Bila saya baca entri Pakcik perihal keTUANan, saya teringat satu kisah.
Saya pernah kena tegur bila memanggil nama salah seorang pelawat hanya dengan ENCIK dan bukan DATUK. Aduhai...
Dan saya juga pernah kena tegur dengan salah seorang pelawat bila memanggil dia dengan SIR. Walhal dia kata, dia cuma orang biasa saja. Alahai...
Kadang-kadang, dilema juga saya bila hendak melayan kerenah pelawat berpangkat besar. Payah! Dalam hati, protokol atau tidak? Protokol atau tidak? Atau main hentam? Lagi naya!
Datuk Fara? Arghh! Kalau saya jadi Siti Nurhaliza, setiap kali dipanggil Datuk sudah tentu saya muntah di situ juga.
22 comments
ada yag bangga ada yang itu sekadar pangkat saja...
tu r memang kena alert bab2 pangkat ni
cheqna kalau jadi emcee lagi la..tersalah anounce nama orang lagilah nayer..
dua2 pengalaman pun pernah juga fara..ada yg suka dipanggil datuk ada yang suka merendah diri..
sebaiknya sediakan dua lorong untuk mereka yang berurusan dengan kau. lorong satu untuk yang mahu berprotokol. yang kedua pulak boleh main sebat je!
buat2 bisu aci tak bila jumpa dia orang?hehe..
memang susahkan nak duga.kekadang org kisah kekadang org slumber..letih!
saya pernah bersalam laga pipi lagi dgn pembantu indon di sebuah restoran gara2 ingatkan beliau adalah rakan lama yg 20 tahun tak jumpa dlm perjumpaan Alumni.. cis! cis!
Seronok berkawan dengan Dato' LF yang tak suka dipanggil Dato' itu. :)
assalam..fara acik pun pernah kena..tapi ada orang lain yang bagi tau..tuan punya diri ok je..
sbnrnya,sy tak suka panggil org dengan nama datuk ke,dato' ke,sy just panggil sir,cukup.
sbb tu macam menjarakkan sgt dia dengan kite.so i dont like.
lol.
Orang jahil selalunya akan selalu terikat dengan kata-kata perumpamaan yang diberi...
Jika dulu Binatang dikatakan orang..dan orang dikatakan binatang.. Maka kita binatang lah hari ini... Dan binatang itu orang..
Namun rupa paras kita masih kekal seperti ini..
Tidak ada apa pentingnya pada nama..
hmm..susah gak tu kan.
leceh la pangkat2 ni. tapi kan, cuma org yg gila pangkat je yg marah kalau tak dipanggil dgn gelaran! ^_^
ada orang sentap tau tak di address sebagai 'Haji'...bayangkan :P
i like apa yang ditulis kat wu ming diatas tu...setailo giler...fresh perspective! :D
Assalamualaikum Fara
saya atuk ajer...he he
ada yg mahu dibangga ada yg mahu membangga dan ada juga yg sekadar bersederhana dgn status keTUANan yg diperoleh...
kita lagi respek dengan orang
yg berada tapi lagaknya macam
org biasa saje
dan...
selalunya orang itu bukan orang
kita...huhu :P
apa la ada sangat dengan pangkat tu kan... walhal kat kita semua sama saja... ehee
Datuk Fara memang janggal bunyinya tapi kalau Datin Fara sedap bunyinya.
Tqvm link ke blog pakcik.
pangkat bukan boleh bawa masuk kubur..sama aje..kain kapan ...
masa keje bhgn kaunter depan dulu..aku penah kena sound dgn sorang mak datin 'saya datin yer".boleh?
pangkat tu boleh bawak masa baca talkin kot
Hormatilah pangkat yang mereka ada. (nak dapt tu bukan mudah tau).