8/02/12

roti canai

Sebelum ini kalau saya teringin hendak makan roti canai, saya akan beli di kedai mamak sebelah pejabat. Bukan tak nak beli di restoran Melayu. Tapi tukang buat roti canai di restoran Melayu sebenarnya orang India Hindu. Sahih. Bukan main petik!

Pagi tadi saya  teringin hendak makan roti telur. Macam biasa, saya pasang niat hendak beli di kedai mamak. Tapi kenapa tukang buat roti canai di kedai mamak kepalanya botak? Saya tanya; Kenapa? Dia kata bayar nazar. Pelik. Bayar nazar?

Rupa-rupanya semalam hari Thaipusam! Orang India beragama Hindu akan membayar nazar setiap hari Thaipusam. Selain ritual menghapus dosa dengan mencucuk segala bagai duri pada muka dan badan.

Alahai, terkena jugakah saya?

47 comments

errkkss....

erk! terkena lagik.

Tanpa Nama
8/2/12

kita memang sentiasa terkena pun. apa lagi yang kau nak kalau si penebar roti canai tu non-muslim. kau nak tokey tu lekatkan stiker halal ke kat keping roti telur kau tu? aku tak anggap ini perkara yang sangat serius sebab kalau macam tu, aku sendiri tak berani beli sardin cap ayam! selagi aku yakin tokey kedai tu gunakan sumber yang halal dan peralatan yang terpelihara (daripada najis), aku boleh terima dan yakin.

ahaha..diorg ni lebih kurang sama je..susah nk cam.

dulu selalu jugak makan roti canai mamak tapi sejak dah pindah rumah ni maka roti canai yang ditebar oleh orang melayu pun boleh tahan jugak. Lagi menarik dia jiran belakang rumah saya.. ;)

hurmmm .. sah terkena la tu.

MF, sekarang kedai mamak pun pandai gantung2 ayat Quran segala bagai...tapi kebanyakannya fake...so kalau nak makan roti canai..baik buat sendiri..dah tentu confirm...

hehe...selalu sgt dah terkena kita ni dik oiiii.....

huhu, tapi kan kat batu pahat orang melayu yang buat, kita suka makan roti canai kat sungai kajang..orang perempuan melayu buat, lembut je rotinya..saya memang susah nak makan kalau mamak yang buat.

Makin byk kedai mamak yg kononnya Islam tapi hakikatnya Hindu..aduh..sakitnya hati kan..kita kena hati hati la selalu

8/2/12

KALAU MACAM TU ELOK CARI KEDAI ISLAM.

u dah terkena laa tu
kita ingat mamak
rupanya bukan...
dunia ni penuh dengan tipu muslihat... haiyaaa....
tu pasal i tak makan roti canai...*eh relevant ke nih*

8/2/12

saya dah lama tak mkn roti canai..huhuhu mamak mmg x ada dlm list lagi dah...melayu buat pun dah x mkn dah hahahahaha

@SM

Sbnrnya, aku msh ok dgn hal tu. Tp aku rs tak okeh bile kene tipu. Alahai.....klu org tnye Muslim? Jgn kau kate ko Muslim. Kau kate jelah kau Hindu. Aku tak de hal punye.

@:: Mrs.Eady ::

Burrp! Alhamdulillah. Roti yg dulu2 dah selamat masuk perut.

@diana

Mamak yg sebetul2 mamak tu kulit putih ke?

@Niza Romli

Tak apelah, janji halal.

@aizamia3

Sbnrya, org Melayu bt roti canai lagi sdp dr mamak. Tp kat sini takde pilihan. Takde pun org Melayu yg sudi tebar roti. Uwaa!

@Lady Windsor

Tak kesah if mkn dr tangan org India pun (janji halal) klu tipu mcm nie...alahai!

@Huda

Klu ade pilihan, org Melayu yg tebar...sy mmg kejar yg org Melayu punye sbb selalu org Melayu bt lagi sedap dr mamak. Tp sini mmg takde pilihan ponnn!

@Ladysirna FA

Mgkn tokey die Muslim tp pekerja die India. Who knows? Cewahh!

@fairus

La...sy bukan cari kedai Islam ke? Alahai...org Melayu tu pun menggaji org India bt roti. Mcm ne tu?

@NenetPenne (NP)

U tak mkn roti canai? Alamak, rugi tau!

@sisdee

X suke ke? Syglah mcm tu...

8/2/12

adus, tu yang maleh tu kan fara..tokeh islam tp pekerja dia....huhu

Tanpa Nama
8/2/12

Salam Fara,

Kalau dah botakkan kembala sempena Taipusam, tertipulah kita yer.

Mamak pun kita kena berhati2m nampaknya.

yg membezakan mereka hanya agama..

tapi rupa tetap sama..

Tanpa Nama
8/2/12

@Pok Amai-Amai
strategi melariskan jualan. takkan tak ingat ada pengusaha hindu yang meletakkan ayat al-quran kat dinding konon-konon macam mamak.

Tanpa Nama
8/2/12

jom pantun kat blog LW!

8/2/12

kekadang kita x da pilihan, nama je kedai india muslim tapi pekerja.. sama jugak nama je kedai melayu, tapi pekerja import dari mana2 entah,.. bab makan ni akak pun cerewet gak, sbb x lalu nak makan kalau tau cerita di sebalik makanan tu..

hehe...salah satu solution dia adalah belajar buat sndiri... ;P
cian kempunan nak makan roti telur xtersampai hajat.

xpa xpa.cari kedai yang btol,god willing jumpala tu nanti. :)

Hari ini 'mata' dan 'teliga' kena buka besar2 dan 'mulut' mesti banyak soalan...hehe!

Selagi tiada kompeden jangan kalau sudah ada kompeden ok sahaja...

kita makan!

nk buat macamana...lepas ni dh tk yah gi situ lagi...

Fara..acik akan makan rot canai beli depan rumah je..ada orang melayu buat..dia tak de restoren pun..cuma jual roti canai dan murtabak yang dia buat sendiri.ada stall untuk dia buat dan jual roti..

Susah nak cakapkan...
asal kulit mcm tu jer kita ingat mamak dan muslim tapi terkene jugak...mesti kakain pun pernah kene tertipu jugak ni...

banyak orang dah tertipu, dulu kalau suami cik ina tak bagi tau, cik ina pun tak tahu yang hindu kat luar sana banyak yang menyamar jadi mamak sebab dia tahu banyak orang islam yang tak makan kedai hindu. jangan tak tahu kedai hindu ada gak yang gantung Bismillah.

sekarang ni payah nak bezakan kak, beli kat melayu je lah. hehe

la org beragama hindu juga ker...hadoo

takpe lepas nie cari yg sahih muslimnya sis.



p/s: sedap tak roti tu kehkehkeh....

alamak......
sah2 agama depa hindu???

lorrr???

kantoi kan, hampeh tul...

klu tak mesti kite semua tertipu gak...huhu

9/2/12

hahahaha
terkena jugak..=)

tetiba tekak haku kembang fara=(weeek!

9/2/12

fara..
mak ayah aku (duk kelantan la kan) dtg sini umah aku..tak nak makan kedai mamak.ayah aku lagi la.sbb kat kelantan roti canai kaum kita je yg buat pun.susah nak jumpa kaum tu kt sana..kalau ada pun 1:50 kot

11/2/12

suami sya asal penang. Kat negeri tu memang sah2 banyak kedai mamak. kalu pegi penang, sya ikut juga la selera suami pi makan nasi kandar kedai mamak. Dulu sya xsuka makan kedai mamak. Tapi skrg dah terikut rentak dia

Catat Ulasan