2/02/12

kedai runcit yati

Dalam banyak-banyak kedai, ada satu kedai runcit milik orang Melayu. Milik kongsi adik-beradik perempuan. Masa mula-mula buka, semua ramah-tamah. Muka ada manis. Mulut ada senyum. Ikan, ayam dan sayur-sayuran semuanya segar-bugar. Harga pun tak mahal. Mak jatuh cinta. Saya pun senang hati. 

Tapi bila dah lama berniaga di situ, semua dah jadi lain. Tak ada senyum. Tak ada ramah-tamah. Semua jadi masam. Semua jadi pahit. Ikan sudah pecah perut. Ayam sudah lebam peha. Harga mencanak hebat. Mak pun dah malas nak ke sana.

Tapi satu hari, Mak kehabisan lauk. Buntu tak tahu nak masak apa. Nak ke kedai, berat kaki nak melangkah. Sudahnya, Mak suruh saya pergi. Saya menurut perintah. Walau dalam hati rasa berat. Tauke kedai runcit itu garang. Tak pernah nak senyum. Dulu dia senyum. Tapi sekarang asyik nak mencuka. Kenapa? Banyak hutang ke? Saya pun tak tahu. Apa yang saya tahu, nak ke sana macam nak ke bilik cikgu disiplin. Seram sejuk.

Sampai sana, saya arah tauke bungkus 4 ekor ikan kembung. Macam yang Mak suruh. Tapi Mak dah pesan; Pilih sendiri. Jangan pilih yang pecah perut. Jangan pilih yang mata sudah merah. Tapi saya tak pilih sendiri. Tak terkeluar kata-kata dari mulut.

Sudahnya, Mak bising. Mak dapat ikan kembung pecah perut. Lembik. Mata merah. Kulit pecah. Mak suruh pulangkan. Saya tak nak. Tapi Mak kerah juga suruh pergi. Saya menangis. Sepanjang perjalanan saya tersedu-sedan, menangis hiba. Sampai kedai runcit, tauke kedai tanya kenapa. Saya tak dapat nak jawab. Terus melalak. Tiba-tiba, tauke kedai peluk saya erat. Rapat. Sambil pujuk; Sudah-sudah. Nanti aunty bagi balik duit ye? Saya angguk. Lega. Dapat balik duit. Walau dalam hati; Eh? Garang ke tak garang ni? 

Sampai rumah, terus beri duit pada Mak. Mak pula pujuk. Mak kata; Sampai hati diorang bagi ikan busuk macam tu. Kalau nak berniaga, berniagalah betul-betul. Saya diam saja. Dalam hati berbunga riang. Tauke kedai pujuk. Mak pun pujuk.

Tak lama selepas itu, kedai runcit itu tutup. Buat selama-lamanya. Entah apa sebab. Apa punca. Tak ada siapa tahu. Tiada kepastian yang sahih. Apa yang tinggal, hanya kenangan. Konklusi? Buatlah sendiri.

Kisah benar di awal 90-an. Saya masih bersekolah rendah. Naif. Tak tahu apa-apa.

32 comments

garangnya macik kedai nih..hahahaha..tapi baik hati jugak bila dah ada yang menangis depan dia..hehe

hukhukhuk...masalah tersendiri...

dulu.. mak pernah suruh ai beli sayur kat kedai, masa nak bayar kurang 30 sen, maka saya balik rumah mintak pada mak baki yang kurang tu.. mak cakap 'kenapa tak suruh pakcik tu kurangkan je sayur tu, tak payahlah nak ulang-alik semata-mata 3o sen tu.'

Mana ai tau.. dan pakcik tu kenapalah nak berkira dengan 30 sen tu.. penat ai jalan kaki, bukannya dekat (masa tu ai takde basikal) :(

Sejak itu, kalau tak cukup duit ai mesti suruh kurangkan apa yang ai beli, macam tu jugak kalau pergi ke pasaraya.. hehehe..

kalau cakap kedai itu standardlah kedai bangsa kita..marah tak? bukan underestimate tapi rasanya dalam sesetengah bab kita perlu ambil iktibar dari peniaga bangsa lain...err kedai nyonya buah bawah ofis akak, beli betik sehiris, bagi not RM50, nyonya tu tetap ada small change...suka kan!

2/2/12

erm..susah la kalau berniaga mcam tu..

tersentuh jgk sy tang bab peluk erat tu. Mungkin dia ada masalah...

@C-I-K-I-N-T-O

Garang. Muka dia masam je.

@aizamia3

Fuh! Mmg penat gak ulang-alik. Tapi tak pe. Belajar.

Tapi kakak rasa sekarang dah ramai kedai bangsa kita yg celik tak macam tahun 90an lagi... tapi kalau tidak mahu berubah alamat bungkus jugalah jadinya...

Tanpa Nama
2/2/12

mungkin, bila dah berada di puncak si taukey tauge tu dah mula dabik dada. dengan pemikiran, akulah peniaga terbaik di sini. tapi lama-lama dia dah mula sedar lebih-lebih lagi dengan teriak nangis si budak kecil tu. konklusi, air mata kau memang bisa buat naga air tersentuh.

2/2/12

mula-mula ingatkan tokey kedai tu lelaki...exited sangat baca terlaju.

biasanya masalah dengan peniaga melayu ni masalah money management.. tak pandai nak rolling modal..kebanyakannya kelabu mata bila dapat untung sikit.. joli sakan sampai makan modal..so terpaksa cover dengan bagi barang murah=kurang kualiti.. bila kurang kualiti pulak orang taknak datang la..

lepas tu jadi rasa kurang ikhlas.. susah la nak senyum duk pikir duit tak cukup itu ini. banyak masalah. senang cerita tutup kedai makan gaji..hehe..

segelintir peniaga melayu cam tu, kat tempat cik ina pun ada peniaga cam tu, entah bila nak tutup pun tak tahu, asyik kena sumpah seranah je.

tapi ada juga baiknya..touching lah sikit masa peluk tu..he..he...kita tak tahukan masalah dia org...so bersangka baik lah kan...

hmmmm tak de untung kot.tu sbb jd cm tu.hmmmm.kedai cina ke kak? kalau kedai cina kat tempat saye,7 keturunan dye bukak.

@Lady Windsor

Kak, sy teringat perihal peniaga kedai runcit India tmpt sy keje. Sy nak beli brg rege bwh RM10. Tp bg not RM50. Tp die sgp tak nak terima. Alasan - takde duit kecik. Aduh! Tepuk dahi!

@cheqna

...susah nak menjadi kan?

bla dah sombong perniagaan tak akan ke mana...

@Kakzakie

Setuju! Skg nie byk course utk usahawan. Org dah bijak. Tak mcm dulu. Klu masih acuh tak acuh utk zaman serba moden mcm nie, alamat bungkuslah!

@Niza Romli

Bkn takat tersentuh tp pelik gak. Peluk kemas nie. Adeh!

@SM

Bkn air mata aku sorang. Mungkin ramai g yg airmatanya berbisa. Tp klu selalu, jelak gak.

Tapi, nape tauke tauge? Aku konpius.

@[PCL]

Alamak! Nama pun kedai runcit Yati!

=p

@Rai

Sy selalu suke dgn kesimpulan awak. Hiks~

@Cik Ina Do Do Cheng

Sape yg sumpah seranah? Pelanggan ke atau tokei kedai tu Cik Ina?

sesuai dengan namanya..kedai runcit yati terus mati huhuhuhhhh

p/s: tak baik kan huhuhhh

nape ye? msti ada kedai lain dh buka kot? tol dak?

chop....kenapa ko nanges mf? brutal sgt ker dia? tapi dia pujuk dan pulang duitkan. maknanya dia tak garang la kan....

sebenarnya garang ke tidok tauke tu k.fara?hehe..
mungkin ada masalah dalaman tu..heee

kite nak berniaga kene jujur. Br ramai yg suka

3/2/12

MUSKIL..
nape dia peluk ko?agaknya dia tahu lot ko nanges sbb mak marah beli ikan pecah perut..hehe

aku penah kena marah dan dibaling ngan bawang besar masa umur 6 tahun.huhu.aku igt smpi skrang.silapnya mak suh aku beli bwg besar 50sen.tuan kedai takde..anak dia pun sebaya aku bagi 2 biji bawang.aku pun balik.ko tahu kenapa?sbb 50sen utk zaman itu sepatutnya bukan 2 biji bawang..mgkin 10 biji kot.

Suka baca cerita ni... :)

Catat Ulasan