10/04/12

cantik

Sudah banyak kali bos memuji saya cantik. Pertama kali bila dia memuji, saya menafikan. Apalah sangat wajah Fara? Biasa-biasa saja. Tapi bos berkeras. Tetap mahu kata saya cantik. Melihat kesungguhan dia, saya hanya mampu berterima kasih.

Kenapa perlu ada penafian dari kita bila kita sememangnya cantik? Apa alasan kita bila menangisi kejadian diri sendiri? Apalah sangat perut buncit? Apalah sangat pipi yang berjerawat? Apalah sangat peha yang menggerutu dengan selulit? Apalah sangat kulit kaki yang kering? Apalah sangat semua itu?

Saya tahu bos sebenarnya bermain psikologi dengan saya. Dia sudah lama tahu yang cantik itu perangsang kehidupan seseorang. Dan saya pula baru tahu, cantik itu sebenarnya penyeri kepada hari seseorang.

27 comments

10/4/12

wah..bagus bos itu...
takpe..kalau org cakap kita cantik just say thanks je...=)

10/4/12

be positive..ikhlas ke tak ikhlas dia memuji tu urusan hati dia..

tengok gambar fara yg blogger gathering tu mmg lawa orangnya.. entah bila nak jumpa secara live pulak..hehe..

bestnya dpt pujian :)..pujian mmg boleh buat kita gembiraa


moga dpt naikkan semangat fara utk buat keje

boss awak best lah!

Tiada yang hodoh pada ciptaan tuhan. Penciptaan yang Maha sempurna.

secantik adele ke wajah kamu?
mesti la cantik kan :)

10/4/12

saya suka! =D

memang kita selalu menafikan pujian seseorang itu dengan niat tak mahu riak .. cuba merendah diri...\

namun jika ada orang tu terlalu memuji dan pujiannya keterlaluan.. mungkin ada sesuatu disebaliknya.. =)

semua org cantik,
kita semua cantik,
akak cantik,
sy pun cantik! hahahahahaa


sy kerja dgn cmpny interior design kak fara..sy buat drawing utk perabot,wall panel n semua yg bkaitan la...lukis gitu2 je, xde la pro pun..pakai autocad n photoshop je pong.. =)

Cantik suatu yg subjektif... ada org kata tak cantik tapi kita kata cantik. Tapi kalau tengok Aydin yg comel tu kakak rasa Fara memang cantik - tinggi lampai lagi best kan kurniaan Allah...

assalam fara...acik pun kerap menafikan ..sebab agaknya dah terbiasa..masa kecik sampai dah sekolah menegah orang tua2 dikampung acik selalu kata..ingat cantiklah tu..dahi jendul la..kulit hitam la..jadi dah bertahun2 dengar dah tertanam dalam hati..rasa rendah diri kan..susah nak terima kalau ada orang kata cantik ..mesti teringat apa yang orang2 tu kata dulu.

Tanpa Nama
10/4/12

aku tak heran pulak. tiap-tiap hari makcik cleaner kat ofis aku puji aku hensem, dan nak offer jadi menantu. tapi aku rilek je dan jawab dengan tenang, "makcik deal dengan adele saya..."

..kita boleh tahu sama ada puji-pujian itu berbau ikhlas atau bersembunyi keji di sebaliknya kan...tapi kalau untuk motivasi diri...wajar diterima kata2 itu...mari kita berprasangka baik..:)

alhamdulilah anugerah ALLAH...bersyukur...

10/4/12

org kita berbudi bhs..penah tak ko puji org 'eh cantik baju ko' dia akan jawab 'baju murah je' sdgkan kita cakap cantik..bukan tanya baju murah ke mahal :)

10/4/12

tapi mommy cantik orangnya~~serius~

10/4/12

Cantik tu subjektif..kadang-kadang..kita nampak org tu cantik..org lain pulak nampak tak cantik..tapi wanita perlulah sentiasa cantik..walaupun org nampak tak cantik..biar cantik di hati sendiri..untuk selfconfident..

=)
semua wanita cantik..:)

fara cantik apa..tak perlu nak tepek mekap tebal2kan pun dah nnpk cantik...

sapa tak suka dipuji cantikkan kalau kakain pun suka sebenarnya..hahaha walaupun tak ada sapa nak puji pun..

mmg pun bila sesorang tu memuji tak kira la dari segi apa pun secara tak langsung boleh buat sesorang tu ceriakan...rasanya lelaki ke perempuan semuanya suka dipuji..adakah benarrr...

Saya suka tengok orang yang cantik, cantik ni bukan ada pada orang je, teruatama perempuan kan. Tapi sy tak akan mengutuk orang yang hodoh. Bersikap adil.

10/4/12

kito semuo cantek...:)

10/4/12

semua org cantik kak

semuanya datang dari dalam....

teringin nak tgk wajjah yg cantik tu....

10/4/12

Fara,

Maaf Marya nak tnya... Bos awak tu lelaki ke pompuan...ops :X hehee gurau tau*

Kita semua cantik2 belaka... Siapa berani menghina kejadian ciptaan Allah??

jarang kena puji ngan bos=)alhamdulillah cantik dalam n luar lagi bagusss=)

Semua ciptaan allah adalah cantik, tapi fara memang cantik ☺☺

dia puji ikhlas tu fara, tapi biasalah kot kita dah set dalam otak kita, bila orang puji kita rasa orang tu ada tujuan tertentu. Ni ikhlas cik ina kata ko cantik.

12/4/12

Saya suka tengok sesuatu yang cantik. Serenok juga bila dipuji cantik. tapi kita jgn riak dgn pujian itu. jadikan sbgai satu motivasi dlm kehidupan.

Catat Ulasan