14/03/12

nurul nadirah, semoga kamu ditempatkan di syurga...

Pulang dari bercuti, saya dikejutkan dengan berita kematian adik Dirang. Pagi tadi bila dengar berita di radio, motif pembunuhan adalah kerana dendam si pelaku terhadap nenek mangsa. Aduhai! Saya berasa sangat kasihan. Bukan kasihan dengan Allahyarham adik Dirang. Tetapi saya kasihan dengan manusia yang melampiaskan dendamnya pada budak kecil yang tak tahu apa-apa. Allahyarham adik Dirang sudah pasti tempatnya di syurga kerana dia masih putih dan bersih. Tetapi untuk si pelaku yang sudah akil baligh, sudah pandai berfikir dan sudah kenal apa itu nafsu, jutaan kasihan untuk kamu. Membiarkan diri dihasut syaitan hingga memilih kanak-kanak yang masih bersih dari dosa sebagai mangsa. Alhamdulillah. Allahyarham tidak perlu menempuh liku-liku kehidupan yang penuh cabaran dan dosa di kiri-kanan jalan. Semoga dia ditempatkan di syurga kelak.

Siapa yang tidak sedih? Saya seorang ibu. Ada anak kecil. Sudah tentu saya emosional. Hati ini terasa bagaikan cair bila mendengar berita kematian yang sebegini. Dibakar? Sedang kalau membunuh binatang dengan cara membakar, pasti dilaknati Allah. Inikan pula manusia? Apalah nasib kamu (pembunuh) di hari kemudian nanti? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Semoga kita semua dilindungi Allah dari sebarang keburukan, kejahatan dan malapetaka.

28 comments

Betul Fara... berita macam ini selalu merenggut hati dan perasaan kita sebagai ibu. Sedih, geram, marah bercampur-baur...

Moga dijalankan segera pembalasan pada silaknat itu..

14/3/12

Bila nafsu mengatasi akal yang waras, syaitan akan meniupkan apinya deras-deras...

Sgt sgt sedih dgn berita ini.. :(

Al Fatihah untuk adik Dirang. Saya at the same time jugak kasihan dengan orang yang mengutuk, mengata dan mencaci ibu kepada Dirang yang kononnya leka bermain FB. Orang kita memang suka 'rub salt to wound'...bak kata orang putih.

14/3/12

pelaku pun da dapat tangkap~~semoga selamat ke tali gantung~~

subhanaAllah...jika yg melakukannya ini adalah org Islam..kemanakah pegangan agamanya???

sy br tahu puncanya sbb dendam kpd nenek mangsa


kejam!


al-fatihah.

14/3/12

mmg sentap jiwa baca itu..dendam kerana ditegur dek nenek arwah..mmg manusia dah makin ganas..lebih dari haiwan..maaf kasar di situ :(

Hmmmm bila fikir secara logik mcm tak tau knp org sanggup buat cmtu

Al Fatihah untuk arwah ;(

dendam pd nenek, cucu jd mangsa...btul kata fara,bdk tu tentu2 masuk syurga...kalau tak pk pnjg mcm ni la jd...hurm...

14/3/12

tatkala mendengar berita pesalah telah ditemui rasa sangat2 la bersyukur!! dan dengar pula pebuatannya itu adalah kerana dendam terhadap nenek budak tu yang pernah menghinanya, rasa macam.. erkk!!
sampai macam ni ko bals dendam?? terhadap budak kecik?? hati terus tersentap!
yaa.. sangat2 bersetuju dengan entri ini..Hanya Allah jualah yang mengetahui apa balasannya .. hmm

*sy dah besarkan gmbr..yg nak dicari sebenarnya tulisan THE HIDDEN TIGER bukan cari tiger tu..hihi =)

adaaaa....klu dari kepala ke kaki

14/3/12

hairan melihat manusia macam ni.. sikit pun takde sekelumit pun rasa kesian ke sayang ke nak bunuh anak kecil yg tak tau apa2 pasal dosa nenek budak tu kat dia..dia ingat dia hidup kat dunia je ke.. takde balasan..?

Btl. Kasihan pada si Pembunuh yg tak reti menggunakan akal dan fikiran yg diberi Allah SWT.

alfatihah untuk anak kecil ni...sedih la bila bacanya...ada jugak manusia mcm nii..

14/3/12

dendam kesumat yang membawa padah...

bandar seri alam tu dekat sgt2 dah ngan umah ratu.lepasni anak mengaji pun ratu pegi hantar n jemput.mmg takut kalau kejadian2 cmni berlaku kan.

terlalu sedih dengar berita kematiannya... semoga sipelaku mendapat balasan yg setimpal.

Sedik kak ita,anak sebesar tu...apa lah dosanya..kejam sungguh pelakunya....harap tertangkap dan dikena hukuman mati ....

14/3/12

Ada seperti batu keras tgh duduk ditepi hati ini..tak tahu nak katakan apa pada sipelakunya...Barangkali esok lusa kita akan hanya membisu tidak berani lagi menegur perbuatan jiran2..ada mata tengok ada telinga dengar ada mulut DIAM..takut dendam mereka seperti ini dan sadisnya sikecil kita pula mangsa seterusnya....

kesian dan kesian...
manusia akhir zaman mmg makin kejam dan teruk

14/3/12

risaukan keselamatan anak-anak kita bila berada di luar rumah? tak perlu risau, yakinlah malaysia masih lagi negara yang selamat...

14/3/12

KEJAM.. SANGAT KEJAM.

14/3/12

Al-Fatihah utk bidadari syurga.

Memang perbuatan yg sangat kejam. Azab cara kematiannya.

14/3/12

Al-Fatihah utk bidadari syurga.

Memang perbuatan yg sangat kejam. Azab cara kematiannya.

sedih baca pasal adik kite ni...kesiian giler...disebabkan dendam,anak kecik ni jadi mangsa...dengan kejam skali dibunuh...

Banyak org sakit mental skrg ni :(

Catat Ulasan