2/05/12

tak apa kalau gemuk

Kenapa kita hendak kurus? Dari dulu saya tertanya-tanya. Untuk keyakinan diri? Kenapa bila sudah kurus, baru kita ada keyakinan diri? Sedangkan diri sendiri masih tak fasih berbahasa Inggeris. Sedangkan diri sendiri masih tak pandai dan tak berani memasak untuk keluarga mentua? Sedangkan diri sendiri masih belum berani menunjukkan bakat sedia ada kepada ribuan orang.

Cuba tanya pada diri sendiri. Apa perlu kita kurus? Supaya kita boleh menurut kehendak fesyen terkini? Supaya kita boleh menyarung jeans bersaiz 25 ke bawah? Supaya kita boleh memakai baju bersaiz 0? Apakah ianya satu kejayaan andai dapat menyarung baju kecil sendat sebegini?

Tempoh hari, saya ada menonton salah sebuah dokumentari tentang 10 artis Hollywood yang mencapai kejayaan terbesar dalam menguruskan badan dengan cara sihat. Makan makanan seimbang. Bersenam tanpa mendesak badan. Kalau dulu masa muda, memanglah nampak segar, cantik dengan kurus. Tapi bila menginjak usia, sudah tentu badan menggeleber dan lemak mudah bertepek sana sini. Bila gemuk, mereka pakai pakaian yang tak menjolok mata. Sudah tentu tak dapat menurut kehendak fesyen. Jadi, bertungkus-lumus menguruskan badan. Semata-mata mahu membuktikan yang mereka boleh. Boleh apa? Boleh kembali seksi. Tapi memang ya pun. Bila dah kurus, mereka menyarung bikini. Walhal, umur sudah hampir menginjak ke usia 50 tahun!

Itu di Hollywood. Tapi di Malaysia pun apa kurangnya. Kalau badan kita sudah kurus, mesti bermacam fesyen kita mahu cuba. Masa badan kita berisi, memanglah kita akan berkata; Insya-Allah, kalau slim nanti tak akan aku berpakaian menjolok mata. Tapi bila kurus, janji kita pun entah ke mana. Jadi jangan berjanji. Kita mahu kurus kerana kita mahu berfesyen. Kita mahu kurus kerana kita mahu memakai kebaya nyonya tanpa perlu nampak lapisan lemak di perut. Kita mahu kurus kerana kita mahu memakai skinny jeans. Jujur pada diri sendiri. Matlamat untuk kita kurus bukan untuk sihat. Matlamat untuk kita kurus bukan untuk keyakinan diri. Semua ini adalah bullshit. Berhenti hipokrit!

Saya memang emosi. Kenapa mesti orang gemuk menjadi bahan ketawa? Kalau kita mengejek orang gemuk, orang gemuk akan berputus-asa. Dari situ, keyakinan mereka akan merudum. Dan bersembunyi dari menonjol di khalayak ramai. Kenapa mesti begini? Gemuk tak semestinya tak sihat! Ada orang gemuk yang staminanya mengalahkan orang kurus. Kenapa begini? Orang gemuk akan makan bila lapar. Kenapa makan? Sudah tentu untuk mendapatkan tenaga. Supaya boleh buat bermacam aktiviti. Orang kurus pula asyik sibuk nak menahan makan. Kita patut makan nasi untuk dapatkan tenaga. Tapi mereka makan sayur saja. Sudahnya, nak berjalan kaki 1KM pun tak larat. Macam mana? Jadi sangat tak relevan bila mengejek orang gemuk sedang diri sendiri yang konon kurus, langsung tak sihat! 

Hidup untuk sihat dan bahagia. Bukan untuk cantik dan menjadi kaya!

28 comments

Manusia tidak pernah ada rasa puas hati apa yg dimiliki...

Akak kategori big size @ gemuk..puaslah disindir itu ini...ada akak peduli? akak beli baju, kasut segala bagai dengan duit akak bukan duit dia orang..bila kita beli maju mahal, ada la suara kata alah ko pakai baju mahal pun tetap nampak tak mahal! habes tu ko ada baju macam aku...hehehe inilah jawapan akak..so far alhamdulillah masih dikurniakan Allah dengan kesihatan yang baik..ala setakat batuk2 tu biasa la kan..oh ya stetment itu bukan nak riak tapi itulah cara mengajar mereka cakap berhemah..

Kakcik TAHU kakcik gemuk, tapi kakcik selalu PERASAN kakcik kurus. Macamana tu? hehehe...

saya nak kurus utk kesihatan & kurus utk mencapai mengikut ketinggian sahaja...errmm...bukan utk fesyen..tidak tidak..

2/5/12

SEJAK BERHENTI MEROKOK NI, NAFSU MAKAN SAYA BESAR.. SAYA SEDAR BADAN SAYA SEDIKIT BERISI.. SAYA MEMANG RISAU.. SEKARANG DALAM USAHA UNTUK MENGURANGKAN SEMULA BERAT BADAN.. BERSENAM.. BERSENAM.. BERSENAM..

BADAN SAYA NI MEMANG SENANG TURUN NAIK.. KALAU SAYA TAK JAGA, ALAMAT NAIKLAH BERAT BADAN. SELEAS NAIK BIASANYA SAYA AKAN MULA BERSENAM DAN BERAT BADAN AKAN TURUN SEMULA..

nak kurus sebab selalu semput kalau berjalan~~

*true story~keh keh~

yes betol...sokong beratus2 peratus...hihi..

kak ita suka apa yg farah tulis...bagi kak ita gemuk ok aje..baju memang susah nak cari...tapi sekarang kak ita rasa nak turun kan berat badan nak sihat,farah..sekarang lutut sakit,dah seminggu ne kebas-kebas tangan....kak ita ada semua ...anak,suami dan kak ita sangat sayang kan mereka(mereka tak kesah pun kak ita gemuk)..memang dah gemuk daripada sekolah lagi......bila dah tua..badan tak larat dan letih sangat..so kena kuruskan juga....

2/5/12

BETULLaahhhhh!! saya setuju sgt2..dulu niat saya awal2 wktu belum insaf dan belum diuji mmg sbb nak pakai baju nmpk cantik..bla..bla..nk macam belum kawin bla..bla..tapi syukur Allah kasi ujian kat saya dan saya sedar itu..

NOW niat lebih pada nak SIHAT..sihat untuk terus dpt beribadat dan jadi khalifah Allah..

Kebanyakkan org yg kurus mesti tayang badan nk tnjuk dia sihat n kurus dan cantik...kurus tak smetinya sihat...Saya tak suka satu TAGLINE makanan tambahan yang juga MLM..siapa yg makan makanan dia adalah orang2 yg bijak..abis kita yang makan makanan seimbang dan tak pilih makanan dia tu tak bijak le ke?

Okay better stop before saya emo :(

2/5/12

Jujurnya, saya tak mahu jadi kurus, tapi saya mahu menjadi fit. Apa makna fit, fit itu bermakna saya punyai berat badan yg bersesuaian + ada muscle mass yang mampu memberi physical strength & stability kepada saya + stamina utk membuat apa apa aktiviti. Dan saya tak mahu lose weight, sebab yg saya mahukan ialah lose fat.

hehe skangnie mmg takder nak pikir2 diet dah fara..kalau kuruspun sbb tak sihat...minggu2 sebelumnie mmg tak sentuh nasik n tak mkn sgt sbb sakit.tapi minggunie sihat dah.makanpun selerajer..hikhik

Fara,
Sangat setuju! Kita selalu dok tengok model kurus melengkung dan rasa macam tu yang elok. Sebenarnya kurus bukan bebas dari penyakit. Yang penting adalah berat badan yang seimbang..

Tapi kalau dah ukur lilit pinggang dah lebih 85cm tu dah patut patut jaga makan..dan untuk buang lemak lemak tu bukan tak makan..tapi kena pandai pilih makan..

nak kurus sbb nak sihat disamping letih asik kena beli baju baru je yg semakin bertambah saiz X-nya... :(

120% agreed...tgk saja iklan2 product kecantikan..

no offense..tgk gmbr yg dibandingkan. semasa gemuk,pakai tshirt serebeh2 tudung mak itik je tapi bila dah kurus,pakai legging ketat mendat semua nmpk dan tudung semakin pendek.

sebenarnya keyakinan bkn pd saiz bdn.. org gemuk ke kurus semua boleh bergaya asal mahu dan keyakinan diri di dalam hati!

2/5/12

saya tidak gemuk cuma lalu makan sahaja. tanpa nasi saya akan cepat loya, mual dan menggigil kepala lutut, serba tak kena. tanpa nasi yg beri saya tenaga sebab kerja saya pack, badan saya senang masuk angin, senang kena sakit kepala. saya gemuk sebab makan nasi takpe janji saya sihat!

kenapa perlu menyeksa diri.. yang penting kita jaga pemakanan kita dengan baik.

sape taknak kurus kan? cuma bagaimana kita nak buat tepuk dada tanyalah hati..

hihi..takyah p hollywood, tgk je iklan kurus kat malaysia ni..masa gemuk pkai tdung elok2..dah kurus tudung pun terbang..apa matlamat kurus sbnrnya ntah la

org gemuk ni comel apa? gebu!

betul..yg penting kita sihat dan bahagia tak kira gemuk atau kurus..kadang saya pun tak paham dengan mentaliti org kita...yg kurus dipuji tapi yg gemuk dikeji..hurm.

iols sokong banget ngan entry uols ni beb...

betul, ada sorang kounselor pemakanan tu siap kata menyesal ajar tips sornag ank didik dia utk kurus, sbb dah slim terus dia seksi meksi... huhuuu

salam fara..acik tak boleh gemuk..nak kena kuruskan sikit..sebab tapak kaki tersangat la skit bila berdiri lama..doktor kata kena turunkan sikit berat badan.kalau tak nak makan ubat tahan sakit.

br terbaca entry ni..
good one!

Just remember this:

" Real Men go for Curves....Only dogs go for Bones' !!”

=P

3/5/12

setuju sngt2 ngan akk..
tanya diri kite nape nk kurus..
yakin ke kite akan terjaga maruah andai kata size kite mengecil..
atau lebih senang nak ber fashion..
thanks tuk ingatan ni kak..

saya suka berjalan. jalan dan jalan lagi. dan semsentinya saya bukan dalam kategori kurus. cuma sekarang ni takde org komplen kata saya gemuk je. syukur lah.

dulu masa sekolah selalu kene ejek - gemuk! gemuk! gemuk!

tapi tak semua. cuma segelintir budak yang suka cari gaduh. tapi sikit sebanyak terganggu gak emosi dan terbawak sampai ke tua ni. hu~

hahah kurus pakai seksi buat apa..biar gemuk asal tutup aurat..yana ni jenis yang payah naik berat badan..jadi gemuk sikit tu cita2 jugakla..hehe..takder istilah kurus lagi dalam hidup setakat ni sebab dah memang melidi..hoho

gemuk sedap pelok...

9/5/12

aku nak kurus sikit dr skrg..terutama ukuran lengan,perut dan peha..sbb sekarang susah nak cari baju.huhu

tp nak kurus dan sihat ;)

12/5/12

walau macmana pun saya memang nak kurus. Bukan sebab nak pakai kebaya/jeans bagai, tapi nak sesuaikan dgn ketinggian yg tak berapa nak tinggi..hehe

Catat Ulasan