9/03/12

bila remaja ponteng sekolah

Pagi tadi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, saya terserempak dengan 2 orang budak sekolah sedang menunggang motosikal masing-masing. Tak tahu ke mana destinasi. Tapi saya pasti bukan menuju ke arah sekolah. Sekolah nun terlepas jauh di belakang. Dan mereka berdua sudah jauh ke depan. Sambil tunggang, sambil pulas minyak maksima. Kalau bunyi motosikalnya jenis-jenis lembut, tak apa. Ini tidak. Rasa macam nak meletup ekzos dibuatnya. Bising! Kalau ikutkan hati, nak saja bagi ceramah percuma pada mereka;

Apalah gunanya ponteng sekolah? Umur bukan makin muda. Emak ayah tak akan menanggung kita sampai ke tua. Sampai masa kita kena berpisah dari ketiak orang tua untuk cari makan sendiri. Itu nasib baik kalau untuk mulut sendiri. Belum lagi masuk hal anak bini. Bila dah besar, mesti gatal nak cari calon bini. Bila dah ada bini, mesti akan ada anak. Kalau belajar tak sungguh-sungguh masa sekarang, agak-agak masa depan nanti boleh kerja dengan gaji yang bagus ke? Zaman sekarang pun payah nak dapat gaji mewah. Belajar sampai universiti pun, perit memikirkan macam mana nak kekal stabil hidup di tengah-tengah KL. Takkan nak kerja jadi mat despatch? Apa ingat dengan gaji kerja semacam itu, dapat bagi kita kesenangan hidup pada masa depan? Nak tanggung rokok yang kamu sekarang sibuk jinak-jinakkan diri pun belum tentu mampu. Kalau sekarang sekotak RM10, tahun-tahun depan kamu agak berapa harganya? Ingat senang ke nak buang gian merokok? Itu baru bab rokok. Belum bab nak cari awek. Kalau awek tak sudi kawan dengan awak sebab gaji ciput, tahu pula nak sumpah seranah perempuan. Konon kata perempuan memilih. Gila duit. Materialistik. Habis tu? Awak ingat perempuan nak tumpang sekaki kesusahan awak ke nanti? Tak mungkinkan? Kalau awak perempuan pun, mesti awak nak cari lelaki yang stabil. Lelaki yang fikir masa depan. Walaupun gaji tak sebesar mana tapi janji mampu menanggung dan bagi hidup selesa pada keluarga. Tapi kalau permulaan awak pun dah menyedihkan macam ini, apa lagi esok lusa? Lainlah kalau cita-cita awak nak jadi mat rempit. Salah satu penyumbang utama pembaziran negara. Menyusahkan orang. Hidup pun tak tentu arah. Bila dah patah kaki sebelah, pandai pula tagih simpati. Masa itulah sibuk nak bagi nasihat. Cet! Podaah!

Agak-agak apa akibatnya kalau saya bagi ceramah sebegitu? Heheheh. Budak-budak sekarang advanced. Bunuh orang pun sanggup. Dilema betul.

Membesarkan anak remaja mungkin agak sukar. Tiba-tiba teringat Aydin. Kecut perut dibuatnya.

54 comments

9/3/12

fara..
*meh aku nak tepuk*bravo bravo
tu ari gi cybercafe..sedih tgk anak2 kita duk mencarut smapai maki2 mak.sedihnya..agak2 mak dia tahu ker?
nauzubillah

budak2 zaman sekarang ni banyak sangat makan fast food.. sbb tu tergagai macam tu..

hmm..mmg sukar!

saya blm ada anak, tapi anak sedara yg remaja gitulah..ponteng sekolah, asik keluar. mak ayahnya dah tak dpt control. saya pun pening sekali fikir prob. diorang.

eh, slmt bercuti..
moga slmt semuanya ya!

itu yg takuttt ditegur salah tak ditegur susah..

Suami kakcik cerita pagi tadi, semalam dia pergi kenduri tahlil. Balik tu dia lalu ikut padang (dekat rumah kami). Dia nampak anak2 (belasan tahun lagi), lelaki perempuan duduk melepak beriba2an. Yang perempuan pakai seluar pendek paras paha, yang lelaki merokok.

Kebetulan, sibongsu ikut ayahnya. Dia tanya ayahnya 'dia orang buat apa tu? Tak dosa ke?'

Memang kita sebagai orang dewasa/tua, berada dalam keadaan serba salah. Hendak menegur, tak pasal2 kita pula yang kena balik. :(

9/3/12

mmg mnakutkan anak2 zaman skarang..hormat org tua tak de dlm kamus hidup dorang..

klu bawa motor or smoking depan kita2 nie lagi bangga gaknya..suami slalu kata..jika nmpk anak2 muda press2 motor depan mata dia..dia kata klu tgolek depan mata dia..dia dtg cuma ckp.."sedap??!!!"

anak2 sekolah yang nakal seperti itu pastinya tidak memikirkan apa risiko yang bakal menimpa dirinya, malah semuanya tidak dia pedulikan. what they know is lepaking here and there...begitulah jadinya klo trlalu ikut nafsu semata demi kepentingan diri eheh. :) doakan yang terbaik buat mereka adalah terlebih baik. :')

i wish uols bagi ceramah tu kat bebudak tu...
but then - iols risau plak - takut nanti iols dapat berita uols kat ICU - kena pelangkung ngan bebudak sekolah tu... adehhhhhhhhhhh!~

yep - membesarkan anak2 zaman sekarang agak sukar - eps bila dah ada anak belasan tahun....

9/3/12

mujo aku xpenah ponteng skola.. hihihi :)

mmg cabaran betul utk membentuk anak2 remaja ni.. jiwa memberontak dan pengaruh rakan2 salu membuatkan anak2 jadi sosial sna sini..

jaga anak2 dan adik3 kita, especially pempuan.. zaman remaja memang penuh dengan cabaran..

9/3/12

biasanya ayat2 sebegitulah cheqna akan bagi pada budak2 lelaki...
ada yang cepat'sedar' ada yang lambat mereka tak dapat berfikir jauh ke depan sebenarnya..mereka just fikir pendek..seronok semata2...
5,6 tahun akan datang x pernah ada dalam fikiran mereka

masalahnya budak2 sekrg ni... tak makan saman... ceramah sampai berbuih pun belum tentu masuk kepala otak...

memang susah nak besarkan anak2 dizaman moden ini...

MF, budak2 sekarang sangat berkuasa..mak bapak depa lagi berkuasa..kalau jentik sikit, siaplah peguam datang sekolah nak saman cikgu. ada satu kes ni di sekolah di Bandar Mahkota Cheras, seorang guru Melayu menyebut tanjung kling ketika mata pelajaran geografi dan esoknya ibu bapa kepada seorang murid india datang bersama lawyer untuk bertanyakan hal kenapa menghina bangsa India...tak ke cik dohhhhh sangat ibu bapa tu...guru menyebut nama tempat tapi ntah apa anak dia kelentong, dia datang nak serang cikgu...ok sorry ini contoh murid2 berkuasa...dan ada juga kes murid ponteng tapi ibu bapa tak boleh terima hakikat kalau cikgu report...

nak2 kalo membesar kan anak2 dalam kota metropolitan nih kan...fuh mesti sgt mencabar...

@Irfa

Sedihnya...eloklah mak die tatau pun. Klu tau, bt sedih je hati...

=(

@Ujie

Pk kan sepupu atau anak sedara pun dah isau, apatah lagi anak sendiri...

Haishh....kecut perut je.

@:: Mrs.Eady ::

Bdk2 skg...sedang mak bapak sendiri pun sgp nak ugut bunuh!

@kakcik

Aduh! Sedihlah mcm tu Kakcik. Seronok sgt ke membazir ms remaja eh? Eh...mcm sy tak pnh remaja lak. Hehehe...

@sisdee

Eiii, sy mmg menunggu peristiwa penuh sinis tu...nak tgk reaksi bdk2 yg igt nak seronok je.

@Rtp Farra Arisha

Betul la awak. Doa jelah yg termampu utk kite usahakan.

@miloais milo

Seriau sy mcm nie Ms. Milo.

wah... setuju berkali-kali... terjumpa blog ni kat blog sape tah td.. hihi.. tp yg menarik perhatian ialah pic lembu tue.. kita mmpunyai minat yg serupa rasanya..

'lembu'

hehe

@Gen2Merah

Bagi sy, lelaki perempuan pun sama berat cabarannya.

@cheqna

Yup. Krisis identiti yg bt mereka tak suka nak pk masa depan.

@dwaty

Tu yg merisaukan sy...

@Lady Windsor

Bodoh betul indian parents tu. Anak sendiri putar belit, or len lak nak disalahkan. Aiseh....tuhlah susahnye mcm nie. Asal melayu je racist...igt diorang tak racist dgn kite ke?

Emosi lak dgn isu racism nie.

pukul takde ape sangat~tapi ada yang sampai berani merogol dah~haih~~

@Papa Mifz

Sy sure sgt, En.Papa mst lebih arif dgn kes budak2 ponteng sekolah lepak carefour nie.

pernah tegur secara baik pd budak2 ponteng sekolah... akhirnya saya pulak yg di ceramah lebih kurang mcm ni "..makbapak aku pun tak sibuk apehal ko nak masuk campur? bla bla bla..."
Lantak korang le, janji saya dah jalankan tanggungjawab

Tanpa Nama
9/3/12

no komen sebab aku pun kaki ponteng. syok woi!

Takut...Ngeri dan mcm2 lah bila ingatkan zaman sekarang ni...budak2 makin nak cepat dewasa..ditegur nnt mak bapak dorang pulak sukar nak terima..takut2 kita pulak dibahasa..."kau pun ada anak..jaga anak ko dulu"....tak ditegur..rata2 mereka ini dan kita sama bangsa rasanya....makin lama makin rosak anak2 bangsa ku....

9/3/12

Assalamualaikum Fara

saya selalu lihat budak2 sekolah dgn pakaian sekolah di tepi pagar sekolah hisab rokok...selamba jer...

assalamualaikum fara..

saya nak jawab pertanyaan awak psl zakat di entri saya..

mmg ya, bukan semua pendapatan kne zakat..kita kene tgk nasabnya..

cth thun 2011, nasabnya adalah rm 10670..

so, cara nak tahu awak kene zkat atau tidak..

awak kire pendapatan awak selama setahun, kemudian awak tolakkan dgn potongan wajib yg mcm saya senaraikan itu..

jika kurang dr rm 10670, awak tak perlu bayar zakat tetapi jika lebih, wajib awak bayar zakat pendapatan

Budak sekarang tak boleh ditegur tambah2 kita ni asing bg dia. Sedangkan kaunselor sekolah bg nasihat pun dia sanggup pecahkan cermin kereta, bakar rumah pun sanggup.

Takut tgk bebudak zaman skang, terlalu advance.

dahulu aku seorg kaki ponteng sekolah dan kelas juga....walaupun nakal pelajaran tetap cemerlang...cuma displin saja kantoi hahahaha


tapi itu dahulu....sekarang dah jadi org berguna dah...

10/3/12

ok U! ni sangat epic and awesome!
tapi harap2 ada yang sedar nanti dan mula pandang serius dengan kehidupan ni...maybe masa dorang untuk matang belum tiba..

10/3/12

DULU2 SAYA ADA JUGAK PONTENG SEKOLAH.. ;p

INSYAALLAAH.. MEREKA MASIH BOLEH MEMPERBAIKI LAGI KESILAPAN INI JIKA MEREKA MAHU..

TERINGAT DULU MASA SEKOLAH.. RAMAI JUGA KAWAN2 YANG MANGKAU2.. TAPI SEKARANG OK SAJA.. KERJA LEBIH BAIK PUN ADA WALAU TAK MASUK UNIVERSITI.. YANG JADI KONTRAKTOR BERJAYA PUN ADA.. RUMAH BESAR, KERETA BESAR, PADAHAL DULU RAMAI YANG TERGEJAL..

APA2PUN.. MASIH BOLEH MERUBAH LAGI.. JANGAN TERUS DIKEJI, ELOK BERI DORONGAN..

belajar untuk mecari kerja dengan belajar untuk mencari ilmu adalah dua perkara yg berbeza

saya suka ceramah k.fara ni..nak2 tang "Kalau awek tak sudi kawan dengan awak sebab gaji ciput, tahu pula nak sumpah seranah perempuan. Konon kata perempuan memilih. Gila duit. Materialistik. Habis tu? Awak ingat perempuan nak tumpang sekaki kesusahan awak ke nanti?"

hahaha..terbaik..

semoga Aydin jadi anak yang juruh..:)

sy melihat...

bila seorang suami berstatus pegawai tidak mampu menampung kos sara hidup sebuah keluarga di kuala lumpur..

akhirnya, isteri juga terpaksa bekerja...

masyarakat semakin tertekan..

rumahtangga kurang terurus..

bebanan tugas terhadap isteri bertambah...

anak2 semakin terabai...

maka, pelbagai masalah timbul..

apalah nasib..... aduyai...

12/3/12

budak2 zaman sekarang terpengaruh sgt dgn dunia luar ni. kena ada satu program yang boleh occupy masa dia orang. meang something yang dia orang minat. time cuti ke sabtu ahad ke buat la program tu. kalau tak, anak2 kita sampai ke sudah la macam ni jadiknya.

12/3/12

tu laa.. sbb xpernah terfikir pon nk ponteng sekola.. hehe :)

13/3/12

yooohooo! namaste? hehe

13/3/12

Sya pun tak de anak lagi. Tak tau la apa akan jadi anak remaja di masa akan datang.

Harap adik2 sya yg masih remaja mjaga tingkah lakunya di luar sana

sy pun dah terikut kecut perut.teringat ank2 jiran kat umah yg sgt2 biadap n kuang ajar. padahal baru drjh 4/5/6.

yg font merah tu mmg tepat tuju kat si dia.sib baik la dia cpt sedau,skrg bru la menyesal itu ini.tp blum tlambat nk perbaiki blk kan =)

14/3/12

@Pok Amai-Amai, ye rasanya.. tak cukup khasiat..banyak sangat makan garam, MSG, lemak, minyak.. walau pun macam susah nak percaya tapi semua tu sebenarnya mengganggu pertumbuhan mental yang sihat..hehe..

takut juga lah kan...bebudak sekarang terlebih pandai ke arah yg salah.....

15/3/12

Fara,

Rasanya u patut letak butang share FB, twitter or something kat blog ni sb ade beberapa artikel seronok nak share dgn kengkawan :)

Keep up writing ya! :)

Saya setuju sangat...takut sebab saya ada anak remaja. Pernah terserempak dengan 2 gadis remaja bangga bercerita di khakayak mereka takde dara. Baca di moms hot stories

Catat Ulasan