Sebenarnya, saya langsung tak ada isu berkenaan Bersih 3.0. Bila kain rentang kuning menjalar-jalar di setiap tiang lampu sekitar PJS7, saya mengharapkan sesuatu. Bantah Duduk yang berinspirasikan mogok Mahatma Gandhi. Malangnya, jangkaan saya meleset. Saya sepatutnya menjangkakannya tapi saya masih mengharapkan perubahan memandangkan ini adalah perhimpunan buat kali kedua. Ternyata segala-galanya gagal. Memang gagal! Minta maaf andai saya senyum sinis bila mereka memberikan alasan, provokasi polis. Alasan ini sudah basi. Selagi empunya diri tidak serius mengenai tertib diri. Selagi itu saya putus asa. Dan selamanya perhimpunan ini akan gagal. Percayalah.
Selagi si tua menghasut amarah. Selagi si muda menurut jiwa berontak.
26 comments
Sentap sana sini
akhirnya kecundang
tak ada apa yg dapat
ada yg ditangkap
dah pun lepas
apa ygn tinggal
jiwa tetap memberontak
sampai bila-bila..:(
bersihkan hati dulu...betul tak?
menghasut? hmmm....
assalamualaikum fara..
saya tak tau pun saya shortlisted..boleh awk bgtau sy url terbaru blog mommy lyna tak sebab saya tak leh bukak yg mysuperkids.net tue
tq bgtau ya
insiden yang berlaku sangat memalukan..walau pun saya cuba nak menyokong..tapi hati sangat berat.. walau pun cuma sebahagian kecil, tapi dah cukup untuk dijadikan isu besar untuk orang memperlekehkan usaha mereka..
yang kecewa,
As salam Fara,
So sad so sad :'(
mungkin bagi mereka ianya satu kejayaan, mempersendakan kedaulatan undang undang dan negara
Saya sangat setuju pada frasa tidak berputus asa itu.....ianya seperti gerimis, merembes dan membasahkan walau tidak mampu mencipta banjir!
Saya blm boleh komen isu ni..blm faham dgn jelas. Betul dan salah bercampur.
kat JB pun tak ketinggalan ada jugak tapi sib baik tak sehebat kl nun...
sedikit sebanyak akan ada perubahan kesan dari duduk bantah spt phimpunan yg kedua dlu.. penuh yg tersirat bbanding yg tersurat.. =)
Takut tgk dlm tv perhimpunan yg ada unsur2 ganas...
awak betul. saya setuju.
hurm...janganlah negara kita ni menjadi seperti negara2 luar...
macam2 versi yang ada. Provokasi Polis, adanya agent provocateur yang mendalangi semua ini...entah la..
saya juga tiada kaitan dengan bersih... tapi saya sedih... kenapa mesti ada lagi yg kedua kali...
SYABAS POLIS MALAYSIA.. JASAMU DI KENANG.. BERJUANG HINGGA TITISAN DARAH TERAKHIR.. LEPAS NI KALAU ADA NAK BUAT BERSIH LAGI, APA KATA TARUK KOMANDO PULAK..
kak ita rasa buang masa semua ne....susah nak puaskan hati semua org.....
yupp .. akak masih pegang prinsip 'anjing x boleh menyalak bukit' so tambahkan kuasa 'anjing' untuk meruntuhkan 'bukit' kerana banyak dah bukit yang ditarah, bukit tak kuat lagi strukturnya, cari kelemahan lawan bukan tunjuk kelemahan diri ..ubah strategi..
bersih kali ini gagal sebenarnya !
adat mainan politik semua ini. jemu sudah
bila dah ada yang provok maka hilang tertib diri.. huh..menyusahkan pihak yang terpaksa kemas balik tempat tersebut.
makin lama makin jauh tersasar mereka...kasihannya...
Sampai sekarang tak faham kenapa ada yg sanggup heret kanak2 sama terjerumus ke dalam kelompok ini...
sebenarnya sampai sekarang cik ina tak tahu mana hala tuju berseh ni.Cik ina tak pandai nak sokong membabi buta ni : (
nurul tak der masa perhimpunan bersihnie.palig azab jemmm..mcm mana rupanya perhimpunannie fara?sehebat yang dulu ker?