Bila saya belek-belek suratkhabar Metro, saya tertarik dengan tajuk berita Hadapi Risiko Hilang Upaya. Tangannya luka kerana kemalangan kecil. Malang, Hospital Putrajaya acuh tak acuh ketika merawat tangannya. Sudahnya, tangan kirinya mengalami masalah yang tak dinyatakan.
Tiba-tiba saya teringat tragedi yang menimpa sepupu saya sendiri. Kemalangan motosikal bersama rakannya. Kemudian bergegas dibawa ke Hospital Sungai Buloh. Dari petang bawa ke dinihari, baru sakitnya dilayani. Tapi sudah terlambat. Tangan yang boleh dirawat awal, akhirnya terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman. Apa yang susahnya, mereka berdua tiada lesen memandu. Masih mentah. Masih budak sekolah.
Bayangkan, anak yang sedang membesar dengan cukup sifat dan sihat. Tiba-tiba hilang upaya sekelip mata. Bagaimana penerimaan sepupu saya sendiri? Kemurungan. Stress. Tekanan. Sedih. Saya sendiri sedih bila melihatnya.
Dah terlambat untuk menyalahkan sesiapa. Semuanya ketentuan Allah SWT. Tapi itulah, berat mata memandang. Berat lagi bahu yang memikul.
31 comments
Takdirnya begitu. Tapi Allah tidak menuruh kita berserah pada takdir semata2, kan?
Ada yang menggunakan perkataan TAKDIR semata2 untuk menutup kelemahan mereka... :(
lembab dan malas
tu lah cara depa bekerja
salam fara..memang kerap kita baca dan dengar kkan..tapi mana lagi kita nak pergi kalau hukan hospital kerajaan.
kadang2 bila berlaku kecuaian begini...yang sepatutnya boleh dipulihkan, jadi rosak binasa...banyak dah kes kita dengar hospital pilih bulu untuk rawat pesakit...
Dugaan yg tak mampu ditelan sepanjang hayat kerana org lain...Allah....besar sungguh dugaan Nya..
Sebab itulah Fara... bukan tak mahu berjimat tapi dek banyak kes lewat mendapat rawatan itulah membuat kita tak sanggup menanti walau kos melibatkn berganda-ganda...
Sedih bila ada kes berulang-ulang sama...
banyak kes sebegini...dan kesian pada yang jadi mangsa....memang tak patut....
bagi aku tiada kes yang tidak urgent semua urgent kalau di hospital...nyawa dan anggota badan jangan buat main...
Suami saya adalah Hilang Upaya Tidak Kekal dan kami berdua sedang menghadapi risiko tersebut
iye....
nak keluarkan dwet KWSP, akibat hilang upaya....isssyyy susah bebeno. Lambat plak tu.
...akhirnya rawatan segera yang diperlukan terpaksa dilupakan. Allah maha adil kan!!!
Sedihkan kalau jadik macam tu..tapi itulah yang biasa terjadi di sini..
kerana sminit pun segalanya boleh hancur..
cuai!!
tak tau nk komen sbb byk blaku sbenarnya :(
Aduihhhh.
saya juga pernah mendapatkan perhidmatan di kedua2 hospital ini,dan kedua2nya menberikan perhidmatan yg mengecewakan. perhidmatan tak segah namanya.
setuju fara..berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. memang dah ketentuan ilahi..tapi sebagai manusia kadang2 tak terlepas dari berfikiran "kalau".. kalau lah mereka melakukan kerja dgn lebih bertanggungjawab..
ya allah..lindungilah..anak anak dan keluargaku dari menjadi mangsa kecuaian yang begini..
dah byk sgt komplen pasal servis hosp krjaan. yg mana saman pun saman dh tp dok ada bunyi2 lg...
kalau kena kat batang idung sndri / anak/adik baru la tau apa rasa..
mmg rasa sgt kesal bila hal gini jadi. bkn tak terima takdir tuhan, tapi ada takdir yg boleh berubah dgn usaha manusia.
aku penah tgk dokumentari..kat oversea la kisahnya..kalau kisah kemalangan ni diorang cube selamatkan secepat yg mungkin.tp maaf cakap,kalau kemalangan kat negara kita ni..ramai yg tukang tengok je tp tak ambik apa2 action..takut kot.
eh aku pun sama la..kalau tetiba ada org pengsan nak buat cpr pun aku dha lupa w,pun dah penah attend course cpr.huhu
@kakcik
Tuh yg sedihnye...
@miloais milo
Tp, HSNZ kat Ganu tu keje mrk efisien. Dan of cos, HKL. Sg Buloh ngan Putrajaya, sy tatau mcm ne...
@Acik Erna
Sy jadi sedih dgn komen Acik nie. Sbb kami antara yg takde pilihan. Spital mane lagi harus kami tuju klu bkn govt?
=(
@Lady Windsor
Yg nie sy tak nafikan kak. Mmg ada.
@:: Mrs.Eady ::
Betul. Tapi mgkn ade hikmah di sebalik yg berlaku. Hrp semuanya ok.
@Kakzakie
Tapi saudara sy mmg tak mampu nak mengambil risiko utk ke spital swasta. Serius tak mampu.
=(
@jedi
Betul. Semuanya urgent. Tp govt spital lack of staff. Tuh yg lemahnya.
bilalah hosp.gov nak upgrade dan berintegriti..hurm..
sedih....
sepatutnya banda yang melibatkan kes macam ni, pihak kospital kene ambil pengajaran.
Sedih kan..saya sendiri yg pernah bertugas di hospital kerajaan, tak faham kenapa negara kita masih sebegini..kekurangan doktor ya, satu sebab ( kurang doktor pun sebab ramai doktor cabut lari tak tahan karenah birokrasi, bukan semata mata faktor kewangan), kekurangan dari segi method/sistem itu sendiri, pun satu hal..
lambat baca kisah ni tapi nak respon juga
tahun lepas.. ex student, p klinik swasta, suspek denggi, p hospital demam ok,.. balik rumah.. esoknya p naik motor nak lawat kawan accident, bertembung ngan kereta, boleh bangun lagi.. balik rumah, malam ngadu sakit dan nak tido ngan abah,.. pkl 4 pagi badan macam luar biasa, bawa p hospital dah tak ada... pokok pangkal salah siapa?? mungkin ajalnya dah sampai kan...
memang mcm tu lah hospital ne kan..acu tak acu aje..yg menjadi mangsa yg susah...kalu kita ne kaya tak ingin nak gi hospital ne kan..
Takdir Allah mmg tiada siapa boleh menghalang tp kecuaian manusia boleh dielakkan... Kesiannya... Takut pulak klau jd pd kite & org terdekat... mau kena bakor hospital tu...hiks..
sedihnya dengan cerita sepupu kamu tu...