15/02/12

penduduk orang kaya saujana putra keluarkan petisyen menolak cadangan stesen lrt?

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sila ambil perhatian. Alasan nak duduk dalam kawasan yang tenang dan damai tidak diterima di sini. Kalau nak juga duduk dalam keadaan tenang dan damai, sila pindah ke pulau-pulau yang ada di Malaysia. Jangan buat perangai pelik ya? Jangan fikirkan poket lebat sendiri saja. Masih ada poket kering merata-rata. Apa ingat yang duduk Saujana Putra semua golongan orang kaya saja ke? Tolong sikit! Rumah dahlah mahal. Bila dah beli rumah mahal, ingat larat ke nak bayar tiap-tiap bulan? Tak semua ada baki lebih RM1k dalam akaun bank lepas tolak hutang semua. Jadinya, tak semua orang pun sanggup nak tuang RON95 apatah lagi RON97 setiap 3 hari sekali. Sudahlah jalan padat dan sesak. Bukan 1, 2 jalan saja. Malah, setiap ceruk mana pun. Semua nak sesak. Adoi! Sesak nafas dibuatnya. Boleh lagi korang nak tolak cadangan stesen LRT ya? Kalau asyik nak ikut cakap orang kaya saja, susahlah! Tak nak mengundilah! (Eh? Terlepas taipkah?)

Harimau Kumbangku, bertahan kamu ya? Jangan asyik nak minum minyak saja. Kering poket aku jadinya!

24 comments

Ini lah dia ragam org kayo. Fikir kepentingan sendiri jer, tak pernah fikir kepentingan orang yang kurang berkemampuan.

Saya hanya mampu pakai RON95 jer. TU pon seminggu kena 3-4 kali isi sbb jalan hari2 sesak...huhuhuhu...

15/2/12

tetiba tak nak mengundi tu
hahahahaha
janganlah terlalu angkuh mendongak langit
ada ketikanya pandanglah rumput dibumi ni...

tak heran pun org kaye ni mmg kdg2 pelik.. dlu pernah MRR2 ke jalan ampang ditutup polis beberapa hari. Bila call polis ckp anak org kaya taman tar tak mau tempuh jem tetiap pagi bile pegi sekolah. mmg bila duit ade semua bende jd mudahkan :)

orang kaya..memanglah tak perlu lrt..fikir diri sendiri jer..fikirlah untuk org lain sekali..

15/2/12

sy sokong apa yang kamu tulis! setailo gila! exactly what i feel inside tapi blom dikeluarkan dalam bentuk ayat!

Tanpa Nama
15/2/12

aku dah tak berapa faham dengan isu ni. banyak sangat statement yang berbelit-belit.

huhuhu..

dulu masa nak bina jambatan pulau pinang tahun 1985, semua org tentang..

sekarang org yg tentang tue, sampai ke anak cucunya menggunakan jambatan itu huhuhuhhhh

yang org kaya tuh cket jerk n yang perlu lrt tuh menimbum2 lagi..aper kes??hangin gak!nak ikut senang kata dowg jerk.

Kakcik pun rasa tak nak mengundi. Bila dah menang, semuanya sama saja 'kelaku' mereka... :(

mcm2 org kaya ni..ish!
selfish!

bagi saya, di mana2 jua perlukan stesen lrt..mudah..

tumpang tanya sikit apa bendera yang menjerit sangat tu?

hurm...org kaya yang penting diri sendiri...

orang kaya mana nak fikir pasal orang lain punya kesusahan...
kalau dia susah je baru terjerit2... huh..

masaalah rakyat marhaen..ginilah..

15/2/12

Salam,
Apahal tak mahu stesyen lrt tu ? Tak bagus ke?

apekah???

ni lah masalah bila nak buat public development - untuk rakyat
ornag yg poket kembung dan sentiasa ada duit - tak nak rasa susah sekejap (during construction works) - dan tak nak di ganggu oleh kebisingan semasa construction....
kalo macam tu - sampai bila2 pun tak akan ada public transport kat kawasan tu....
nak harapkan bas??? mimpi di siang hari lah.... kawasan orang kaya2 - bas pun malas nak pegi!

15/2/12

ade jugak manusia pesen gini...nak bagi kemudahan x nak,...

buka je blog erda trus nmpk tajuk ni n rs nk komen..
patut tulis title 'penduduk putra height & taman megah"..hehehe

ni link if nk tau nape diaorg bantah

http://beritaharian.org/penduduk-terus-bantah-laluan-lrt.html

~~shida~~

kan bagus kalo betul ada LRT di situ..belakang rumah jer tuh..

:(

isk..kalau sy kaya nnt sy buat lrt banyak-banyak..kalau sy kayalah nnt hehe..


betullah mcm fara kata tu kan..kalau x nak bising..nk eksklusif sgt pegilah dok nun jauh kt hutan..


bab polis tutup jalan sbb anak org kaya x nk tempuh jem pegi sekolah ewahhh jalan tu buat pakai duit bapak diaorang ke????

kerajaan nak bagi kemudahan pun tak nak...taulah kaya raya duit melimpah ruah...tapi bukankah itu perkhidmatan awam yang seeloknya dikongsikan kepada semua.

15/2/12

Lumrah laa sifat manusia.. Kurang sangat orang yang senang (Kaya) nak fikirkan tentang orang tak kaya..

Orang yang kita selalu undi? Lagi laa tak fikir... Fikir tentang kroni mereka adala... Ahh..terlajak taip jugak laah...

agak2nya orang2 kaya tu
naik heli pi tempat kerja kot

nasib baiklah kita dah dok
luar bandar ni..pi sana sini takde jem :)

Catat Ulasan