26/03/12

manusia kelas ketiga - orang miskin

Kasut Berikat Rubber Band sebenarnya telah membawa saya pada kisah lalu. Kisah di masa mula-mula saya menetap di BP. 

Saya membesar di dalam lingkungan kejiranan serba mewah. Kawan-kawan pula kebanyakannya tergolong dari golongan keluarga berada. Walaupun kami sekeluarga tidak mewah tapi kami senang. Bukan senang apa. Senang bila kami adik beradik tidak berpeluang merasa baju lusuh, kasut koyak kerana bertahun tak berganti (koyak kerana lasak itu ada) dan tak pernah diberi duit belanja. Syukur Alhamdulillah.

Tapi bila kami pindah ke BP, saya terutamanya seolah-olah terkena renjatan budaya 'kelas kehidupan'. Maksud saya dalam hidup ini, manusia mendiami 3 kelas kehidupan. Kelas pertama, orang kaya. Kelas kedua, orang sederhana. Dan kelas ketiga, orang miskin. Tapi saya tak pernah menghadap manusia kelas ketiga. Sehinggalah saya berpeluang berkenalan dengan orang-orang di BP.

Dulu saya pernah diberi peluang mengajar. Berdampingan dengan anak-anak kecil cukup menyenangkan hati. Tapi tak semuanya memberi keselesaan. Ada anak murid, kerap ponteng sekolah. Semalam tak ada. Tiba-tiba hari ini ada. Esok lusa terus menghilang tanpa khabar berita. Peliknya, tiada seorang cikgu pun yang ambil kisah. Ibarat; Selagi aku bukan guru kelasnya. Bukan hendak mencemuh. Saya tak suka hendak mengeji profesion guru. Guru adalah insan mulia. Mendidik anak-anak dari buta huruf menjadi seorang yang celik ilmu. Tapi....(saya malas nak sambung cerita perihal segelintir guru).

Anak murid yang kerapkali ponteng itu bila saya berpeluang bersemuka dengannya, hati saya menjadi luruh. Rambutnya kusut. Bajunya lusuh. Jangankan kasut berikat gelang getah, tali selipar pun hampir putus. Paling sayu, buku-buku sekolah hanya diletakkan di dalam plastik merah. Bukan beg plastik yang cantik tertera jenama gah. Tapi plastik merah buat bungkus si peniaga sayur di pasar malam. Bayangkan kedaifannya. Bagaimana mahu mengharapkan kejayaan dari si kecil itu andai ketiadaan dia langsung tidak dirasai?

Habis mengajar, saya mencari peluang bekerja di kilang. Setahun di sana, benar-benar membawa saya ke dunia manusia kelas ketiga. Bagaimana meneruskan kelangsungan hidup andai pendapatan sebulan tidak lebih dari RM500 melainkan menghabiskan masa 12 jam di sana semata-mata untuk wang tambahan? Hampir setiap hari, saya berkongsi suka-duka kehidupan mereka sebagai pekerja kilang sepenuh masa. Ada kisah suka, kami ketawa. Ada kisah sedih, kami menangis bersama.

Sejak itu, saya belajar satu perkara. Menghargai duit yang tidak seberapa tetapi berhabis tenaga untuk mendapatkannya. Walaupun saya persetankan disiplin. Saya memang tak kisah kerana cita-cita saya bukan di sana. Tapi saya kisahkan nasib kawan-kawan seperjuangan dalam mencari sesuap nasi. Acapkali mereka berkata pada saya; Fara ada banyak peluang. Jangan jadi macam kami. Sampai mati pasti di sini. Sedih.

Sebenarnya saya tak perlu bersedih pun. Kehidupan mereka walaupun miskin namun mereka tetap berusaha menjaga makan minum keluarga. Anak-anak terjamin kesihatan dan pendidikannya. Saya percaya semiskin mana pun, kita tidak akan membiarkan anak kita tersisih dari dunia persekolahan. Sesusah mana kita menyediakan keperluan, kita tidak akan membiarkan anak kita seperti biskut di sekolah. Sekejap ada. Sekejap tak ada. Saya bukan mahu menyalahkan sesiapa tetapi sangat rugi mensia-siakan usia muda anak kita hanya kerana hidup kita susah.

Bukan mahu menjadi manusia yang tidak ambil peduli. Tetapi menyalahkan orang lain kerana kemiskinan diri sendiri? Saya simpati.

42 comments

Kdang2 bla kita bergaul dgn orang yang lebih "bawah" dari kita, membuatkan kita sedar akan sesuatu yg kita anggap tidaklah penting sebelum ni. Hana pernah merasai semua itu.

sometime kesusahan mengajar kite mcm-mcm erti..kan?

Yea fara, sesusah mana pun orang, kalau boleh taknak abaikan anak2, saya pun pernah susah jugak..Tapi demi anak saya cuba bagi apa yang mampu.

alahai perihal segelintir guru...... tapi tak perlu salahkan nila kalau susu dah dirosakkan sebelanga.... ambik yg elok2 je lah...

dan menyalahkan orang lain di atas kesusahan kehidupan sendiri adalah sesuatu yang malang dan amat merugikan. usaha lah selagi daya. rezeki tuhan di mana-mana.

26/3/12

aku juga bukan dr keluarga mewah.tapi bukan juga dr golongan ke3..tahap sedehana jua lah kiranya

26/3/12

ADA LAGI KE GOLONGAN TERSANGAT DAIF SEKARANG?

Memang rezeki itu Tuhan yg menentukan tapi nasib kita tidak akan berubah kalau kita tidak berusaha mengubahnya kan...

26/3/12

kamu pernah menjadi cikgu sementara di BP?

26/3/12

pernah berada dlm kelompok manusia kelas ke3...jika tidak diri sendiri berusaha menaikan diri masuk ke.kelompok yg lebih baik...semuanya tidak akan berlaku dan akan tetap kekal dlm kelopmpok kelas ke 3 itu...

26/3/12

kemiskinan selalunya mengajar kita untuk lebih berdikari..tp ada juga yg terus diam kan diri..ini la yg dikatakan Allah takkan mengubah nasib kita kalau kita sendiri tak berusaha untk mengubahnya..

masih ada lagi ke kemisikinan sedemikan rupa...

Tanpa Nama
26/3/12

biskut di sekolah, tak semua mak bapak yang terlibat nak macam tu. tapi tak semua kita golongan pemerhati BENAR-BENAR FAHAM akan kedudukan mereka. cuma pandai mencebik "kalau miskin macamana pun, jangan la sampai tak hantar anak ke sekolah!".

betul..kita x patut salahkan org lain atas kemiskinan kita sendiri, sekagi kita ada kudrat pasti ada rezeki buat kita kan

26/3/12

Kesenangan amat lebih bermakna bila kita sendiri melalui kesusahan itu. Menyalahkan orang atas kesusahan kita tidak lebih menambah sengsara. Paling tidak sakit hati.

nangis baca entry ni, hati teringin sangat nak menolong org lain, tapi diri sendiri pun penganggur.....

hri tu jumpa ex-student keja kat pam minyak, tnya part time ke? katanya takde duit cikgu nak smbung study. bru je form 4 budak tu. nak menangis gak time tu

26/3/12

stuju fara..ada sgelintir guru mmandang pd segi itu..da bodo trus le bodo..da miskin trus miskin tanpa pkr apa mslh dorg..tapi ada juga yg bhati mulia...
Saya bgaul ngn smua golongan..yg kaya,miskin n sdrhana dan akhirnya saya bsyukur atas apapn kurniaNYA pd kita..yg miskin x nk pn hdup miskin..mlh mereka lagi kuat smgatnya..

26/3/12

aku kesian dengan golongan yang miskin..tapi aku hairan.. dalam negara kita yang makmur ni yang sepatutnya peluang sama rata.. masih ada manusia miskin tegar.. yang mengharap bantuan.. yang menyalahkan orang lain (read:kerajaan) atas kemiskinan mereka..

pada aku pelajaran bukan segalanya.. ia takde kena mengena dgn kenapa seseorang itu miskin (tak cukup pelajaran) sebab aku kenal manusia yang sekolah sampai darjah dua je..mengeja pun tak reti..tapi dia boleh hidup senang.. dan sayangnya orang tu bukan bangsa kita..

@Hana Soffelia

Betul Hana. Itulah yg sedar. Selama nie, sy tak pnh tau.

@:: Mrs.Eady ::

Betul. Terutama definisi KERAJINAN.

@Huda

Tak perlu kemewahan. Cukup sekadar melngkapkan apa yg perlu dilengkapkan.

@my name is lily

Org tua sy hanya makan gaji dgn gomen. Gomen dulu2 bukan mcm skg. Dulu2 gaji sgt2 rendah. Dan org tua sy pun bukan staff gomen g ada pangkat. Tapi berkat kesungguhan dlm mencapai impian - Alhamdulillah.

@Irfa

Kitorang pun golongan sederhana.

@fairus

Skg sy tatau...tp klu kite rajin buat survey - who knows?

@Lady Windsor

Betul kak. Di sini (Malaysia) masih ada byk peluang utk menjayakan misi impian kita.

@Daddy Ziyyad

A`ah. Dlm thn 2000-2001 (lbh kuranglah).

@Eye_nee

Pokok pangkal, IMPIAN + USAHA. Tak mustahilkan?

@amirah

Betul. Berdiam takkan mendatangkan hasil.

@Mama Ema

Skg sy tatau. Tp dulu msh ada.

=(

@SM

Setiap yg jadi, pasti ada masalah dan punca. Aku sendiri pun tatau kenapa anak tu jdk biskut di sekolah.

Org tua kite dulu, bermula dgn kesusahan...umah takde bekalan elektrik. Tak mampu belikan anak kasut sekolah. Terpaksa mengerah tenaga anak sebelum ke sekolah untuk menoreh getah. Si anak menurut lantaran hidup mrk yg ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Abis menoreh, ade sikit upah diberi pd anak bt belanja harian. Oleh krn teringin nak kasut baru, dikumpul duit belanja hingga ckp....tp si ayah berkeras memaksa anak menghabiskan pelajaran di sekolah. Tak mahu anak2 keciciran. Dan ajaibnya, anak2 mrk berjaya....semuanya hny 1 - kegigihan org tua mrk menyempurnakan apa yg ptt disempurnakan. Tak ada yg mustahil.

Melainkan klu org tua kite dulu pemalas. Manja. Penagih dadah tegar.

Semua yg jadi tetap akan ada alasannya kan?

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

Betul. Klu pokai, jual 10 bungkus nasi lemak pagi2 kat opis. Sebungkus jual RM1. Dpt le RM10 utk waktu pagi tu je....Mmm... Duit jugak tu kan?

@AziE

Betul! Berdiri dgn kaki sendiri. Itu lebih memuaskan hati.

@emy|farid

Sy teringat kisah suami sy. Terpaksa membantu org tua pegi menoreh getah semata2 utk membantu beban mrk.

=(

@sisdee

Betul Ms D....mrk tak pinta utk jadi miskin. Tp mrk ada pilihan utk lari dr kemiskinan.

@Rai

...sebijik kisah manager di tmpt keje sy. Belajar setakat darjah 6. Tapi kini bisnes sampai ke Korea sana.

Sayangnya, bukan bangsa kita.

Perkongsian pglmn yg menarik!

Bab kerja kilang..mmg betul, ramai makcik2 yg bekerja krn terpaksa. masalah rumahtangga..suami tak bertanggungjwb. kerja 12jam gaji tak smpai rm1k utk sara family.
Saya tau sbb saya pun penah keja kilang beberapa kali.

26/3/12

cheqna lebih suka emikirkan org yang jauh lebih susah dari cheqna dari memikirkan tentang kekayaan org

@Pok Amai-Amai


sayangnya..bukan bangsa kita =(

saya pernah merasai kehidupan hampir ke kelas ke-3... bila diingat kembali memang sedih... tapi itulah yang mengajar saya erti kehidupan...

26/3/12

jalan yang kita ambik dalam hidup ni kekadang ditentukan olehNya untuk memberi kita perspektif yang baru,untuk mengingatkan yang ada yang lebih susah dan untuk makan setiap hari pun merupakan satu cabaran yang amat besar...

entahlah kesusahan dan kesedihan sampai ke hari ni cik ina tak nak hubung kaitkan. Dulu cik ina pernah susah, tapi tak pernah rasa sedih, bagi cik ina dah namanya hidup semua orang kena melalui semua tu. kalaulah kita dilahirkan senang dari lahir sampailah ke besar dan hingga beranak pinak , rasanya kehidupan kita belum cukup sempurna.

:)

aku tak mewah tak miskin. tapi aku selalu melepak sama kawan yg jauh lebih susah hidupnya dari aku.
kerana kawan2 begini punyai pengalaman hidup yg menarik aku nak dengar dan pelajari.

28/3/12

As salam Fara,

Semoga Aydin cepat sembuh... Safakallah Aydin~

Suka sy baca entry ni, saya juga bkn dr keluarga yg senang, tp sy tak suka kata sy berasal dr keluarga yg ssh... Setiap manusia telah ditentukan rezekinya oleh Allah, bergantung pd kita utk berusaha mendptkannya..betul tak Fara?

Suka cerita Fara ttg bekerja di kilang tu, sb sy pun ada pengalaman bekerja di kilang ms cuti sem ms belajar dulu... Tp bkn masalah kelas kehidupan tp ttg kelas mentaliti kehidupan yg saya kutip & belajar :)

Catat Ulasan