19/04/12

apa ada hal?

Sebenarnya, tiada dendam dalam hati. Walau apapun manusia yang pernah menjahanamkan hati ini. Saya cuba bertahan untuk tidak menyimpan dendam walau sekelumit. Lagipun, apalah sangat hidup di muka bumi ini? Berapa banyak masa sangatlah yang dapat saya nikmati? Manusia boleh bercakap dan bertindak apa yang mereka suka. Walaupun kata-kata mereka mengguris jiwa. Walaupun tindakan mereka mendatangkan lara. Tapi apa ada hal? Hari ini mungkin saya terluka. Esok lusa saya pasti ok jua.

Lagipun, buat apa susah-payah merangka dendam? Saya cuma perlu menunggu sikit masa. Allah itu adil dan saksama. Kita pasti akan sama-sama merasa.

17 comments

ye Allah itu Maha Adil..

19/4/12

biar Allah yg membalas nya ye

betul.. bila terlampau mengikut kata hati adakalanya memakan diri..

As salam Fara,

Marah benar ni... Menyimpan dendam hanya menyakiti diri sendri... Lepaskan shj... Saya jamin hati rasa lega & lebih tenang... Insya'Allah :))

Ada kalanya mulut kata tiada dendam namun di dalam hati mencongkammmm!!

19/4/12

kalau semua org sedar dunia ini tak kekal lama..hidup hanya sementara mungkin takde sapa berani melakukan kemungkaran ;)

sabarlah fara ya


mmg sakit utk tahan marah dan cuba bersabar tp takpala kan kita cuba, Allah akan bg ganjarannya nnt :)

kaaaaannnnn....

19/4/12

Allah tu Maha mengetahui

19/4/12

bila memaafkan orang lain (terutama yg dekat dgn kita eg rakan sekerja etc), hidup akan lebih tenang..

byk kali saya terasa dgn org sekeliling. tp sy jenis tak suka mengadu domba atau hebah2/hasut org lain. sampai masa, Allah balas jua perbuatan mereka terhadap kita. saya sedang alami perkara ini. sesungguhnya Allah Maha Adil.

19/4/12

aku sekarang dalam tempoh terluka... maaf? tidak buat masa ini. the duck is fucked!

sy dh 20tahun menyimpan dendam..smp skrg tak boleh nk balas...haha (just kidding kak fara)

tu la kan, kita sbnrnya yg rugi kalau berdendam ni...hidup pun dihantui dendam..tak syok lah..

tak guna dendam..hati sendiri yg sakit nanti

19/4/12

Hanya Dia pelindung kita. :)

betul tuh...biar Allah jer yang membalas nyer....

Dendam ibarat nanah dalam jiwa. Makin lama makin membusuk. Sampai bila nak menghidunya. Hidup ini sekejap cuma. Rawatlah nanah itu, kikislah perasaan dendam, pasti hidup bahagia. Berundur bukan beerti kalah. Cuma malas nak melayan sakit jiwa.

Ouh..inspired dgn entry k.fara ni..betul kan masa tak lama..sikit hari Allah balikkan apa yg tjadi ni..huhu

Catat Ulasan