23/03/12

diet yo-yo

Sekali kita makan, 80 kalori hilang. Bagus juga senaman mulutkan? Cuba bayangkan kalau kita makan sebiji karipap yang ada 130 kalori? Bermakna dengan hanya mengunyah sebiji karipap, baki yang tinggal hanya 50 kalori. Tak hairan bila ada orang kuat makan tapi tetap kurus. Perasan tak?

Kawan saya, selalu amalkan diet yo-yo. Kejap puasa. Kejap tahan makan. Tapi tiba-tiba esok lusa kemaruk makan. Bila waktu makan jadi tak stabil, hempedu tak dapat bekerja dengan baik. Tiada penerimaan kolesterol yang konsisten. Bila hempedu dah terbiasa tak buat kerja, kolesterol tak dapat dicerna dengan sempurna. Mungkin ada dua tiga ketul kolesterol yang tertinggal dalam hempedu dan menjadi mendap di situ. Di situlah punca terjadinya batu hempedu.

Kenapa kita asyiklah menahan makan tapi tak kurus-kurus? Pertama, sebab kita malas bersenam. Kedua, sebab kita ada mentaliti seperti; Kalau aku skip makan tengahari, mungkin aku boleh jadi kurus sebab aku tak makan. Kedua penyebab ini adalah punca metabolisme menjadi rendah. Tak dapat berfungsi dengan baik. Kalori tak dapat dibakar dengan sempurna. Kalau masa zaman anak dara, mungkin ada kemaafan di situ sebab masa itu kita aktif. Betul tak? Tapi bila umur dah menjengah 30 tahun ke atas, badan dah jadi semakin malas nak bergerak. Nak berjalan kaki pun tak nak. Kalau boleh, nak pergi kedai depan rumah pun nak kena memandu. Susahlah macam itu, kan?

Kenapa saya tiba-tiba bercerita tentang diet dan kesihatan? Sebenarnya saya sedih dengan pendirian kawan saya yang seorang itu. Sentiasa tak bermaya dan selalu sakit-sakit. Dalam sebulan, mesti berkeping-keping MC sebab sakit. Bukan sakit yang dibuat-buat tapi memang sakit betul. Sakit yang dicari sendiri. Kalau dalam sehari dia tiba-tiba kemaruk makan, esok lusa dia mesti bertanya pada kami; Saya dah gemuk, kan? Walhal saya lihat dia tak ubah seperti sekeping kertas melayang-layang ditiup angin. Parah!

Oleh itu kawan-kawan, jangan menahan makan sebab nak kurus. Apa salahnya tembam sikit. Tembam-tembam itukan comel? Nampak segar-bugar dan berseri-seri. Hehehehehe....

27 comments

23/3/12

cool kentang! sesekali fara menulis pasal kesihatan kalah saya..(perasan hebat saya ni kan.. memalukan betul)

setuju fara..actually makan tak tepat pada masanya mmg menyebabkan metabolisme jadi rendah..

kawan fara tu ada aneroxia ke? biasanya org dah kurus tapi terasa gemuk ni masalah macam tu.. bahaya tu..

skrg saya dah start dgn diet tapi mkn...cuma dlm kuantiti yg sikit aje.. :) takde skip waktu mkn lagi dah..

btw..tq fos sharing this cerita utk penambahbaikkan sistem diet saya juga :)

23/3/12

Tembam2 sikit apa ada hal...

hahah..buat msa nie mmg mls diet..bila nyusu sikjer lpr..tapi kwl dr segi kuantitilh

23/3/12

cam kena kat aku je//tapi aku mesti bekfes..lunch kadang2 tapi malam ikut mood.yang pasti aku sgt malas nak bersenam.bila org kata gemuk,pandai lak nak sentap :(

ala kesiannya kat kawan tu...dia mgkin dah ada sikit2 simptom penyakit apa ntah tuh...lupe la nama dia..jenis yg terlalu taksub untuk kurus, mcm pantang sikit nmpk isi2 kat badan...

xmo la mcm tu..xlawa..

Nak kurus tapi terseksa buat per..saya akui saya sangat malas nak bersenam. Semalam suami saya ajak bersenam, huhu

setuju dgn mak encik Pok Amai-Amai.Menahan makan semata-mata nak kurus takkan menghasilkan result yg cemerlang tapi sebaliknya. Keep on makan and makan at a small quantity so that your metabolism process is non stop and active. make sure u munch a right and quality food.

Macam jajan yg KC suka sgt tu kan, lepas baca komen Farra yg kalau makan byk2 gemuk tak pe tp penyakit spt darah tinggi, kolesterol tinggi watsoever dok melekat kat kita .. Uishh .. i terus insaf u. Thnks eh Farra for the comment. Berharga dan bermakna, dik.

23/3/12

betul2
tengok cheqna
maintain je walau gebu
hahahahaha

Kurus tak sihat dan gemuk tak sihat - dua-dua tak nak..

Kalau boleh kakak nak sihat itu je...

Orang tembam sedap dipeluk (oleh suami yang sah dan anak-anak sendiri). Kan Fara kannnnn... (ayat penyedap hati sendiri) :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

23/3/12

saya 3 bulan bercuti, naik 7 kgs. famili tegur, kawan tegur, parah juga. Haha

kak ati antara yg tembun
adalah comel skit...hik3

23/3/12

SEBENARNYA RAMAI YANG TIDAK FAHAM DENGAN APA ITU DIET. DIET ITU BUKANLAH BERERTI TIDAK MAKAN. ORANG YANGB BERDIET KENA MAKAN. MAKAN SEPERTI BIASA, PAGI, TENGAH HARI DAN MALAM. TAPI YANG BEZANYA IALAH PENGAMBILAN MAKANAN YANG SEIMBANG. MAKANAN SEIMBANG BOLEHLAH RUJUK PIRAMID MAKANAN YANG BIASA KITA LIHAT DI KLINIK MAHUPUN DI HOSPITAL.

SELEPAS ITU, PELU ADA SENAMAN. KALAOU MALAS SANGAT BERSENAMPUN, CUKUPLAH SEKADAR MENJALANKAN AKTIVITI2 YANG MEMERLUKAN PERGERAKAN. MISALANNYA, NAIK TANGGA, JANGAN NAIK LIFT. PARKIR KERETA JAUH SEDIKIT, DAN MACAM2 LAIN PERGERAKAN FIZIKAN YANG DIFIKIRKAN PERLU.

MAKANAN YANG KITA MAKAN MENGANDUNGI KALORI. KALORI ITULAH YANG MEMBERIKAN KITA TENAGA UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS SEHARIAN. SEKIRANYA TIDAK MAKAN, MAKA KITA AKAN LESU KERANA TIADA KALORI. APABILA KALORI ADA DI DALAM BADAN, SEGALA PERGERAKAN YANG KITA LAKUKAN AKAN MEMBAKAR KALORI TERSEBUT DAN KEMBALI MENJADI NORMAL. SETELAH KITA MAKAN KEMBALI, MAKA ADALAH KALORI DALAM BADAN KITA.

OPS.. TERLEBIH PANJANG SUDAH..

kwn fara tu kena kaunseling, ubah pemahaman & mind setting.

sejak umur dah 30-an, saya perasan yg kadar metabolisme dah menurun. sblm ni mkn la mcmana pun, ttp kurus. Skrg dah mula tembam..balik kg sume org tegur. baju seluar sume kena tukar.

iols dah lama abaikan diet...

[kata2 orang yang kuat makan!]

ratu pn skang mls dh diet2 ni kak.janji tak naik lg ok lah...pastu sihat...bertenaga... :)

eemm.. betul.. kalau nak diet biarlah dengan cara yang betul agar tapi menyeksa sistem badan kita.

ai pun akan diet tapi start hujung bulan depan.. hikhikhik.. berpantang 44 hari di rumah.

23/3/12

kawan awak tu ada sedikit ciri2 anorexia nervosa + binge eating disorder. Suruh dia dptkan kaunseling.

tembam sedap pelok!

Nak diet boleh, tapi biarlah dgn cara yg betul. Saya memang tak pernah diet sbb badan jenis petite, cuma amalkan pemakanan sihat jer lah ☺☺

makan tu penting, kalau tak makan cam mana metobolisma nak terbakar, sebenarnya kita kena makan sikit tapi kerap .

24/3/12

jangan abaikan kesihatan...sesibuk mana pun kita,jangan xjaga diri tu...

24/3/12

Hehehe... topik menarik... ade jgk kwn saya yg mcm kwn Fara tu... Kurus2 sgt bukannya cantik pun... Biarlah gebu2 gitukan... Saya ni kata je nak diet & bersenam... tp mkn & tdo je yg byk...hehehe ;p

owh nie sakit yang parah dari segi dalaman mindanya

menahan makan sebab poket kering jer..ahaha

27/3/12

ada kawan sya pun macam tu. perasan gemuk walhal kurus keding..tak paham ler

Catat Ulasan