15/02/12

masak air sebelum minum! kita duduk di malaysia, bukan di wisconsin...harap maklum!

Saya faham. Faham sangat. Yelah, semalam kata kes AGE berkurangan. Tiba-tiba hari ini meningkat pula. Tapi saya masih faham. Walaupun semalam saya bising asyiklah tertanya-tanya; Kenapa asyik dalam siasatan? Tak apa. Sebenarnya, saya tersangatlah faham. Lagilah bila nak dekat-dekat pilihanraya macam ini kan? Mana boleh ada cerita buruk. Nanti imej buruk. Kalau imej buruk, orang tak nak mengundi. 

Oklah. Saya tak nak bergantung harap sangat pada kerajaan. Lagipun, penyakit itu datangnya dari Allah.Walaupun punca sebenarnya datang dari perbuatan manusia. Yelah, dalam surat khabar kata puncanya dari air. Dan terselit info, punca air tercemar sudah tentu datangnya dari binatang. Ada sesiapa tahu binatang apa yang selalunya pembawa penyakit? Oh, Encik Tukang Sono sudah jawab dulu - babi. Tapi saya cuma rumuskan saja. Entah betul atau tidak, kita tunggu saja sidang media dari Menteri Kesihatan. Harapnya tak perlulah nak menunggu sampai ada yang terkorban lagi, baru terhegeh-hegeh buat sidang media.

Saya seorang ibu. Sudah tentu ada kerisauan dalam hati. Bukan hanya risau takut terkena anak sendiri. Tapi juga anak-anak kecil yang menjadi mangsa di Perak sana. Saya simpati. Harapnya, sembuhlah mereka. Dan janganlah ada yang terkorban lagi disebabkan virus Rota ini. Tapi itulah, kalau dah kehendak Allah. Siapa kita hendak menghalang-Nya? Tak ada sesiapa mampu.

Saya teringat kisah sebelum berita kematian 2 orang bayi akibat AGE ini. Pada suatu pagi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Telinga sedang lalai mendengar Sinar Pagi. Dan tiba-tiba segmen berita ringkas. Ada salah seorang pemimpin (lupa siapa) yang dimasukkan ke hospital dan segera dibuat pembedahan. Dan tiba-tiba suami merungut; Menteri kalau sakit sikit, terus-terus nak bedah. Tak payah nak tunggu-tunggu dah. Cuba kalau orang macam kita? Kalau pergi hospital kerajaan, nak menunggu appointment pun berbulan makan masa. Kalau pergi swasta, sekali teropong dalam perut...beratus charge! Saya muhasabah sendiri. 

Dan tiba-tiba terfikir komen Kakcik; Sebab tak ada anak menteri yang kena virus tu ...Relevan juga ya Kakcik?

32 comments

Mintak2 dijauhkan dari penyakit ini, ngeri, kalau berduit takpelah gak..

15/2/12

hahahaha
suka komen kakcik
memang betul..
cuba kalau anak menteri yang kena
by hook or by crook kena cari on the spot jugak punca..

Realiti yg telah ramai tahu tapi selalu menteri ingat rakyat tak tahu...

sy sebenarnya taktau cerita sgt sbb tak tengok berita dan tak baca surat khabar tapi 2,3 harini dok dengar2 org bercakap pasal 'air' tiba2 pagi tadi tergerak hati saya nak masak air sebanyak 2x.

Tanpa Nama
15/2/12

aku pasti akan ada komen yang berupa "kita hanya mentimun, terima je la". serious shit, aku tak suka komen sebegitu.

itu lah kata..kalo ade DUIT dan KUASA org akan agung agung kan dulu..ciiss..

macam tak selamat jer..walau pun ada penapis air kat rumah tuu...

kalau org macam kite kene, jawapnya tunggu jer la sampai nak kehujung nyawa baru nak dibedah dan nak disiasat...agaknya laaa...

15/2/12

JADI, MASAKLAH AIR SEBELUM MINUM..

terdetik jugak kat hati ni.. menteri mudah saja nak dapat perkhidmatan macam tu.. agaknya rakyat ni nak penting kot.. tu yg boleh tangguh2 berbulan2 utk dapatkan rawatan.. silap2 tak sempat pun nak dapat rawatan.. kecuali kes istimewa yang dah tersiar di akhbar dan tv..

15/2/12

Assalamualaikum PAA

Masak air sebelum minum? heem...
tu org yg pakai penapis mcm2 gaya tu biasanya tak masak air yg diminum, ok ke?
jumpa lagi.

komen kakcik tu betul jugak beb...
ehehehehe

Kita memang tahu, apapun ianya, datangnya dari Allah juga. Tapi, Allah telah janjikan setiap penyakit ada ubatnya, kecuali tua dan mati.

Tapi, Allah tak suruh kita berserah menanti ubat itu datang ke riba. Rakyat marhaen mungkin tak tahu mencari punca, 'orang yang berkuasa' pun tak dapat nak cari punca juga ke? *kecuali punca nak banyakkan undi* :(

@Huda

Tuhlah...kite berdoa jelah...

@Kakzakie

Atau buat2 tak tahu?

@Niza Romli

Awak! Msk air 2x pun tak elok gak. Aishhh! Dilema kan?

@SM

Ko tak suke. Aku menyampah. Ko tgk blk komen aku sblm nie. Adeh! Aku sgt2 tak suke. Tak ade alasan konon siasat hingga ke lubang cacing!

@:: Mrs.Eady ::

Itu normal. Yg tak normal - SIVAJI THE BOSS. Hahahaha!

@ainnoraini

Tapis tak bunuh bakteria atau virus.

@fairus

Ade kes, dah msk pun virus still ade. Mgkn tak kena pd batang hidung sendiri, kite tak tau mcm ne rasa...

@rATu kEBaYA

Bukan tak penting. Cuma tiada kepentingan. Wahahah!

15/2/12

hehe...walaupun saya tau emosi post ni panas,tapi suke saya baca mcm mana monolog post ni ditulis.setailo giler...hehe :)

@mama ju,

Wsalam,

Tapis tak bunuh baketeria atau virus. Kena msk sebaik mgkn.

anak2 buah hri tu cirit birit, demam, punya risau..... hmm

dua hari lepas anak buah sy kat kampung (daerah batang padang perak) demam teruk, muntah2..dgr plak radio pasal virus ni...bdebar2 dada..risaunya Tuhan je yang tahu. nasib skrg dah kebah, ok dah.

puncanya air tercemar tp dalam berita dok pungpang air kelantan kotor. apa da.

lutut luka sikit dah operate dah..keh2..kalau kita biar je la berkudis..last2..bomoh kampung dituju..tak payah ubat..pakai 'air tawar' jer..heeee

Tanpa Nama
15/2/12

@Pok Amai-Amai
amalan yang takde keberkesanan.

memang betul semua yang dikatakan=(mmg skangpun ngah risaukan anak2..mcm tak selamat jer rasa.harap2 allah lindungi kita

kita pun risau..
baby kita dah 4 hari cirit-birit..
asalnya demam, muntah dan cirit dari hari ahad lagi..

dah bawak klinik..

tadi refer to pakar kat hospital.. sib baik simptom biasa jek..
lagipun demam dan muntah dia dah baik..

risau dibuatnya!

ayat kak chik tu ada betulnya senang cite kalau yang kena bunuh tu orang berjawatan tinggi atau berpangkat besar, kira itu kes berprofail tinggi, orang yang biasa-biasa kena bunuh , hapa cite . gelak sorang--sorang.

salam perkenalan..
saya suka blog awak, sinis tp benar.

sbb anak2 menteri semua dah tua..myB
kena tunggu cucu/ cicit mereka laah yg kena?

Tanpa Nama
16/2/12

salam... Sya stuju apa yg kta..sbb ank sya salah seorang mangsa rota virus yg bru sja discharge...terpikir juga nape x sebut bil negeri ln yg dh kena...pnyakit ni dh smpai ke penang pun...bkn bdk2 je..dgn sya skli terjangkit...stkat ni xda pun kmtrian bt tindakan drastik mcm virus H1N1 dlu

Catat Ulasan