2/02/12

BR1M

Semalam, saya baca alkisah pengalaman Encik Sahrom perihal ditengking peniaga makan di Rehat dan Rawat. Dan semalam juga, saya mendengar keluhan makcik bancuh teh perihal ditengking petugas UMNO ketika beratur untuk dapatkan BR1M. Ceritanya taklah sesadis mana tapi terbakar hati mendengarnya;

Tersebutlah alkisah.....

Makcik bancuh teh datang ke dewan sekolah agak lewat. Mungkin lewat dalam 10 minit. Dewan sekolah sudah penuh dan padat. Kerusi yang disediakan untuk penerima bantuan semuanya sudah penuh. Maka, makcik bancuh teh terpaksa berdiri sipi-sipi. Sebelum dapat baucer BR1M, mereka terpaksa mendengar taklimat ringkas pegawai bertugas dan ucapan panjang berjela wakil rakyat. Bukan setakat bahasa Melayu malah terpaksa juga mendengar taklimat dan ucapan dalam bahasa India. Disebabkan bangsa India juga antara golongan penerima teramai, maka bab bahasa juga harus ada keadilan.

Sampai masa pengagihan baucer. Pegawai bertugas sudah ingatkan. Pengagihan akan dilakukan mengikut barisan. Mula-mula, barisan depan naik ke pentas. Selesai baris depan, giliran baris belakang. Dan seterusnya. Masalah makcik bancuh teh adalah, dia tak tahu hendak beratur di mana. Gara-gara dia tak dapat tempat duduk. Ke hulu ke hilir dia cuba meminta bantuan pegawai bertugas. Ada seorang lelaki memberi idea supaya makcik terus naik ke atas pentas. Tak perlu beratur. Makcik bancuh teh pun teruslah naik ke pentas dan berdiri di sebelah wakil rakyat. Malangnya, wakil rakyat mungkin tak perasan atau buat tak tahu atau mungkin dia ingat makcik bancuh teh adalah petugas pengagihan BR1M. Tiada reaksi. Makcik bancuh teh sudah rasa seperti melukut di tepi gantang. Tak boleh jadi. Dia berundur ke belakang dan terus turun dari pentas. Nak tak nak, dia terpaksa masuk barisan dan menyedihkan, dia berada nun jauh di belakang sekali.

Tiba-tiba, ada seorang wakil wanita UMNo (bukan wakil rakyat) datang menyergahnya; Awak dari mana ni?! Ada baucer tak?! Dah ambil baucer belum?! Kan saya dah kata, kalau dah ambil baucer, baru boleh beratur di sini?! Menengking sekuat tidak. Makcik bancuh teh rasa malu. Orang ramai pandang sama pandang. Makcik bancuh teh terasa dirinya sekecil semut. Nak tegur balik, segan. Tapi dia ada beritahu saya begini; Kalau ikutkan hati makcik, nak aje tegur perempuan UMNO tu, "Awak tu wakil UMNO! Tak malu ke menengking saya orang tua macam ni? Macam mana parti awak tak jahanam? Kamu ingat, saya ni pengemis ke sebab minta bantuan RM500 ni? Macam mana orang nak respek dengan UMNO kalau salah seorangnya berperangai macam ni?" Tapi, makcik bancuh teh sekadar mereka dialog itu di hadapan saya. Saya tanya; Kenapa tak tegur saja di depan orang ramai sana. Dia jawab; Segan nak bergaduh sebab duit. Alahai, makcik bancuh teh.

Sebenarnya, makcik bancuh teh tersalah baris. Barisan jadi bersimpang-siur. Ada barisan pengagihan baucer. Ada barisan untuk bantuan mengisi borang. Ada barisan untuk pengesahan baucer. Dan bermacam lagi. Sebab itu makcik bancuh teh jadi keliru. Dia menghabiskan masa selama 2 jam semata untuk mendapatkan BR1M. Kasihan. Selesai segala urusan, dia terus ke bank dan tunaikan baucer BR1M. Seterusnya, membawa diri ke gerai mamak untuk pekena rojak mi sepinggan dan semangkuk cendol. Ubat tenang jiwa katanya. Janji semua sudah selesai. Walaupun makan masa seminggu juga untuk dia hilangkan rasa kecewa dek ketidak-kesopanan dan ketatasusilaan wakil UMNO itu. Namun usai memuntahkan segala isi hatinya pada saya, terus lega.

Entri saya ini ada kaitannya dengan entri ini. Wakil UMNO bukan penggembala lembu. Dan penerima BR1M bukan kawanan lembu yang boleh sesuka hati dilibas punggung untuk suruh ke sana atau ke sini. Kalau cara pengagihan mereka penuh sistematik, makcik bancuh teh tak akan terperangkap dalam masalah keliru seperti ini. Dan tak mungkin makcik bancuh teh akan berperang dengan perasaan. Dek perempuan itu. Mmmm...

Peringatan - Cerita ini kisah benar sebenar-benarnya. Tiada motif politik. Saya tak nak selindung nama parti. Kalau nak cerita, biar cerita telus. Semoga ada iktibar.

25 comments

hai,bila dah tak tentu hala gitulah jadikan..tapi tak perlu nak menengking-nengking kan

2/2/12

perghhhh
kalu cheqna yang kene macam tu memang berdarah wakil umno tu kena ngan cheqna..sakit hati wehhh

cam tu lah jadinya bila dia ingat duit RM500 yang dia kasi tu besau sangat,bencilah situasi cam tu.dorang kena ingat duit tu dari mana , bukan duit rakyat ke.

huhuhu...teruk nyer sikap manusia..

paling2 umno hilang satu undi..ekeke..
macamlah duit dia yang dok bagi tu..duit rakyat jugak pun..cehh..

Tanpa Nama
2/2/12

kali ni bukan `fuck the duck' lagi, tapi `fuck the wanita UMNO'.

(aku sengaja bagi komen ala barbarian)

baru kerja macam tu dah boleh sesuka hati nak tengking orang. Sepatutnya dia kenalah guna bahasa yang sopan untuk menegur, nak pulak yang ditegur tu dah macam pangkat mak @ makcik pada dia.


psstt: tu kalau dia buat pada ai, confirm dia kena balik dengan ai, kita bukanlah hadap sangat duit tu tapi dah kerajaan yang bagi pada mereka yang berhak jadi kau kenalah sabar layan kerenah penerima2 tersebut.

Salam,
Sedih mendengar cerita yang semacam ini .. berhemah dan menghormatilah orang yang lebih tua drpd kita.

Begitulah nasib marhaen! :(

2/2/12

dan yg paling penting kita bukan mintak duit dia...itu dah menjadi hak makcik bancuh teh. tapi nk buat macam mana, bak kata makcik bancuh teh..malas nk bergaduh pasal duit.

semakin hilang nilai2 murni pd org kita skrg ni.. memalukan!

Dasar tak hormat org tua. Macam mana nak jadi pemimpin...baru jadi wakil UMNO pon dah kurang ajar.

aku sendiri pernah dengar yg petugas UMNo ni cakap dan membebel yang bebukan pada hari agihan. Yang mana aku rasa xperlu dibuat begitu sebab bantuan tu utk Rakyat Malaysia yang layak bukan Ahli UMNo yang layak. Sekian

brim brim brimmmmmmmmm brommmmmmmmm broom !


p/s: psst .. ada orang ketawakan komen awak kat entri terbaru saya. nak tahu dtg lah baca. hehe

haru biru, walau mana2 parti politik pun, kita tetap manusia.

adoiiii mcm lah duet tu duet asb dorg yg nk marah sgt tu.huh kejam.benci org cm ni.

begitulah nasib org susah.. mmg ada yg buat mereka mcm sampah.. dalam hati mmg marah.. tp takde hati nak menyumpah seranah..

macamlah kalau cakap elok-elok orang tak boleh faham.. sedih..

parti apo pun samo jer...pasti ado sorang dua yg tak betul...

sedih dan marah bile baca entri ni.
macam ni layanan "rakyat didahulukan"? pui!

2/2/12

tak pa, ada ubi ada batas, ada budi adalah balasnya... hidup ni bagaikan roda, ada kalanya di atas dan ada kalanya di bawah, so jangan cuma menongkat langit,.. perasan2 juga org dibawah sebab pusingan roda tu adil tau.. tu je akak nak kata,..

tak patut betul..

dia ingat..org yg minta bantuan BRIM ni pengemis ke?

dia ingat.. semua org senang macam dia ke?

nak je aku caruttttttttt!!
(sabar putu..sabarr byk2..!!)

yg saya heran tu..

kenapa mesti bantuan diberi di pejabat UMNO kawasan?

aku seorang pembenci UMNO...tp aku bukan seorang penyokong anuar ibrahim!!!!!


Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.

steady makcik bancuh teh. tenang gituh. klu saya la, tak tau la boleh bertahan sebegitu ke tidak.

Org UMNO penat kot... Ramai bonar nak dilayan...tak terlayan... tp klau dgn saya dah lama kena tu...hikhikhik

Catat Ulasan