Saya tak suka jadi manusia rasis. Malah kerana hormat, saya tak suka hendak bercakap perihal agama secara terbuka. Tapi peristiwa tempoh hari buat saya sakit hati. Bengang. Mungkin sedih? Entahlah. Bercampur-baur.
Bila ada yang bersifat rasis dan fobia dengan Islam, sedikit sebanyak saya rasa terhina. Ketawakan sajalah orang yang 'membawa agama Islam' itu sendiri. Tapi jangan ketawakan agama saya.
Ada sesiapa pernah mengalaminya? Sudi-sudilah berkongsi rasa.
16 comments
rara keje semua melayu.so xde lah kes cm ni.
kalau ketawakan tak penah lagi..
atasan saya dulu cina, kalau ada yg dia pelik tentang org islam..dia tanya direct kat saya. saya pun terangkan..dan dia terima.
no komen bab agama kerana kurang nyer ilmu didada..
bila seseorang itu lantang bersuara tapi otak sempit giler,inilah terjadinya racism dan cakap ikut sedap mulut jer...
belum penah lagi orang menghina Islam didepan sy..dan sy penganutnya turut bangga dengan situasi sekitar yg harmoni aman dan damai setakat ini.
biasa baca mereka bertikam lidah di forum alam maya sahaja... sedih
Salam,
Islam jangan dipersenda, Islam jangan diperolok, Islam jangan diperlekeh ..... Allah swt ada balasannya
ramai gak kwn bukan islam, malah mereka menghormati agama sy. n bila dah msuk azan, mereka yg sibuk2 suh semayang n bila kuar mkan, mereka cri tmpat halal. syukur
aku pun x rasis.
tapi kalau babit ttg sesuatu keagamaan aku malas nak berdebat.
ISLAM ITU BENAR.. PERSOALANNYA IALAH ORANG MEMPERMAINKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN..
No komen, saya pon tak suka rasis.
suruh dia dengar, hayati perihal Rasulullah junjungan kita.. itu sahaja pun dah cukup menunjukkan betapa agungnya agama islam..
..tak perlu bermuka-muka....kekadang nak tujuk baik..tapi tak baik mana pun.....
kat sini semua melayu..yang agama lainpun dah peluk islam..so blum pernah ada pengalaman
salam Fara,
Setakat harini tak pernah alami situasi demikian dpn mata. Tapi kalu tbaca kat internet tu selalu juga.
papa mifz 9 tahun kerja ngan cina..kebanyakan dorang mmg tak berapa nak suka melayu..dorang dengki dgn keistimewaan yang melayu dapat...tapi dorang tak berani nak berbahas lebih dgn papa mifz...
tapi bab2 agamo dorang tak pernah sentuh la...
tapi keharmonian bekerja masih ado...berbeza pendapat tuh biaso...