Ada orang kata, kereta baru kena buat pendinding. Supaya dapat mengelak dari benda-benda buruk berlaku. Terutama kemalangan. Antara pendinding popular, baca surah Yassin. Dan mandikan kereta baru itu dengan air Yassin. Insya-Allah, selamat.
Ada orang kata, pindah rumah kena buat pendinding. Supaya dapat mengelak dari benda-benda buruk berlaku. Terutama gangguan makhluk halus atau kes kecurian. Antara pendinding popular, baca ayat Kursi. Hembus ke tiang pasak rumah mengikut arah angin keluar. Dan hembus atas, kiri, kanan dan bawah. Dan renjis cuka ke setiap penjuru rumah. Insya-Allah, selamat.
Saya taklah kata syirik apa yang tertulis di atas. Mungkin ada yang berfikiran mudah; Solat jangan tinggal. Sentiasa berbuat baik. Sentiasa berdoa minta dilindungi Allah. Setiap kali masuk kenderaan, baca doa. Bila ada rumah baru, buat kenduri doa selamat. Jamu orang makan. Mudah-mudahan, murah rezeki kita semua. Dan kalau nak elakkan kecurian, pasang pintu gril terbaik. Kalau ada duit lebih, pasang CCTV. Senang nak cam tukang pecah rumah. Jangan lupa berbuat baik pada jiran.
Itu kalau yang fikir mudah. Sesiapa yang mahu berfikiran rumit seperti perenggan 1 dan 2? Saya tak layak hendak beri pendapat. Syirik atau tidak, tanyalah ustaz kegemaran masing-masing (eh, ada juga ustaz kegemaran ya?)
27 comments
seriusli untuk mandikan kereta dgn air yasin tu tak pernah dengar lagi..tp pernah tengok kaum india buat ritual tu..lumurkan kete dorang dgn taktau mende apa..tp pendinding rumah tu memang ada ayat2 al quran yg boleh digunakan..al quran kan penawar..saya pun tak reti sgt tp rasanya syirik pun mcm tak sesuai digunakan je sebab syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah...
berdoa dan mohon perlindungn Allah swt...ikut kemampuan, beli rumah mahal takkan tak mampu buat 'kunci' mahal.
Kak Azie tak pernah plak dengar mandikan keta baru dengan air Yassin.
Cuma, sebaiknya, memang la baca doa setiap kali nak mulakan perjalanan..
or masuk rumah baru. Tanda syukur dan mohon perlindungan.
@amirah
Yup. Ade org, bace yassin je. Pastu dah. Seolah, yassin yg selamatkan mrk. Bukan Allah. Heee~
Salam Fara,
Pada akak apa yang Fara type dengan dakwat merah tu adalah sewajarnya.
Ambil tindakan yang perlu, tak boleh berdoa sahaja dan berpeluk tubuh.
sejak aku amalkan pendinding untuk rumah aku iaitu dengan kaedah ayat kursi dan garam kasar, alhamdullillah takde apa berlaku kecuali tong sampah aku kena langgar oleh entah siapa.
secara halusnya memang berkesan sebab ada seorang kenalan aku boleh nampak `benda itu' berada di luar rumah selepas itu berbanding di dalam sebelumnya.
aku tak anggap apa-apa kecuali itu adalah salah satu daripada USAHA yang termampu buat selain amalan wajib yang lain. selain daripada tu, aku rasa lebih tenang apabila nak tidur malam. sama juga kaedahnya dengan pasang cctv, kita akan rasa lebih yakin tentang keselamatan dan dapat tidur lena berbanding sebelumnya.
ada kaitan dengan syirik? tidak pada aku kalau kena pada NIAT dan cara USAHA itu dijalankan.
dulu adik beli kete abah buat tepung tawar..tak tahu la baca apa...saya rasa sesuatu yg syirik tu jika percaya ada sesuatu yg kita percaya "dia" menolong kita selain Allah..kalo baca Yassin sekalipun, kita cakap, "aku selamat sebab aku baca yassin, yg sebenarnya dengan izin Allah juga..wallahu'alam..
Syirik atau tidak mungkin subjektif bergantung kpd fahaman pendukungnya, tapi memagar empat penjuru rumah dengan bacaan dari surah alQuran itu masih ada diamalkan....Rasanya tidak bercanggah andai kita berniat memohon pertolongan dari Allah dan wadahnya adalah dengan membaca ayat-ayatNya...mungkin logiknya boleh disamakan seperti baca doa naik kenderaan...kita mohon supaya selamat dalam perjalanan dan baca doa itu yang mana Dia tahu kita bermohon dengan ayat-ayatNya.
Salam,
LF juga tak mahu nak komen ..
bab2 ni mmg ssh skit kita nak ckp kak...takut nanti ada yg salah paham n timbul menda lain plak.bg ratu terpulang pd masing2 sbb kita dah diberi pendidikan agama utk pikirkan menda tu semua... :)
yg cheqna amalkan baca ayat kursi..baca fatihah..baca doa naik kenderaan...
kalau umah..bagi salam dan al fatihah je =)
yg i tahu kwn i india jek buat camtu..siap tepung tawar kete dia hehehehe tapi part org melayu (islam) wallahualam...
tak pernah buat camtu kat kereta. Yg pnting org yg bawa kete tu kena ingat Allah, tak tinggal solat dan jadi seorang islam yg sejati..jika terjadi kemalangan etc adalah takdir Allah
saya tak pernah buat mcm 2 perenggan atas. suami saya pun marah. dan saya setuju dengan perenggan ke3.
kalau rasa tuhan itu tidak power boleh la percaya ...tapi kalau yakin adanya 'dia' solat 5 waktu adalah yang terbaik sekali.
kadang kala kita tak lepas juga dari syirik kecil. mmg tak perasan. tapi kalu syirik besar nie mmg sah2 dan terang ia menyesatkan, jadi pakailah akal utk berfikir dgn sebaiknya.
lagi bagus minta pendapat pada yg pakar.
entahlah cik ina sekeluarga susah sikit nak percaya ngan benda tu semua.InsyaAllah dalam hidup ni jangan buat jahat ngan orang udah.berdoa , mintak perlindungan Allah SWT rasanya dah lebih dari cukup.
"Tidak mencuri seorang pencuri, melainkan kerana dia musyrik. Tidaklah berzina seorang penzina, melainkan kerana dia musyrik" - Hadis Shahih.
Mengapa pencuri mencuri kerana musyrik ? Ialah kerana ingatannya tidak satu lagi kepada Allah - HAMKA.
Dari situ pakick percaya awak boleh memahami maksud syirik itu.
pernah jugak dgr kawan2 ckp pasal yang rumah tu...hmm hmm
entahle... bab pindah rumah, bapa mertua memnag buatkan pendinding,.. kereta baru pun dia suruh 'mandikan'... ikut je le nak jaga hati, tapi x percaya apa2 pun, yg penting macaam perenggan 3 tuw, insy selamat..
yaa, saya setuju.. asalakn kita berdoa.. xyah lah nak buat kenduri nak buat pendinding segala...
pelik betul lah kan...nak mandi2 keta..ne 1st time dengar fara...islam itu mudah..kenapa nak susah2 buat pelbagai ..adat kot sebenarnya....
Suroh Yaa Sin itu banyak Fadilatnya... Yaa Sin dibacakan..bukan menyandarkan kepercayaan Suroh ini melebihi kuasa Allah ianya sebagai permohonan kepada Allah melalui bacaan Suroh ini untuk tujuan kebaikan...Wallahualam...
kuasa doa pd Allah tuh hebat,insyaallah..
aku tak pernah dengarlak mandi keta ngan air yassin..huhu
tak pernah dengar pulak pasal pendinding semua2 tu..setakat solat hajat tu tahulah..kena solat hajat bila duduk or beli rumah n kereta baru..huhu..
beli keta baru..mintak moga Allah pelihara kami semasa dalam kenderaan
beli umah.pindah masuk umah..baca yasin je dan sblm tido baca ayat kursi..tu je yg mampu buat
Bergantung pada individu..
Dalam agama WuMing tak percaya benda membawa tuah, tangkal, air suci, feng sui, pantang dan larang dan sebagainya.
Hanya percaya pada KARMA semata-mata. Iaitu segala yang terjadi atau datang pada seseorang itu adalah bergantung kepada apa yang telah dilakukan
Tapi kerana adat bangsa... Kadang-kadang terpaksa akur... sebagai syarat untuk menghormati orang tua-tua..
Seperti adat masuk rumah baru, perkahwinan dan sebagainya...
entah la, nasib baik keluarga sya tak de amalkan benda2 macam ni. Kalau nak sejahtera/selamat hidup mudah saja solat 5 waktu, berdoa, beristifar, baca quran. InsyaAllah.