5/04/12

kampung terbakar, nampak asap...hati terbakar, siapa yang tahu?

Sebenarnya, hati saya tersentuh dengan komen kawan-kawan semalam. Jutaan terima kasih buat kamu semua. Saya sangat-sangat menghargainya.

Tapi pagi ini, semangat saya jadi membara kerana beberapa peristiwa. Bukan membara kerana teruja dengan Khamis. Tapi membara kerana kesabaran saya tercabar oleh beberapa ketul penunggang motosikal yang otaknya terletak di kepala lutut.

Bayangkan bila kita sudah berada dalam kedudukan yang betul. Lane yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya taklah sebodoh Pandir untuk memecut laju di kawasan yang agak ramai dengan orang. Kebetulan di luar kawasan rumah, ada pasar pagi. Jadi, sangat tak relevan kalau kita nak memecut kereta atau merempit motosikal seperti kita berada di dalam kawasan trek. Tapi dalam ketenangan saya memandu kereta hingga tiba di simpang tiga, tiba-tiba sebuah motosikal terus membelok masuk ke jalan saya. Sudahlah si penunggangnya budak sekolah beruniform. Bonus, tanpa topi keledar! Entah ada lesen atau tidak. Tunggang motosikal macam pelesit. Istighfarlah wahai saya! Kalaulah kami berlanggaran,  satu karangan saya nak ceramahkan pada dia; Kau dah langgar kereta aku, mak bapak kau wajib bayar ganti-rugi. Kau dah bawak motor dgn takde helmet, entah lesen ada ke tak lepas tu kau terus main masuk simpang macam jalan nie bapak kau punya, mak bapak kau dah tentu-tentu wajib bayar saman. Agak-agak kau, mak bapak kau mampu nak menanggung semua tu tak? Kalau rasa diri tu bukan anak orang kaya, tolonglah jangan jadi bodoh sebodoh bodohnya! 

Lagi satu hal. Dah tahu LDP sesak dan jalan kian sempit, yang kau nak menyelit juga buat apa? Tak pasal-pasal Harimau Kumbang aku cedera. Aduh! Tolonglah pergunakan akal yang ada itu sebaik mungkin!? Kenapa? Kenapa? Kenapa sengaja hendak memperbodohkan diri dengan benda remeh tapi menyusahkan orang? Arghh!

P/S - Adrenalin saya memuncak pada jam 7:45 pagi tadi.

30 comments

Hal selit-menyelit nie Fara kakak kena minggu lepas. Dah tahu jalan sempit boleh dia menyelit hingga side mirror kiri kakak terpeleot. Nak betulkan kereta bersusun dibelakang, sampai tempat lapang baru kakak berhenti tepi - nasib tak pecah. Tapi marahnya kakak hingga kakak hon kuat-kuat mesti org kata "perempuan ini dah marah sangat"

Itu bab budak sekolah. Bab bapak budak sekolah pun satu hal, bawa motor dahlah menyelit2, boleh hon2 lagi pada kereta yang dah 'tak tahu nak ke tepi mana lagi'. Bila dah bergesel, dia pulak yang memaki2. :(

Salam kenal.. hati terbakar, nampaknya sendiri je la kena tahan panasnya, betul tak... sabar je lah kan... Kadang2, kita aje yang berhati2.. orang lain buat takkisah... panas... panas.. ogyep pulak dah panas ni..

sabar mommy~~

*saya kalau terbakar kat hati orang tau~~sebab muka saya merah~keh keh~

Tajuk..bkn main lg. mcm karam singh walia!

*akak saya penah kena langgar dgn bdk takde lesen. sbb takmo kena report polis, dia jnji nk byr. lps tu dia byr sebahagian je, terus senyap. berbakul la akak saya bebel kt sms bdk tu.

Tanpa Nama
5/4/12

pernah satu ketika, aku alami perkara hampir sama (tapi aku belalang tempur). kena sound dengan budak baju sekolah, `pakcik nak mati ke?'. belum sempat aku angkat penumbuk, dia dah pecut. p&#@^%k betul!

Oh tidak!tapi syukur kamu tak ape ape kwn ku..

5/4/12

memandu di Malaysia memang stress. Sekian.

Cabaran memandu ☺☺

Saya pernah kena. Jalan sesak dan sempit pon nak menyelit gak, kena side mirror...nasib cermin tak pecah. Memang geram.

Haiih kalau cam tu memang payahlah, ni jenis manusia yang tak boleh fikir la ni kan..

berasap la telinga kak fara pagi ni? =)

5/4/12

mengerikan la kes-kes macam ni. berhati-hatilah wahai penunggang motorsikal sekalian

pesen tak reti bergilir masa nak keluar susur ni pun satu hal jugak boleh bikin hangin kan. seboleh mungkin nak himpit tak bagi jalan. takut lambat sampai katanya. huh!

5/4/12

wow gua tertarik dengan tajuk lu fara...hahaa betol..hati terbakar sapa tahu..berasap je telinga

Sabar jelah kan kalo jmpa rider mcm tu. Hana pun kadang2 alami benda yg sama. Maklumlah keje kat salah sebuah universiti, then mahasiswa sekarang "cukup sopan" baik bawak motor, apatah lagi kereta yg lg mewah dr kita. Mentang2lah dia studentkan, asyik kuang ajar je, xhormat langsung kat staf. Geram plak rasanya. Kalo berlaku sesuatu, memang bg ceramah on the spot adalah jalan yg terbaik.

Teruk ke fara? Mslh dgn pemandu kenderaan ni boleh buat kita stress. Lg cuaca panas, jem, nk cepat ada hal pulak. Akk selalu pesan kt abg, ngucap selalu bw keta tu, kita ok org buat hal. Sabar je fara...

keta nama HARIMAU KUMBANG erk???

cool down bebeh...kalau saya pun nak angin tau

tulah kadang kecuaian orglain menyusahkan kita plak..bis dah harimau kumbang kurang mengaum.rupanya cedera=(

tadi jam 10pg ayu bergegas ke bandar. beli keperluan kedai..

bila keseorangan.. mulalah panas hati, sebiji ala2 kes fara

sakitnya jiwa..

ayu ingat nak copy ayat fara..
harap fara izinkan..
ayu nak bagi pada pemandu motosikal yang tak faham bahasa dan tatasusila


PS: lagi bertambah kasihan bila fara kn bayar rm3.50, untuk sayur dan nasi sahaja

walhal di kedai ayu hanya rm 1.80

salam singgah....lama tak jengah...nasib baik fara..kekadang bila kita bawa keta..kita pulak yg kena berhati-hati dengan motor ne...dia org main redah aje....

x taulah eh kenapa kt mesia pemandunya berubah watak bila kat jalan raya..


mungkin budak tu lambat nak gi sekolah x hikhik

aduyai, mmg mencabar klu tersaing jalan dgn hantu2 tu....

dan klu jadi apa2 confirm mak pak yg kena tempias malu kan....huhuuuu

kadang2 kelakuan mereka ni saja
dah buat kita di serang sakit jantung

harimau kumbang kena tahan hospital ke?

i feel u...

terbakar hati berasap sendiri...

budak2 ni tk kira bndar or kampung,gitu jugak la perangai...kita yg seram...

sabar yerk

ada nyawa spare di rumah..tu yg tak takut...kalau nak menyelit pun gunalah otak yg di kepala bukan yg di kepala lutut..kalau agak2 tak boleh lepas tunggu lah dulu..

waduh..masa saya kje kl perkara mcm nie mmg biasa berlaku..

perasaan hanya Allah SWT sahaja yang tahu kan..

semoga mak bapak mereka tahu dan ambil tahu akan anak2 mrk huhuhhh

tu namanya pemandu malaysia hebat. antara yg 'terbaik' dan 'terbagus' disiplin nya di dunia.

Catat Ulasan