pun tak suke kalau ada peninga camni.yg pelik bolehlah dia bertahan lama.
depa kira untung aje beb...
kepuasan pelanggan - depa peduli hapa kekdahnya...
tak baik la, memang benci orang cam gini, kedekut.Yang penting hati pelanggan kena jaga, kalau kualiti terjaga insyaallah pelanggan tak lari kan..
Pernah kena, harga tak setimpal dgn kualiti, kuantiti & rasa. Kesudahannya...tak dtg terus dah lah kedai macam tu kan.
kali pertama dan terakhir la aku pegi kalau dapat kedai camtu
semua nak save bajet lah tu..kekadang akak rasa baik makan kat rumah, lagi puas, tp makan kat luar pun sonok, sbb tu akak tetap dgn pilihan restoran sbb tekak dah biasa,..deMesra tetap pilihan mama..
betul tu. kita tak berkira bayar bab-bab makan ni tapi dalam waktu yg sama, dia org kena la jaga kualiti. Ada ke patut hidang brokoli kuning?
jgn ke situ lagi next time yer...
mungkin aku akan dapat merasakan sesuatu yang tak kena tika pertama kali pinggan disuakan. dan aku simpan suapan terakhir di dalam mulut, buat aku semburkan keluar bila menerima bil! ingat, jangan sembur ke atas lantai, tapi tepat ke muka tokey kedai...
kedekutkan, kita sebenarnya tak kisah pun nak bayar mahal janji berbaloi ngan apa yang kita dapat. samalah satu kedai kat sini char kueh teow sampai RM5.00, kueh teow tak sampai 4 kali suap dah habis : (
tu tak ikhlas namanya. peniaga yg ikhlas, kita leh nampak dari cara hidangan tu sampai kat kita...
sekalijerlah org g kedai tuh gamaknya..tapi sib dpt fara kalau dpt customer pns baran mau di amuknya
nak cepat gi haji lah tu..teruk sanggat...jangan kedekut sanggat...bila bersedekah...yg masuk tu lg banyak....tak rugi pun....kalu mcm ne..kak ita gi sekali aje lah....
kuetiau pun nak berkira..
walhal..bukannya mahal mana kuetiau tu..
nak untunggggg je depa ni kan?
hampeh betul!
Bagitau la kedai mana supaya sya tak tersesat ke situ..heh
tentu peniaga yang kedekut tak akan bertahan lama, akan tiada kunjungan kedua, dan sebaran berita memutuskan juga yang pertama.