Agak kerap juga mama Aydin mengadu kepada saya tentang kenakalan dia. Nakal biasa mungkin boleh diterima. Tapi Aydin suka membuli kawan-kawan dia. Adakala dia memukul. Adakala dia menggigit. Entah apa yang digeramkan sangat, saya pun tak tahu.
Semalam, dia menggigit tangan kawan yang umurnya 2 tahun tua dari dia. Kawannya menangis dan bila pulang ke rumah, dia mengadu pada ibunya, "Aydin gigit,". Bukan mama Aydin tak marah. Tapi bila dimarah, Aydin akan menangis seperti kena pukul. Dan kemudian berlari peluk ke arah anak perempuan mamanya yang dipanggil kakak.
Semua yang saya ceritakan di atas itu adalah hasil dari cerita mama Aydin pagi tadi. Saya jadi kelu. Fikiran saya jadi buntu. Kenapa saya hendak salahkan Aydin? Dia baru berusia 2 tahun. Aydin adalah anak syurga. Selagi dia belum akil baligh, Allah sudah janjikan syurga untuk dia. Dan kenapa pula saya hendak salahkan mama Aydin? Mama Aydin cukup sayang dan menjaga Aydin dengan baik. Dalam kepala otak saya terus terkenangkan kami. Saya dan suami. Berulangkali.
Sedikit sebanyak semangat saya jadi merudum. Saya salahkan diri sendiri. Ada sesuatu yang tak kena pada kami. Cara didikan kami. Cara mengajar kami. Mungkin Aydin tak suka. Hasilnya, dia memberontak dengan membuli kawan-kawannya. Kasihan Aydin.
Saya kena bangkit. Kenapa saya perlu down dengan dugaan sebegini? Mempunyai anak yang lasak dan aktif sebenarnya bukanlah satu beban. Tapi satu keistimewaan. Kami kena berusaha. Kami kena rajin melayan apa kehendak dia. Mungkin dia mahu ditemani. Mungkin dia kebosanan. Mungkin dia mahu dilayani. Dan kami perlu belajar. Bagaimana mengajar anak dengan lembut tetapi penuh ketegasan.
Kawan-kawan, ada pengalaman sebegini? Bagaimana kamu mendidik dan memupuk anak dengan rasa kasih dan sayang tetapi berteraskan ketegasan? Kongsilah dengan saya. Boleh saya jadikan panduan.
39 comments
mendidik anak memang perlukan kesabaran yang tinggi
aydin baru berusia 2 tahun..apa sangat yang dia faham kan..
pepun...insyaallah akak boleh hadapi situasi ni...cheqna nak cakap lebih2 x berani gak sebab lum ada pengalaman ngan anak sendiri..=)
salam dari Saigon.
memang banyak uncle nak kongsi tapi masa tak mengizinkan .. sebab sekarang nak minum pagi dan kemudian nak pergi city tour.
lain kali kalau ada masa uncle tulis .. insyallah.
anak2 adalah amanah dan anugerah Allah walau apapun pembawaan mereka.
Zarif pun lasak jugak. Biasalah anak laki kan fara. Infact sampai sekarang saya pun kerap bebel dan marah2 dia kalau ada buat salah. Makin meningkat besar makin banyak perangai dan karenah dia. Tapi saya more to psikologi. Minggu ni dia menunjukkan perubahan sangat ketara. Saya percaya dia perlukan perhatian dan kata2 yang baik dari ibu dan bapa. Jadi selalu cakap lembut2 kat anak2 dan belai dan bagi kata2 positif..Tapi rahsia saya selalu memang pada psikologi dan kata2 positif..Besarkan anak zaman sekarang memang sangat mencabar fara.
saya pun ada pengamalan begini...si irfan tu pun sangat lasak...kadang tak mendengar kata...
tapi so far lum pernah dengar komplem dari ticer di taska yang dia geget or pukul orang...
bersabarlah...kadang bukan salah didikan...tapi kanak2 cepat terpengaruh dengan faktor persekitaran
Jujur kata saya adalah ibu yg sgt sgt garang dlm mendidik anak...
sekiranya anak start menggigit org saya akan jentik mulut dia kalau tak jalan saya paksa dia gigit halia atau tgn dia sendiri supaya dia tahu apa itu erti sakit...
Alhamdulillah selepas usia 2 thn mereka tidak berani mengigit atau memukul sesiapa tetapi yg malang nyer mereka menjadi mangsa gigit bdk lain sehingga berdarah & luka..
hurrmm...
tulahkan fara..budak2nie kena belai kena manja tapi dalam pada itu kenalah tegas tapi bukan marah atau maki..mungkin saya sikologi lebih berkesan.bercakap meningatkan dia bahawa perbuatan memukul tidak bagus kerana akan menyakiti org lain.katakan jer berulang kali.biar dia jemu dengar=)kalau ada cerita2 telada dr buku2 ynag ada gambar2 bolehlah dibacakan.
amalan2 mcm bercakap masa dia tidorpun boleh n membaca/mencari surah2 yang bleh diamalkan supaya hati dia lembut.mudah2 an.mmg susah n byk dugaan dlm mendidik anak.nak2 bila dia meningkat umurnya.mcm2 dia nak rasa/tahu
kalau aku, biarkan je. aku nak anak aku jadi `abang besar' bila masuk sekolah nanti walaupun umurnya lebih muda daripada budak lain. bukan sebagai bahan buli.
maaf kak fara...sy xlayak lg nk bg nasihat, xpernah ada pengalaman jaga anak sndri @ anak orang..klau anak2 buah yg gegirl sng nak bentuk, tp yg boboy lebih kurang mcm aydin jugak..jgn kata tgn, kepala org pun dia gigit..
Kalau melihat situsai hari ini kakak lebih suka anak yg lasak dari yg 'lembik'. Ramai anak kawan kita yg kena buli kawan yg nakal.
Usia 2 tahun belum boleh menilai Fara. Kalau tak ada sebab tak mungkin Aydin akan menggigit. Ini tindakan spontan bila dia rasa tergugat/diganggu (budak yg cerdiklah) kalau budak kurang sikit cerdiknya mungkin menangis tak tahu membalas.
So.. pada kakak tak ada silap mana cuma mama yg jaga kena pantaulah agar Aydin tak membuli tanpa sebab.
Dalam majalah solusi yang kakcik 'iklan'kan di blog kakcik sebelum ini, ada panduan tentang anak yang panas baran. Mungkin sedikit sebanyak Fara boleh mencari panduan dari artikel itu.
Kakcik faham Aydin bukan panas baran, tapi agak lasak. Anak buah kakcik yang berusia 4 tahun pun lasak bukan main. Dalam kasih dan sayang, kakcik tetap bertegas dengannya. Tidak bermakna tidak.
Salam..
Kadangkala, bukan sebab salah tunjuk ajar/didikan...tapi mungkin anak anak memang mengalami simptom2 awal chlid psychiatry disorder..the most common are ADHD & autism...I am not saying your son having those symptoms, since saya pun tak kenal anak u..but, as a parents, u have to identify the symptoms, early. Just google about it...read..sometimes, anak anak ni just purely 'nakal'..that's all..:) Apa2 tak faham, boleh tanya saya..
saya rasa dia perlukan perhatian..anak buat ssuatu yang mcabar kita kerana perlukan perhatian..nk salahkan kita ibu bapa pun tak leh juga sbb kita rasa dah ksi tbaik tuk anak2..
tapi apa kata u cuba ckp baik2 ngan dia..klu gigit org akan luka..sakit..kalau my mom dia akan gigit tangan si anak tu then tanya sakit tak? camtu le org yg sakit klu digigit..tapi i takut lak si aydin suka u gigit dia n nak digigit balik sbb mcm anak my friend dia suka n nk digigit lagi hahahahaha...
btw u pujuk dia ngan kata-kata smgat..dia anak yg baik..tak gigit org laaaagi lah baik..n time dia baru nk tido u bisik kt telinga dia..aydin anak yg baik..anak dengar kata..smua org syg..mama dan papa pun sayang..tapi klu tak gigit org laaagi le sayang ;)
eh tpnjg lak hahaha
salam,
saya rasa saya hadapi masalah / dilema yang sama, sampai runsing saya fikirkan dimana salah saya atau suami sehingga anak jadi mcm tu (tak dengar cakap, pukul adik, macam2 lagi, sampai kadang tu hilang sabar juga). anak saya 3 tahun lebih.
cuba cara psikologi, sekejap je dia ingat, lepas tu buat semula, malah berganda-ganda.....
memang kita perlu sabar banyak2, budak masih tak faham lagi,yang sebenarnya dia mahukan perhatian kita, mahu selalu ditunjuk yang kita sayang dia...
ada anak yang kita "gempaq" takut dan ikut arah . Ada anak lagi di"gempaq" lagi dia tak heran.
Jadi itu kena tukar cara . CA ada anak lelaki yang punya dua watak berbeza . Si abang perlu diberi amaran tegas.... dia akan ikut. Si adik perlu dicakap lembut dan digosok2 baru mau ikut. Kalau dimarah ....dia akan memberontak ...
fara..
anak no2 aku lelaki..dia jarang buat orang tapi dia juga sgt lasak (smpi sekarang) cuma lasak dia dah kurang sikit bila dah mula skolah..
maaf,mungkin juga dia takde kawan kat rumah.anak aku sejak dapat adik ni nampak lebih bertolak ansur dan prihatin :)
sya pun tak pandai nak beri pandangan, memang kadang kita rasa macam kita ni sangat merundum, tak pandai jaga anak bila anak anak terlebih akalnya
sedang menati komen komen yang boleh di kongsi bersama
kita semua sedang belajar untuk menjadi ibu dan ayah dalam mendidik dan membentuk anak anak
kalau melibatkan anak anak, hati mudah tersentuh dgn berbagai bagai rasa kan?
Saya blm ada anak..tak tau nk kata. tapi..
Mungkin fara boleh lebihkan masa main2 dgn dia. Smbil2 tu boleh selitkn yg gigit org tu menyakitkan. jgn marah2 sbb dia mmg blm mumayiz..blm boleh bezakn antara yg salah dgn yg betul.
bila baca komen kakcik.
kak ayu rasa fara boleh beli majalah tu..
tapi kalau ikut pengalaman ayu menjaga umai...
ayu amalkan surah2 semasa umai tidur malam...
ayu hembus ke belakang cupingnya, pangkal leher....
dengan surah2 yang ayu tahu seperti ayat ikhlas, fatihah berulang2 kali
syukur, masuk 3 tahun umai kurang lasak... dah boleh molek2 kelakuannya
tapi.. kalau ikutkan budak lelaki mmg normal lasak, cuma ambil sedikit masa sedikit...
lama2 insyallah okey
kalau nak air penawar, beli air syifa y jual2 di kedai jamu..
tak pun, pernah dengar pil examo, atau apa2 ubat terang hati...
insyallah.....
anak2 sekarang mmg kebanyakkannya cmtu kak.cabaran utk kita sbg ibu bapa ni.kdg2 mmg stress jugak tp kita kena jugak usaha demi anak2 kita.budak2 skang suka kan psikologi.dorang tak suka kena marah sgt kan.cuba akak cari doa2 utk melembutkan hati anak2...dan ratu pernah jugak terbaca...air lebihan kita amik wuduk tu boleh mandikan anak2...cuba akak cari utk keterangan lebih detail...
budak2 mmg macam tu.. tapi ibubapa perlu tegas dalam lembut. Biasanya akak akan 'marah' anak dgn merenung mata mereka dan luahkan apa yg patut & tak patut dibuat. Bila dia faham dan janji akan ubah, peluk dia & katakan yg kita marah sbb kita sayangkan dia...
Susah kan Fara nak melentur anak dari kecil. Abg Aziz tak lasak, cuma ligat/aktif bermain dan mulut agak becok masa kecil. Penakut dgn budak kecil pun nangis hingga skrg selalu jd mangsa buli kwn2. Tapi kak zana tak pernah suruh dia balas balik/berdendam. Cuba Fara ajar Aydin dgn cara meminta maaf pada org yg dia buat salah, katakan kalau Aydin selalu mcm ni, takde org yg akan sayangkan Aydin, takde org nak kwn. Tektik itu yg akak guna pd anak dan kwn2 dia bila bergaduh. Nak tanya juga, mama yg jaga Aydin tu garang tak orgnya? Fara kena prihatin juga, mungkin Aydin taktau cara nak protes maka dia menggigit.
anak llki mmang macam tu kot
yg akak nampak perbezaan anak llki dgn anak ppn,.. anak akak yg pompua kuat mengadu, sikit2 dia terus mengadu, anak llki pulak lebih pada fizikal, x banyak cakap tp tangan laju, salah sikit jer terus baling apa2 le yg ada kat tangan, balik dr rumah pengasuh, sama ada dahi dia lebam kene baling mainan atau dia yg membaling kawan lain (aduan sikakak).. so pada akak tu semua perkara biasa dalam waktu tumbesaran kanak2 kot, yg lelaki memang agak menonjol dr segi fizikal berbanding perempuan...tp akak sayang semuanya lebih dr segala2nya kat dunia ni..
papa mifz tak layak lagi bagi nasihat bab2 nih...harap mereka2 yg lebih otai dapek bagi nasihat or pandangan...:)
saya pernah jugak ada masalah begini bila penjaga di nursery bgtau yg aqil menggigit.. in time memang akan berenti sendiri..sbb sekarang aqil dah tak menggigit.. adik dia atiqah pulak..(atiqah lebih kurang sebaya aydin rasanya.. bulan 6 ni cukup 2 tahun)
apa yang saya boleh nasihatkan adalah..setiap kali kalau nampak dia menggigit bagi time out.. bagitau yg menggigit tu menyebabkan sakit..biasanya aksi pukul memukul tak berkesan dan mungkin akan memburukkan keadaan sbb dia akan lebih memberontak..
jgn putus asa bagi nasihat.. saya pun tak pasti apa puncanya..tapi masa aqil umur 2 tahun pun ada masalah ni..mungkin gigi dia gatai kot naaa...hehehe...
saya tumpang baca komen ye mommy~~sebab anak saya pun lebih kurang gak~~sabar ye~~
reverse psychology!
oh aydin panggil pengasuh dia mama yer?
sy punya komen lebih kurang cam daddy ziyad..
tp adala sorang kwn sy tu anak dia jenis camni gak..dia kasik sembur perfume aura..nampak oklah kata dia..sy xla percaya sgt tp bolehla kot nk try
oh ya..kalau ikut pengalaman sy lak..risya kan suka mengamuk bangun pagi nak sekolah masa mula-mula nak sekolah dulu
emm sy baca ya latiff setiap kali nak kejut dia bangun sejak tu dia dh ok..bangun x ngamuk dah
yana pun tak tahu nak komen apa..tak ada pengalaman lagi..tapi kalau ikut anak2 buah tu time dia buat buat perangai bila dia tak dapat sesuatu n tak dapat dipujuk dengan baik..lagipun Aydin masih kecik..K.Fara n suami tak perlu rasa bersalah kot..
ANAK SAYA 4 TAHUN DI TASKA PUN BEGITU JUGA. ANGIN SATU BADAN.. CIKGU KOMEN DIA SUKA PUKUL KAWANNYA, KAWAN2 YANG LAIN PUN DIA MARAH.. SAYA CUBA SENTIASA MENASIHATKAN DIA SUPAYA JANGAN ANGIN2 SANGAT..
Fara hal cam ni tak tahu cik ina nak ajar, apa yang cik ina tau ye semuanya kena datang dari hati fara sendiri sebab ibu lebih memahami hati anak sendiri setiap kali Aydin tidur kalau boleh fara bisikkan kat telinga dia yang fara sayang kan dia,usap-usap ubun kepala dia. Fara kena kerap bercakap ngan dia nak tegur dia pun kena berhemah. Entahlah fara, cik ina cuma bagitau apa yang selalu cik ina lakukan , tapi ingat semua tu kena datang dari hati kita. Aydin budak kecik dia masih rebung boleh lentur lagi tu.
harap Aydin baca entry ni....
:)
harap Aydin baca entry ni....
:)
Biasa la anak2 umo mcm tu mmg sedang lasak pastu ckp dia jer yg betulnya...sesukahati dia jer nk buat apa pun.. Tapi bila dah besar sikit dia akan berubah...
sori fara, sy ank lelaki ni kurang sket...ank sndiri pompuan dan yg mamadiana jaga pun pompuan semua, sy nak tpg baca utk dpt ilmu kat sini...cuma rasanya fara kena tambah sorang lagi...keh 28x.
Komen2 yg byk memberi panduan ☺☺
Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Memang ia sukar dan meletihkan. Kalau tidak kerana limpahan naluri kasih sayang yang Allah semai di hati si ibu dan si ayah, mungkin tiada ibu dan bapa yang sedia menjaga dan mendidik anak.
Kanak2 seusia aydin masih di fasa nak meneroka. Budak nakal biasanya seorang yg bijak. Cuma kita kena byk gunakan psychology.
Erm..Hana xde anak lg tp suka dgr cite kakak2 opis yg berpengalaman dlm mendidik anak2. I think one of the best way adalah slow talk dgn anak, why the act like that. Mungkin ada sesuatu yg buat dia terganggu or terancam. Bila dh berusaha, tawakal je pada Allah. Lagipun org ckp, kanak2 bla kecik2 nakal, dh besar kurang nakalnya. Wallahuallam.
kak ita pun sama si kakak diana..sampai sekarang ..buntu dah...
Masa sya kecik dulu, selalu adik laki saya gigit kat tangan. Bengang sungguh la. Tapi bila dah besar, kami jadi adik beradik yg rapat