Setiapkali dalam perjalanan ke tempat kerja, saya mesti nampak kain rentang ala kadar bergantungan di pagar padang bola PKNS di KJ. Ada di antaranya tertulis; Selamatkan padang PKNS!.
Ada dua kemungkinan. Kempen selamatkan padang mungkin atas dasar politik. Atau mungkin juga usaha gigih penduduk setempat dalam mengekalkan kehijauan padang bola bermutu tinggi demi kegunaan masa depan generasi akan datang.
Saya malas nak cakap lebih. Cakap lebih takut nanti orang kaitkan saya dengan politik. Tapi saya cuma nak kata satu. Padang bola PKNS adalah satu-satunya tanah lapang yang tinggal di KJ (selain padang sekolah). Nak kata kawal-selia tak bagus, saya tak pernah pula nampak walau sebatang lalang tumbuh setakat ini. Jadi saya rasa rugi kalau asyiklah nak untung sendiri dengan binaan kondominium yang dah berlambak sangat di KJ ini.
24 comments
tak aci la asik nak korbankan semua benda untuk pembangunan katanya..
mcm ada kaitan politik tu..emmm...kita perlu kawasan lapang untuk riadah..takkan semua nak bina rumah :O emmmmm
Berapa ramaikah 'orang kita' yang mampu semewah lembu untuk menginap di kondo itu. Terfikir betapa sayangnya banyak bangunan yang dibina atas nama kemegahan tapi manfaatnya sangat kurang. :(
Assalamualaikum Fara
kita kena berani membuat penghijrahan memilih pemimpin yg membela rakyat
Salam,
Setuju, usah kaitkan dengan politik ... fikirkan mana satu yang LEBIH PERLU DAN LEBIH MEMBERIKAN KEBAIKAN?
selamatkan diri sendiri..ehikkss.. :)
kesian anak cucu kita nanti kekurangan 'carbon sink' ..
sambungan dari entry fara, perasan tak aduan rakyat sekarang banyak aduan datang dari dari penduduk negeri selangor ngan pulau pinang.dasarkan
: )
ini isu merepek sebenarnya. kelana jaya antara pusat perdagangan dan perumahan yang tinggi nilainya dalam petaling jaya. sebab tu masing-masing nak berebut 1)tunjuk hero 2)julang bendera parti masing-masing 3)bagi press statement 4)bla bla bla...
lari topik sebentar. aku heran zaman sekarang ni. sepatutnya setiap projek perumahan yang baru akan disediakan padang bola/kawasan lapang mengikut peratusan yang ditetapkan oleh perancang bandar. tapi yang aku nampak sekarang, pemaju lebih cenderung menyediakan gelanggang futsal. kalau ada reserve kawasan lapang pun, digunakan untuk menternak lalang.
Kakak rasa tak ada kesudahan isu ini Fara. Since last year kalau tak silap kakak siap ada yg dah angkat parang masuk tv kan... Tapi percayalah yg ada kuasa mesti berjaya dan yg suara kecil akhirnya ditelan begitu saja...
padang bola pun nak buat bangunan jugak abih mana lagi tempat msykat nak beriadah nya..
*angguk-angguk
apa yg nak diselamatkan?sya pun rasa 'fishy' nya penyataan itu...
ghairah sgt nak membina rumah.. lepas tu, letak harga tak munasabah utk dibeli oleh orang biasa.. macamana??
Kalau Pudu Jail yg penuh dgn nilai sejarah itu pun roboh dek kerana tuntutan ekonomi(dan mainan politik), apalah sangat padang bola PKNS ni...Kita di Malaysia mmg suka merosak/menjahanamkan benda, amat sedikit yang mempelihara. Kenyataan yg pedih, tetapi benar.
selalu lalu kat situ bila nak jogging kat tasik kj..berlalu dgn senyuman sinis..
ELOK RASANYA PADANG TERSEBUT TERUS ADA UNTUK KEGUNAAN RAKYAT BERIADAH...
kat tempat sy terlalu byk padang..usahkan padang, hutan belantara pun ada..napa takde sape nak tebang?? kerana tiada nilai ekonomi..
negeri selangor negeri maju..lubuk ekonomi...setiap perkara akan jadi isu huhuhuhhh
kita memang maikn kurang padang yang lapang...
sedih
setuju...kita dah banyak kaitkan isu dalam kehidupan ni dengan politik sepanjang masa...semua nak dipolitikkan...pe nak jadi...
lepas ni - dah tak ada padang bola..
boleh le pakat ramai2 main bola kat tempat parking plak...
Hmmm... asal ada kawasan lapang je, beribu la tender masuk nak bangunkan perumahan. Tapi hakikatnya golongan macam saya ni masih tak mampu nak beli rumah-rumah tu.
Dah tak fikirkan keluh kesah mereka yang lemas dalam hutan batu. Sekali sekala nak juga hirup udara dari kawasan lapang tak berbatu..
Jangan pula nanti esok-esok nak sedut udara segar terpaksa pakai gogle macam menyelam kat laut tu.
klu cenggini beberapa thun ke depan nmpk bngunan jerk.semua kroni2 lk yg bina tuh.huhu..pdg bola esok2 ank2 dah kenal
Mungkin keperluan rumah masih diperlukan oleh penduduk setempat.
pst: kalu kondo berlambak2 tapi pembinaannya terbengkalai...ini boleh mendatangkan marah