27/04/12

pasar malam jalan tar

Saya dah lama tak jalan-jalan di pasar malam Jalan TAR. Saya rindu nasi kukus berlaukkan limpa berempah. Saya rindu laksa utara yang cukup-cukup rasa. Saya rindu cendol mamak yang taklah semanis mana. Kiranya, manis-manis buah saja. Saya rindu hendak memborong shawl murah dicelah lot kedai sebaris Kamdar sana. Semuanya saya rindu.

Kebetulan, suami cuti Sabtu Ahad (bukan senang dia nak cuti hari minggu). Ingat nak ajak dia jalan-jalan ke sana. Dia mesti ok punya. Tapi, saya bengang! Marah! Sedih! Kecewa! Sebab.....Sebab....Sebab...




























Bersih 3.0!

27 comments

sgt menyusahkan okey BERSIH itu!

27/4/12

haah kan suka gak shawl kat sana..dulu masa pegi mmg rambang mata mcm nk beli byk2 tapi sabarkan diri beli satu dua jek..bila balik tgk kat jb mahal2 terus sakit jiwa :((

Kan...menyusahkan bersih ni tau..

xpe, pg bulan dpn...bersih bukan hari2.. =)

27/4/12

ok, saya tak tahu bersih 3.0 nak buat esok. aduiii.

Ohoho... memang baik tak usah pergi Fara... tak pasal-pasal kena pancut air...

27/4/12

dinasihatkan, takyah la gigih nak ke Jln Tar/area situ this weekend.

eh, saya seumur hidup tak pernah gi pasar malam Jln TAR tu...ahaha

Ahad kakcik baru balik ke KL dan bercdg nak ke pesta buku di PWTC pd hari Isnin. Semoga KL tetap spt yg ditinggalkan semalam. :)

27/4/12

Terasa rindu jugak nak ke sana. Almost 10 tahun pasar malam tu ditinggalkan. Ada ke lagi gerai nasi kerabu/laksam yang sedap tu?

ya lah farah ..kak ita dah lama tak gi..walaupun dekat dengan rumah...sesak-sekak...dah perhimpunan bersih lg bahaya..takut...

Psl ada perhimpunan Bersih la teww.

27/4/12

tu lah, bikin susah semua org je...adoi la hai...

ada ke? selalu tak jumpa pun laksa utara yang sedap kat situ... area mana?

tapi sesungguhnya saya dah lama tak kesitu... punca utama jalan sesak, offcourse laa kan... haishh

tapi kalau dah ada BERSIH confirm laa lagi sesak..silap2 haribulan ada FRU..

A'ah la..kalo pegi mau terperangkap dlm jem!

27/4/12

kacau betullah erk..

kalau nak pegi jugak, kena naik monorail..naik kereta, jem nenas.. ke peniaga2 kat jalan TAR pun amik cuti sebab bersih 3.0? (",)

27/4/12

hehehe...fara..kalau nak laksa utara sedap jom pegi kat seksyen 18 shah alam..depan giant tu.. budak tu mmg orang kedah..laksa utara jitra mai..sedappp..

hanya ke jalan TAR bila nak beli baju raya je.

Tanpa Nama
27/4/12

sebenarnya kau marah pada siapa? demonstran sebab buat semak, atau penganjur sebab ajak orang buat semak, atau polis sebab tutup banyak jalan, pada ambiga sebab (kononnya) menyokong seks bebas?

aku pulak marah pada semua...

takpe, pasti akan ada hari sabtu lagi selain hari esok. dan BERSIH takkan ada setiap minggu.

sabar...

27/4/12

As salam Fara,

Awat ni dear? Takpe, tak lari jln Tar tu... Saya lg sedih, kecewa... Bila lah dpt nak pergi jln tar lg... nak shopping2 gak! huhuuuuu geraaaaammmmnyeee!!

kita org biasa mmg fikir camni tp ada org labelkn kita ni penting kn diri bila pk camni.. ada member org tulis kt status fb
" Ketika ada orang yang mengorbankan hujung minggu untuk hadir ke perhimpunan untuk bersuara mengenai ketidak-adilan dalam sistem pilihanraya nagaranya, masih ada yang bersuara mengenai hanya untuk perutnya dan keperluan peribadinya sahaja. Contoh: "Tak boleh aku beli tudung bawal esok, KL dah kena block", "Pasal benda ni, cancel aku nak pergi memancing", "Duduk rumah sahaja la jawabnya esok. Banyak jalan kena block". Setakat itu sahaja ke yang mampu kaum-kaum ni risaukan? Tatkala orang lain risaukan hala tuju negaranya, generasi mereka yang seterusnya dan masa hadapan-nya, ada kaum yang hanya risaukan dirinya sahaja. Tak ubah seperti makhluk Tuhan yang lain, yang bernama binatang, yang hanya 'berfikir' untuk temboloknya sahaja."

Mls nk komen lebih2..rs klau jumpa nk jotos kepala beliau..hehe

suah nak kemana-manakan klu ada perhimpunan macam ni

ha'a samalah..sepatutnya sy ada aerobikthon haritu, duit dh bayar semua tapi disebabkan bersih sy takleh keluar kemana2 sebab kena 'standby'. pehh, menyusahkan!

next time dtg lagi.

dah lama tak ke sana sejak dah pindah ke Meru ni.. rasa semakin jauh KL tu.. ;)

cik ina last pegi pasar malam jalan tar ni masa sekolah rendah kebetulan masa tu pegi rumah makcik cik ina kat sentul. alah cian lenkali boleh pegi : )

peniaga kat situpun sedikit sebnayak tergugat bisnes sbb pelanggan tak mari.hampeh nyusah kat org toll..

nurulpun lama tak ke sana.kesian nak berangkut budak tecik

Catat Ulasan