21/02/12

pendidikan moral

Semalam saya bawa Aydin bermain di taman permainan mini Mc D. Kemudahan percuma, siapa yang tak suka. Saya suka. Aydin lagi suka. Bila dah nama percuma, takkan kita nak gasak sesuka hati. Kena ada tertib. Dan sebagai manusia yang penuh dengan kesedaran sivik, saya ajar anak saya buka kasut sebelum bermain. Seolah-olah tindakan refleks bagi kami sebaik ternampak sebuah rak kasut (disediakan pihak Mc D) betul-betul depan mata. Takkan ibubapa lain tak nampak?

'Berbulu' bila melihat ibubapa buta hati mengajar anak pentingkan diri sendiri. Seolah-olah ada ayat begini; Kalau budak-budak lain nak berkaki ayam, lantak! Biarlah anak kita pakai kasut. Nanti kaki kotor. Kalau kotor, senang dapat sakit. Kami tak rela.

Orang putih yang sedang marah pasti akan terkeluar kata-kata ini; Damn!

25 comments

kesedaran sivik kena pupuk dekat anak-anak spy bila besar x jd org yg pentingkan diri..


cthnya, buang sampah misti cari tong sampah bukan selit celah pokok ke celah kerusi ke..nk merokok jgn kat kedai makan..ini serius kalau sy nmpk org merokok kt kedai makan sy nak lempang sedas biar dia sedar

esok2 anak diorang pun takda moral. dah awal2 takmo didik. besar2 nnt mula besar kepala.

21/2/12

memang orang kita kurang kesedaran sivik. betul macam rina avail kata, saya memang pantang orang merokok kat kedai makan, tambah lagi ada anak-anak, sesak nafas nak makan..

mungkin sebab mak bapak pun tak ada kesedaran sivik.. tu pasal dia asuh anak jadi mcm tu..

tong sampah ada depan mata pun tak nak buang, lagi mau selit2 celah pokok atau kerusi...

21/2/12

mujur aku bukan orang putih, maka perkataan lain yang akan terkeluar.

ini la nama penyakit keturunan. penyakit hati yang diperturunkan kepada anak cucu. sama macam isu memandu atau penggunaan tandas awam. anak-anak pasti akan ikut perilaku ibu bapa yang kencing berdiri. keji!

21/2/12

Dari kecik ni lah kita nak kena ajar kesedaran sivik kat anak2.

21/2/12

Orang yang pentingkan diri sendiri seharusnya tak perlu ke tempat begitu, kan? :(

senario ni samalah ngan apa yang cik ina nampak siibu ni muka selamba cam tak de perasaan biarkan anak dia (lebih kurang umur aydin) buang bekas minuman kat depan bank. rasa nak marah je masa tu, nak tegur pun serba salah.kesedaran sivik kena pupuk kat anak-anak kita sedari kecil lagi .

kena letak papan tanda kat situ

"RAK KASUT INI HANYA UNTUK DIPANDANG"

hehe =P

21/2/12

Itu sbb nya kesedaran sivik ni % kejayaan dia sgt rendah..yg terang2an ada depan mata pun..mcm rak kasut tu ada yg tak ambil peduli apa lagi yg mmg tak der tanda atau arahan diberikan..

lantaklah ada aku kesah!


sudah mulai merayap masuk kedalam roh2 org kita ...dahulu bangsa yang satu itu...hmmmm

21/2/12

Assalamualaikum Fara

ibu yg displin dan mendisplinkan anak
Alhamdulillah

21/2/12

TAKDE SIVIK LA TU..

kesannya nnt, akan ada lebih ramai org yg tak perihatin bila ibu bapa tak menitik beratkan pendidikan sebegini.. sedih kan..

21/2/12

umah dorang tk de rak kasut kot..so tak tau kgunaannya hahahaha

kalau kat Giant pun free, anak2 akak bukak jer kasut cuma yg pening bila kluar kasut tinggal sebelah, mencari le emaknya nieh,.. sebab kat Giant macam x tersusun x da rak pon, tp kesedaran sivik tu masih menebal..

semua nak ikut setail barat sgt ni...xnak bukak kasut...adess

sangat geram dengan orang yang tak ada akal..

PS: tapi belum jumpa lagi kanak2 y pakai kasut dipermainan yang free2 nie

Salam

mcmmana nak suruh diaorang ikut peraturan?

ada org kata, perangai anak adalah reflection dari perangai ibu bapa mereka.

ini lebih kepada pentingkan diri di tempat kegunaan awam

22/2/12

dari situ kita boleh lihat yg ibubapa tu sendiri pun mmg tak dpt didikan baik..

sepatutnya kena ada kelas pendidikan moral juga untk ibu bapa mcm tu..

22/2/12

kalau berbulu mata tu lentik, ok jugak, kan?

haha

bis bila tmpt tuh kotor ngan benda alah kt tapak kasut tuh gaknya tak kena plak sakit yo..

Catat Ulasan