17/02/12

rumah teres super-link untuk dijual

Kiri kanan depan belakang. Pantang ada tanah lapang. Esok lusa habis tanah kena tarah semua. KJ dah tak hijau. Sana sini habuk. Sana sini bising. Bunyi kren. Bunyi cerucuk. Bunyi mesin. Bunyi enjin lori mengaum.

Itu baru cerita tentang KJ. Belum tempat lain lagi. Dan saya perasan. Sejak 2008, setiap tiang lampu pasti ada bunting iklan rumah teres super-link. Rata-rata harganya mesti RM500k ke atas. Tak ada langsung projek rumah rakyat. Melainkan ulu-ulu ceruk rantau sana.

Saya merungut ke? Taklah. Saya cuma mengeluh saja. Mengeluh sang mentimun. Kenalah bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah.

30 comments

17/2/12

Mentimun yg selalu tidak pernah lekang dari ditindas..nak menindas seperi dikatakan tiada logika pula....kalau tidak dibeli sekarang makin tinggi harga...nak dibeli sekarang pun tidak terdaya...hai mentimunnnnn apalah daya kita yer....Ttp bersyukur kerana masih mampu membayar walaupun cuma rumah sewa kan sis....

17/2/12

mentimun...durian...digolek terluka..menggolek pun terluka =)

tulah.. memang rumah yang bawah 200k kat ceruk lah.. saya sendiri pun beli rumah kat hulu.. tapi takperlah yang penting ada jugak tempat berteduh.. nak harapkan yg 500k tak tahulah merasa ke tidak

17/2/12

ayu anak peneroka., syukur masih mampu hirup udara segar...

tang rumah tu,.. area bandar mmg mahal2..
beza betul dgn pendalaman

17/2/12

rumah utk rakyat yg layak dapat br1m500 diorang dah tak gemar bina.. salah siapa? pihak kuasa yg berwajib ler

Selagi ada tanah kosong, selagi tu lah nak tarah, tgk jer lah kat area gombak tu.

betul tu. skrg yg kelihatan hanyalah kepulan asap atau debu tapak pembinaan. Nak tengok kabus pagi2? Kalau area KJ jgn harap.

Slogan rakyat didahulukan Fara sebenarnya lebih kepada yg berharta dan seiring dgn mereka yg melaung-laungkan slogan itu saja. Macam kita nie cakaplaj sampai runtuh gunung pun tak ada kesan pun...

harga un=mah makin lama makin tak masuk dek akal.kalau kat pjayanie lglah..semua stgh juta..gilosss..kena tunggu aku jadi takey kedai mas dululah.

17/2/12

haha...biasalah tu.bandar yang nak bergerak ke arah bandaraya gergasi mcm tokyo etc.memang xleh dinafikan yang semua harga akan naik..ntah2 10 tahun dari skrang satu tin cola harganyer RM 20.00 ...who knows?

Tanpa Nama
17/2/12

aku faham maksud para terakhir kau tu. AKU PUN HANYA MENTIMUN YANG HANYA MAMPU MENERIMA SEADANYA. (wtf!)

oh ya, aku perasan. kau tengah cari rumah? kalauu dalam kawasan hangat sekitar lembah klang, mentimun macam kita ni cuma layak cari `sarang bertelur' je. lain la kalau orang KAYA. mungkin kau terpaksa cari kawasan yang terkeluar sikit. Semenyih? kuala kubu bharu? jalan kebun? hmm....

Tanpa Nama
17/2/12

Kesian orang2 muda yang masih belum ada rumah sendiri.

itulah.. rumah sekarag mahal2 betul.. dan ramai pula yg mampu.. rezeki masing2 kan.. rasanya klu akak tak membeli sejak dulu, mmg tak mampu nak miliki rumah sendiri dgn harga skrg ni..

mana lah tak berlaku tanah runtuh
habis segala tiang pasak di tarah...

ikut lah rentak yg berduit
lelama esok - rakyat kena berkubang ngan monyet di hutan

ehhh... ada ke lagi hutan lama2 nanti kan???

KL, Penang , JB adalah antara tempat yang sangat tenang utk golongan marhaen spt kita huhuhhhhh

17/2/12

Salam Pok Amai Amai,

Betul tu, hartanah melonjak naik skrg ni... Klau kaw strategik lglah... suka dgn statement "Mengeluh sang mentimun tu" :)

17/2/12

KALAU 500K HARGANYA, "ORANG-ORANG TU" JE LA YANG DAPAT BELI..

17/2/12

Itu sebab kita suka dok sabah, walau org kata negeri paling miskin, tkpe....tak stres sgt dgn jem, tol, hiburan tah hape2 (ckp org x dpt join)

17/2/12

area rumah aku masih boleh dapat rumah teres 2 tingkat dgn rega rm100k
nak ker?

rumah di bandar sudah tidak munasabah lagi untuk dibeli oleh pekerja biasa..

takpelah.. jom sama2 usaha rumah yg lebih baik di kehidupan akhirat.. (",)

17/2/12

Kat KL/Selangor ni xde kawasan yg aman lagi.
Kalu rumah murah biasanya xde dibuat dekat2 dengan LRT & shoping mall & kemudahan asas lain. biasanya dibuat kat kawasan jin bertendang.

setuju fara...nak buat mcm ne kita mentimun aje...

kita pun teringin nak beli rumah teres..
tapi tulah..kalau kat sini mmg tak mampu le..

kat kg je lah beli nanti.. kat Manjung.. ( tu pun dengar2nya kat sana rumah dah naik harga...mana taknya.. tesco, giant semua ada.. Jusco pulak dlm pembinaan)

baru ni kat buletin utama dah
siarkan pinggir bandar dah semakin
rancak membangun...esply di HL

habislah kehijauan dan sungai di situ...

alahaii..ku pun mentimun...

17/2/12

rumah awak kat Kelana jaya ke? bagus tu, buat investment..lagi 5-10 tahun mau sejuta harga rumah awak!

17/2/12

yuppp harga rumah melambung2, macamlah gaji kita naik aka mampu nak membayar, sampai ke pencen pun masih berutang,.. kesian rakyat malaysia menagih simpati di bumi sendiri...

17/2/12

area hulu klang lagilah, rumah superlink semua dkt juta juti. terkelepek.

Sampai kadang2 terasa harga rumah melambong ni seperti projek terancang untuk keluarkan 'orang yang kurang mampu' dari KL...

selalunya siapakah yang rata-rata 'kurang mampu' tu...?

syukur , kawsan rumah cik ina masih lagi dikelilingi desa permai. tak mampu nak beli rumah cam tu.

Catat Ulasan