Saya dulu pun kuat juga memberontak. Pantang Mak Ayah kata; Tak boleh! Saya mesti tak puas hati. Rasa terkongkong sangat! Itu tak boleh. Ini tak boleh. Sampai satu masa, saya hampir kalah dengan perasaan sendiri. Terasa macam nak lari dari rumah. Tapi masalahnya kalau saya lari dari rumah, siapa nak bagi saya makan minum? Siapa nak belikan saya baju baru? Siapa nak berikan saya duit belanja setiap hari? Paling penting, saya nak tidur mana bila lari dari rumah nanti? Nak tak nak, saya kena mengalah dengan umur sendiri. Saya masih muda dan bersekolah pula. Masih bergantung dengan Mak Ayah. Sedangkan bila ada seekor lipas berlegar-legar dalam bilik pun sibuk nak panggil Mak, inikan pula nak hidup cari makan sendiri?
Entahlah. Tak berbaloi lari dari rumah semata-mata hendak berdampingan dengan kekasih hati. Apalagi kekasih itu adalah jantan yang tak guna. Kalau lari ikut lelaki jutawan, tak apa juga. Oh, silap. Kalau lelaki jutawan, apa kelas mereka hendak mengurat budak sekolah, kan? Lebih baik mereka cari artis comel macam Siti Nurhaliza. Baru ada kelas. Bukan main sebat apa saja yang ada depan mata.
Kadang-kadang kita memang tak suka nak dengar berita-berita semacam yang ini. Lari rumah semata-mata sebab nak ikut kekasih. Tak kiralah kalau kekasih itu orang tempatan atau diimport khas dari Lombok sana. Tapi bagi saya, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Memikulnya bukan pada budak itu tapi pada ibu ayah budak itu sendiri. Sedih orang tua bila ada anak yang pendek akal, kan? Asyik saja mengaku kalah dengan perasaan sendiri. Kenapa saya cakap begini? Saya juga pernah jadi remaja pendek akal. Tapi nasib baik saya masih mampu berfikir jauh; Betul ke tak apa yang aku buat? Ish, kalau tak dikenang Mak dan Ayah saya itu garang orangnya....
Manusia macam kita, selagi tak terkena memang tak akan serik. Macam penduduk kampung yang dapat pampasan dari kerajaan sebab kampung mereka nak dibuat lebuhraya. Duit dah berjuta. Tapi konon untuk masa depan, labur dalam skim cepat kaya. Akhirnya, kayap. Masa itulah sibuk nak tergadah. Sama juga dengan mat rempit. Selagi kaki atau tangan tak kudung, selagi itulah seronok jadi Superman. Begitulah halnya dengan anak-anak remaja yang masih bersekolah yang lebih suka memilih keseronokan dari masa depan. Ambil gambar dengan botol wiski dengan segerombolan orang lelaki di atas katil yang sama. Tayang pula di FB. Bila orang mengutuk dan menghentam, dikatanya kita suka jaga tepi kain mereka. Itu satu hal. Bila dah bebas sangat, tiba-tiba tersangkut anak dalam perut. Salahkan teman lelaki kerana lupa nak pakai kondom. Si lelaki pula tak nak mengaku zuriat sendiri. Muka pucat. Hati kecut. Bila dah panik, anak pun sanggup buang tepi parit. Sudahnya hidup jadi tunggang-langgang. Masa itu, apa saja kata-kata hentam atau kutuk orang diingat balik. Barulah tahu realiti kehidupan sebenar macam mana kan?
Malas nak cerita lagi. Lagipun, cerita saya tak akan makan pujuk budak-budak yang sedang berkira-kira nak lari rumah sebab nak ikut teman lelaki. Eeiii! Ketiak busuk betul! Lebih baik saya sejukkan hati dengan aiskrim Magnum Almond. Nak beli Tutti Fruiti, hujung bulan, kan? Kalau kerja dengan gomen, boleh saya belanja sakan. Sila sedar diri sendiri. Huhuhu....
26 comments
zaman dolu2..kot marah kat mak ayah pun tak penah sampai rasa nak lari.
maybe sbb dulu susah nak komunikasi, takde hp, internet. Kita rasa family je tmpt yg ada utk kita bergantung.
semuanya betul. entry ni klu ada budak sekolah atau remaja2 baca..mungkin sedikit sebanyak terkesan jgk kot kt hati depa...
sebenarnya kan dulu saya pun pernah terfikir nak larikan diri, tapi tak jauhlah ke terengganu je, hehe.pastu sedar diri sebab takmo malukan nama mak ayah, tapi bukanlah nak larikan diri ikut bf, sebab takde bf pun zaman sekolah..entahlah kan, mungkin zaman kita2 dulu masih boleh berfikiran waras lagi..
tak payah nak cakap lapik2 laa farah, bagi i, senang je, depa tu bodoh..bodoh dan bebal...
tak penah nak jaga air muka ibu bapa.. terkongkong? yelah terkongkong laaa sangat sangat kan.....nak bebas konon, nak jadi apa? nak jadi minah bohsia?
kalau adik i, dah lama i lempang budak2 yang pendek akal tu...
Zaman bebudak dulu jauh berbeza dgn zaman bebudak skang. Saya dulu pon mcm tu gak...memberontak sekali sekala, tapi tak terfikir langsung sampai nak lari dari rumah.
Mcm kes yg bebaru nih, perkara culik menculik ni bley di buat memain, kesian kat parents...managgung malu. Anak tak kena culik, tapi lari ikut teman lelaki.
iols suker entry uols ni...
tu lah - anak2 remaja memang pendek akal beb...
we know - kita penah lalui fasa pendek akal...
memang - akan memberontak tak puas hati dan marah - bila pa yg kita nak - kita hajat dan cita mak ayah tak benarkan - tak setuju...
iols penah merajuk sampai boikot makan malam.... sebabnya kecil aje - iols nak jugak2 potong rambut cam retis hollywood - masa tu charlie angels tengah pemes - mak abah kata tak boleh - ye lah - nak bagi camne - rambut iols pendek cam tomboi kekdahnya...!
bodoh kan??? mende remeh aje nak merajuk dan boikot tak tentu hala...
tapi bab nak lari dari rumah - tak penah lah terpikir nak buat.... iols duduk kampung beb....
nak plak zaman 70an - apa lah yg ada... nak keluar ke pekan pun kena naik bot.... giler hapa nak lari dari rumah!
minta moga anak dan keturunan kita dijauhkan dari hasutan nafsu dan pendek akal ni..tak tahulah zaman skrg..ada mungkinkah sbb byknya logo Halal tapi tak benar halalnya (ini isu lain...hehehe).
budak budak zaman sekarang ni dari segi penampilan pemakaian tak nak kalah..kadang2 saya rasa saya yang masih gadis sunti..mekap pun tak pandai..
tapi bila bab2 berfikir mengalahkan budak tadika.. akal letak kat mana tah...
di situlah bezanya org yg berakal dengan tidak berakal...
adik aku skrg bercerita masa kecik dia penah terfikir nak lari umah,pastu jd anak angkat yusuf haslam.boleh?tak agak2 lari nak jd anak angkat org kaya
aku dulu pun penah berangan nak lari rumah tp bapak aku penah kata 'kalau ada anak dia lari umah,jgn harap dia akan cari.lari lah kalau nak lari sgt'.
yg pasti mak ayah aku sgt garang.smpi skrg pun aku masih kena bebel :(
majoriti remaja yang jadi klien cheqna bila ditanya just nampak keseronokan...
tak nampak pun apa yang akan berlaku pada mereka 5 tahun akan datang..mereka just fikir masa tu je...
ZAMAN MUDA REMAJA MEMANG MASA KUAT MEMBERONTAK BAGI MEREKA YANG KURANG DIDIKAN AGAMA DAN PERHATIAN IBU BAPA SEPENUHNYA...
Remaja sekarang memang berani giler...! Nekad. Kalu belajar dgn penuh semangat camtuh, kan bagus.
yela kak memati risau upanye ikut lelaki.isk..isk..kalau jd pape kn sndiri ssh.betul lah...baik layan eskim ke sejuk gak badan...
kita dulu memberontak dalam masa yang sama boleh berfikir ngan matang, budak sekarang banyak yang ikut nafsu. Dalam hal cam ni mak bapak memainkan peranan yang penting, kena lebih banyak kenal anak sendiri.
yuppp anak2 dulu beza dgn anak2 sekarang macam bezanya murid2 dulu dangan murid2 sekarang, sbb tu ibu bapa sekarang x boleh nak berperanan sama macam ibu bapa dulu,... kan betul, org tua gak yg salah??.. sama macam akak, 26/3 post mortem spm, sapa salah? cikgu x reti ajar, anak murid kurang ajar pernah dipersoal? x payah cakap banyak, saya salah puan pengetua,... haiiiiiiii
nak cakap tak matang lagi...tak boleh gak...dulu i penah gak umur gitu,walau stress mana pun xde laa terpikir mau lari dari rumah...=_=
As salam fara... entry kamu tak pernah mengecewakan saya... saya suka... saya suka! :)
Saya ni ms dulu rebel lah jgkkan, darah mudalah katakan... tp maybe Allah kurniakan kakak2 serta abg2 yg boleh sy jdkan contoh maka mmg fikiran tu jd matang sikit...hahaha ferasan*... Tp betul, sy dulu paling syg mak & ayah sy, sb sy tahu syurga sy dibwh kaki mereka...jd nak buat jahat atau nakal2 tu mmg fikir byk kali... sb org takkan sebut nama kita klau kita buat jahat, diorg sebut nama mak & pak kita... tak sanggup nak sapu arang kat muka mereka...
Rasanya dunia semakin mencabar skrg, mak & ayah kena lebih alert & advance dr anak2... spy dorang tak boleh nak kelentong kita nnt... nauzubillah, sy ade anak... jom kita jg keturunan kita...insya'Allah... Amin~
budak2 skrg...menjengkelkan...memalukan mak ayah jer..harap tak terjadi kat kito semuo...amin..
kalau sy dlu merajuk paling teruk pun mogok taknak makan nasik. ayh panggil2 mkn pun xdtg.last2 ayah jerkah haa bru la tkebil2 kat depan pinggan..hahaha kuar air mata teringat balik kak fara...hihihi
kan..takut lah kalau tgk gmbr2 budak pgg wiski tu..tu baru gmbr, belum bahasanya lg..dok pehe..
semua contoh2 tu bleh la pakai peribahasa ni,"dah terhantuk baru terngadah"
aptb!
Assalamualaikum Fara
moga keluarga kita dalam pemeliharaan Allah...elakkan drp dugaan macam tu..
lari dari rumah konon2 dah dewasa,dikatanya tak tahan kerana famili kongkong, tapi..... bila susah kat famili juga dtg mengadu.
macam tak berotak dan mengada2,cuba ingat balik dari kecil sapa yang belai ko dahulu dgn penuh kasih sayang. ops...teremosi plak kat sini
maaf pada tuan tanah blog, aku cukup pantang pada kes2 org suka nak lari dari rumah kerana ikut orang lain.
lari rumah oh nooo!!lari ke rumah arwah opah ye...
lari rumah oh nooo!!lari ke rumah arwah opah ye...
semoga kita sekeluarga berada dalam landasan yang betul.semoga Allah permudahkan kita dalam soal didikan iman n ilmu dalam jiwa anak2
cinta punya pasal sanggup tinggal keluarga..tak tahu nak kata apa..muak dan takut dgn kes macam ni..macam tak ada jalan penyelesaian..
err..tapi yana msa kecik2 asal ada tak kena jer..merajuk..masuk baju2 dalam bag..turn ikut pintu dapur..duduk jer kat tangga dapur..lepas tu mak datang tanya apesal tak pergi?beg dah besar..ahaha..masuk bilik tutup pintu kuat2 nangisss..adehh..itu kisah umur 7,8 tahun..kikiki..jangan anak2 ms depan ikut mcm tu dahla..haru!