14/02/12

pincang kewangan

Semua orang tahu, BNM telah memperketatkan syarat permohonan pinjaman bank. Pahit untuk ditelan. Apatah lagi kepada golongan sederhana yang mencari rezeki di tengah-tengah kawasan 'panas' Lembah Klang yang serba mencabar.

Ada sedikit kecut perut bila bercerita perihal membeli rumah. Siapa yang tak nak beli rumah? Apalagi pada zaman sekarang. Kami juga mahu ada rumah sendiri. Bila lagi mahu beli? Harga rumah pun makin lama makin naik. Malah, naik pada kadar yang tidak munasabah. Kami pernah mencari rumah dari kawasan Puchong hingga ke Seri Kembangan. Malangnya, kami tak larat. Bayangkan, harga rumah paling murah boleh dapat pun dalam RM250k. Bukanlah tak mampu. Boleh saja nak beli. Tapi memikirkan nak membayar tiap-tiap bulan nanti. Boleh sembelit kami 3 beranak.

Langkah BNM memanglah patut kita setuju. Tapi masalah kita sekarang adalah BNM mengambil langkah solo. Rakyat tidak ada sokongan dari kerajaan. Bila syarat pinjaman bank diperketatkan, sepatutnya kerajaan perlu mengambil langkah bagaimana meringankan beban rakyatnya. Skin Rumah Pertama? Saya tak mahu komen. Dan cerita itu senyap seperti ditiup angin pun ya.

Kebanyakan dari kita memang sudah terbiasa dengan perkataan hutang. Anak-anak muda keluaran IPTA pula rata-rata sudah bergelar penghutang. Dan ada di antaranya pula tersenarai-hitam. Itu bab pembiayaan pelajaran. Belum lagi masuk cerita kakitangan kerajaan yang kebanyakan dari mereka banyak yang muflis hanya kerana kehendak memiliki kereta yang jauh dari kemampuan. Maklum, syarat pinjaman untuk mereka biasanya sedikit longgar berbanding pekerja swasta. Bila dah longgar, angan-angan jadi tinggi. Walhal, gaji taklah seberapa nak ada. Sudahnya, muflis kerana kereta sahaja. Kalau cerita pasal kad kredit, lagi jahanam. Ada pula yang rasa bila ada kad kredit, macam dapat durian runtuh. Padahal berhutang! Nak beli apa-apa barang, tak nak fikir panjang. Dalam hati; Boleh bayar punya. Sudahnya, papa kedana. Ada lagi kisah. Memohon pinjaman peribadi atas sebab tak berapa nak peribadi. Ada yang meminjam semata untuk berkahwin. Mengenai hal ini, saya tak naklah salahkan 100% pada pasangan muda yang bakal berkahwin. Tapi mungkin juga salah ibubapa yang gila meletak harga tinggi pada anak. Dan juga masyarakat yang suka sangat nak menyeranah atau mungkin mengumpat belakang kalau dijemput ke majlis serba-sederhana. Saranan saya, sesiapa yang hendak berkahwin nanti sila jemput ustaz untuk buat sedikit tazkirah dan ceramah kesedaran dari kita mengupah dj atau kugiran (Eh, macam zaman saya kahwin dulu saja - kalaulah masa boleh di rewind kan?). Sekurang-kurang, kita boleh muhasabah diri. Dari menunjuk mewah kahwin sehebat anak raja. Aduh!

Bagaimana hendak stabilkan harga rumah pada kadar yang boleh diterima akal? Entahlah. Pihak REHDA pun pasti tidak akan redha dengan dengan keterpaksaan seperti ini. Menurunkan harga hartanah yang sememangnya sedang rancak kala ini. Sudah tentu ianya kerja gila! 

Janganlah ada yang kata; Nasib baik saya duduk di kampung. Percayalah, kecil hati kami bila ada yang berkata sedemikian. Kami tak pilih pun untuk duduk di bandar. Nak buat macam mana kan? Di sini punca rezeki saya. Di sini Allah bukakan pintu rezeki kami. Kecil atau besar, kami bersyukur. Cumanya, saya mahu jadi mentimun yang sedikit kebal. Tak mahulah asyik digolek durian. Sakit kena cucuk duri.

41 comments

14/2/12

btol tu...harga hartanah terlalu melambung sehingga xterjangkau dek akal dan poket... pernah juga beberapa kali survey untuk beli rumah area puchong dan puncak alam, tapi bila di tenung balik terpaksa ditangguhkan. bayaran bulanan sampai separuh gaji mmg sakit jiwa raga.

kami pun sebenarn yer tgh berkira-kira nak beli rumah tapi apakan daya bank mengatakan kami tak layak!sape boleh bantu?takde sesiapa kecuali kalo kenal mane-mane menteri!ciss....

hakikatnya memang itulah kehidupan..rakyat marhaen juga semakin tersepit..

saya pun pernah terfikir, klu kami kne transfer ke HQ di KL..mesti kami akan alami masalah yang sama huhuhuhhh

setuju ngan fara, cik ina terasa sangat terbeban masa beli rumah 7 tahun lepas, duit peguam dan macam macam kos yang kena kita kena tanggung.

14/2/12

pendek kata segalanya duit..
huhuhu
hadoi...tak fikir kan kene fikir gak...tapi kalau kita fiirkan sangat tensen jadinya...

Rumah yang kakcik duduk sekarang (masih belum habis hutang dengan kerajaan untuk tempoh kurang 5 tahun lagi) dibeli dengan harga asas RM79,500.00. Sekarang nilainya telah meningkat sehingga RM300K. Nak jual? Memang sedap bunyinya, tapi selepas itu nak duduk di mana? :(

harga rumah sekarang memang melambung...kesian pada golongan marhein...hurm.

Tanpa Nama
14/2/12

lepasan ipta digalakkan berhutang. buktinya ada syarikat kereta yang buat promosi jualan kereta baru tanpa bayaran muka. syaratnya, bawa la transkrip peperiksaan!

14/2/12

memang dilema orang yg keje kat KL dan area yg sewktu dengannya kan...

Saya baru beli rumah tahun lepas , harga yang saya dpt RM190K.kena rajin carik..i/allah boleh jupe lagi dibwh 200k.area puchong.

Saya rasa skim rumah pertama advantage utk mereka yang berpendapatan rm3k kebawah dan bekerja swasta.kurang komitmen liability lain..

mungkin boleh bertanya pada bank prosedurnya

ttg isu pinjaman peribadi utk kawin, rasanya dah jadi trend.alhmadulillah 7 tahun lepas saya berkawin tanpa meminjam.buat ikut kemampuan, dan berkahwin hanya bila dh mampu.

bg sy kalo betul caranya utk mendirikan masjid-i/allah ALLAH mudahkan jalannya,

Bukan fara saya yang suarakan resah ini...

malangnya budaya kita bila *menegur (*baca menegur kerana sayang) kita dianggap sebagai melawan arus...

sedih...

14/2/12

terasa bila cakap yang graduan penghutang tu kerana saya juga salah seorang...:)

tapi tak apa,dah lama agak dah memang bila zaman saya nanti dah beranak pinak karang,nak hidup ni semakin mahal...

perlahan kayuh jer la untuk sekarang...dan lawan tetap lawan... :D

14/2/12

Memang perit, memang sakit hati, terasa hati- tapi itu realiti yg harus diterima. Kalau nak berbaloi keluarkan wang kita dan duduk di rumah yang luas, selesa, bertanah luas, duduklah di luar Klang Valley(tak perlu duduk kampung). Bab rezeki tu, kalau ada kemahuan, kita boleh cari di luar Klang Valley. Namun, kalau dah rasa mmg tak boleh cari makan di luar Klang Valley, pasrah sahajalah terima keadaan. Harga rumah di Klang Valley mmg akan sentiasa naik, tak kisah lah kita marah/maki hamun/mencerca setiap waktu.

Sedar atau tidak, majoriti malaysian habiskan almost 70% dari wang gaji hanya utk bayar installment kereta & rumah. Di mana kualiti life kita?

14/2/12

semua benda yg boleh dijadikan aset kena hutang ..kalau tak , tak termampu utk milikinya..org lain ada, kita pon nak juga.. kat sini lah kita kena berkira2, salah perhitungan memang buat sengsara dan derita.

sama lah fara.. kak ita ne duduk bandaraya aje..tak mampu...keja kerajaan... tapi bila tengok kat kg..barang semua mahal..dah tak banyak pilihan..kat k.l ne..rumah mahal..tapi barang 2 lain agak murah jika dibandingkan di kg...

betullah fara..kalau nak hutang2nie mmg pening kepala.nurul umahpun tak belilagi,ketapun pakai yang murah2jer walau terasa sempit dah anak2=)janji bebas hutang tapi ptptn ada laie nak bayar.huhu

kalau nak pakai kad kredit lagilah kena pk 20 kali..mmg banyak sbnrnya interest dia cas..tak munasabah kekadang n masa apply kena btul2 pkr

gituler keadaannyer ekonomi bebas... semua orang saling protect kepentingan masing2...

@jedi

Rsnye, Puncak Alam msh murah kot? Ko try survey la...

Puchong mmg dah tak dapek. Huhuhuhu!

@:: Mrs.Eady ::

Alamak! Komen awak bt sy kecut perut. Layak ke tak kitorang nie? Uwaa!

@sahromnasrudin

Sahrom ley apply rumah govt. Beli je kat kmpg. Murah. Kat Klang still murahkan?

@Cik Ina Do Do Cheng

Peh! Setiap ms kan Cik Ina? W'pun dulu harge rumah msh murah tp situasinye tetap sama. Tp skg nie mgkn lagi parah.

@cheqna

Ustaz Azhar kate; Org miskin, anaknya ramai. Org kaya, nak ade 2 org pun isau. Isau tak ckp duit. Tp mcm ne eh? Dgn harge tukang jagenye. Dgn harge taskanya. Lom msk utang kete. Utang umah. Nak tak nak, mmg kene pk!!!!

@kakcik

Peh! Berkali ganda Kakcik harge umah. Umah sewa sy skg nie pun. Walhal, umah apt je. Dulu harge cume RM80k. Skg ley jangkau RM250k. Pastu kadar sewa lak RM1k. Tak ke gile?

@lieynanilaz

Ape leh bt? Mulut bising pun, tetap kene menabung utk umah. Uwaaa!

@SM

Iye ke beb? Bwk transkrip periksa? Kapla hotak la mcm tu. Aku tatau pun mcm ne prosedur die. Yg aku tau, mmg ade promosi khas utk graduan. Gile...

@amirah

KL mcm a middle of nowhere. Hahahaha!

@littlehumblelynn

Sy ade jmpe harge umah yg stil bwh RM200k. Malangnye, tak menepati ape yg suami sy inginkan. Kite klu nak beli umah pun, tak ley men beli. Sbb kite plan nak duduk sendiri. Klu boleh, bia betul2 menawan hati. Takut t, sepanjang duduk dlm umah tu kang...mulelah itu tak puas, nie tak puas. Payahkan?

Skim rumah pertama tu.....entahlah!

pheww..nak pitam boleh tak kak..yang miskin tambah miskin la macam ni..yna pun dok kampung..tapi setakat dok rumah mak belum ada rumah sendiri lg..pun masih tak mampu nak ada rumah sendiri..sama jer dok bandar ke dok kampung..ada susah situ ada senang sini..

setuju gak ya panggil ustaz ceramah sikit masa kenduri kahwin..hahah..bg kesedaran sikit kat depa kalau hantaran rendah2 jer..oh..yna belum kahwin..boleh pikir2 cara ni..ahaks..

@-gedek!

Itu le psl bang. Takpe. Kite tegur cara penuh diplomasi dan penuh kelembutan. Tp dlm masa yg sama, kedengaran tegas, pantang dan sinis. Eh, boleh ke?

=(

@Mr.Clive

Ala, btpe nak sedih. Sy pun bekas graduan bergelar penghutang.

Wahhahahaha!

@Daddy Ziyyad

Betul. Ada lak golongan kaya yg bantah pembinaan LRT. Alamak, dah le kaya. Pastu tak nak bg kemudahan kat org sederhana dan rendah. Jgnlah mcm tu. Timbang-rasalah kan?

@[PCL]

Konsep idup kat bandar. Tak berhutang, tak berharta. Alahai...

@anitadiana

Kak Ita, sy tak nafikan hal tu. Mmg kat kmpg lagi mhl. Sy pnh beli sepeket megi ayam. Harga RM5. Terkejut gile. Kat sini baru jual RM3.90. Adehhh!

Tanpa Nama
14/2/12

@Pok Amai-Amai
serious shit!
aku percaya ini adalah kisah benar yang telah diceritakan kepada aku.

14/2/12

betul tu..
kalau di igt balik mmg tak logik sungguh boleh dapat kad kredit dengan gaji rm850.bangang sangat.sampai sekarang nyesal tak sudah.ikut sgt darah muda ;(

harga tanah dan rumah harus dikawal... kalau tidak, sudahnya yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin.. yang kaya buat pelaburan rumah, yang miskin dok menyewa sampai ke sudah.. takpun, pihak bank yang semakin kaya... semakin byk pinjaman, semakin byk kadar faedahnya.. aduyai....

Rega umah plg murah kat bandar tu (250k) boleh bina banglo kalau kat kg..huhuhu... Kos hidup semakin tggi..Harga yg kita harus bayar utk menjadi rakyat negara maju...X lama lg rakyat kita akan jadi mcm rakyat Jepun...Buat 3 kerja skaligus..

14/2/12

ORANG KAYA RAYA PASTI SENANG SAJA HIDUPNYA UNTUK BERBELANJA ITU INI.. TAPI YANG KURANG BERKEMAMPUAN, TERUS BERUSAHA DAN BERUSAHA UNTUK MEMBELI SESUATU DENGAN PAYAHNYA...

14/2/12

Setuju.. itu sebab kita kena plan..agar boleh guna wnag tepat pada masa dan barang yang betul-betul perlu...

Hutang hanya benda yang memang tak boleh bayar cash... seprti kereta dan rumah..

Sekadar tv... bayar saja cash..tak mampu...beli saja yang kecik...

Terutama rumah...

14/2/12

simpati juga saya mendengar suara golongan marhein. Sulitnya nak memiliki sebuah rumah kan.

kesian hidup kita rakyat bawahan yg gaji sikit tapi duduk di bandar besar ni kan..

makin terhimpit..ngan kos hidup yg makin tinggi

rumah yg saya duduk ni pun dah 7 tahun beli.. tapi nilai 7 tahun dulu pun cukup besar buat saya dan suami.. nak tak nak beli juga pasal nak duduk dekat ngan parents yg uzur..

Catat Ulasan