Katakan saya adalah seorang perempuan yang masih belum terbuka hijab untuk menutup aurat dengan sempurna. Aurat saya terdedah dari hujung rambut ke hujung kaki. Bila dipandang lelaki ajnabi, ia bagaikan satu kenikmatan duniawi. Dan bila dipandang perempuan yang tidak dikenali, ia bagaikan satu penyeksaan yang membawa kepada umpatan keji.
Katakan kamu (Ya! Kamu yang sedang membaca) tergaru hati untuk mengajak saya kembali ke jalan Allah. Malangnya, niat kamu tidak direstui suami atau isteri atau ibu atau ayah atau orang terdekat dalam hidup kamu sendiri. Bila mana jika kamu meneruskan niat, pasti akan mengganggu kesejahteraan perhubungan sesama sendiri. Sedangkan jika kamu berdiam diri, kamu akan terus-menerus mengumpat dan mengeji (setiap kali terpandang lurah di dada). Manusia itu tidak sempurna, kan? Saya manusia, kamu manusia dan kita semua manusia. Jika tidak kamu yang mengumpat, bagaimana dengan orang di luar sana?
Jadi bagaimana? Apakah kita patut ada sikap; Aku patut cermin diri dulu sebelum nak menegur orang? atau Bila lagi aku mahu jalankan tanggungjawab aku untuk bimbing-membimbing walaupun aku tidak sempurna?. Tetapi bagaimana untuk melaksanakan tanggungjawab kita tanpa perlu tercetusnya sebarang konflik yang memudaratkan? Bagaimana?
Kawan-kawan, apa yang terlintas dalam hati kamu? Saya mahu tahu.
29 comments
situasi yg sgt susah..
ada yg nak berjihab tetapi suami tak menggemari nyer..ade ibu bapa yg moden tidak menggalakkan anak berjihab kerana dikatakan kuno & kekampungan...
jadi disini terletak pada diri sendiri,hati,niat & jati diri yg kuat utk berazam melakukan nyer walaupun akan merenggangkan ape yg ade demi utk memberhentikan umpat & keji itu...
yg menasihat juga haruslah mencerminkan diri dahulu tetapi masih lagi boleh melakukan nyer dlm keadaan yg santai demi utk tidak dikatakan tidak mencerminkan diri..
menasihatakn dia sekaligus membaiki diri sendiri..ape salah nyer?sama-sama melangkah ke arah kebaikkan...
saya faham dilemma itu...terutama bila yg hendak ditegur itu bukan sedarah daging tapi di bawah tgjwb sang suami yg sudah mnjadi hak kita..
teruskan niat yg ikhlas itu namun gunala pendekatan yg halus & konsisten..cuba utk tidak menghukum walau dlm hati terdetik 0.01% kata keji...insyallah akan terkesan jua di hati..hanya Allah yg menentukan, sekurangnya kita telah selesai yg dihajati ;)
adooii berat jugak persoalan kak fara nih..hurmm..
sy dlu pun free hair akak, dan terus terang tiap kali ada yg memerli (atau bagi dia nak nasihatkan sy) mmg rasa sakit hati sgt, dan ada yg belikan sy tudung lagi la bikin hati panas..sy tahu niat dia nk menasihati tp mgkin cara tu mcm tak kena utk saya..masa tu hati mmg keras sgt :(
tmbh pulak ego dlu tinggi melayut,mcm dunia ini ana yg punya :(
nak kekalkan keadaan skrg pun sbnrnya tgh usaha gigih lagi ni..
susah nk menegur kalu ilmu krg di dada , apa lg bab2 yg bersangkutan dgn akidah khususnya...berdepan kekdg mmg tak terungkap..terasa nk menegur tp tak terpacul plk dari mulut nih..itulah kebiasaanya org kita yg berani 'dibelakang' saja..
pada pendapat saya, dalam situasi ini tegur menegur itu penting, dan perlulah dalam situasi yang berhemah..
dalam Islam, kita telah digariskan dengan beberapa pendekatan demi mewujudkan situasi yang harmoni dan tidak menyinggung mana2 pihak..
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”
Firman Allah ta`ala yang bermaksud:
“Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)
memang susah nak buat..seriously..dan tak pernah buat..so, don't have any idea
SEKIRANYA MASING FAHAM AKAN DOSANYA, INSYAALLAH, TIDAK AKAN BERLAKU ORANG BUKA AURAT SESUKA HATI..
bila berhijad jadi trend..banyak la yang ambik siput sedut letak atas kepala dan leher dibiarkan terdedah..fenomena yang saya tak faham dan tak ingin nak faham..
eh cantik ke fesyen begitu.. astaghfirullahalazim..
Pujangga pernah berkata, percepatkanlah lakukan amalan baik. Menegur ke arah penambahbaikkan( menutup aurat) ialah amalan baik.
Dan analogi yg serupa utk tidak bertangguh ialah: Bacalah al Quran, walaupun kamu masih merangkak rangkak membaca. Kalau nak tunggu lancar baru nak baca, takut tak sempat dah masuk kubur nanti masih tak lancar. Begitulah dlm amal makruf nahi mungkar. Kalau nak tunggu diri sendiri perfect, mmg tak akan perfect.
Kena pandai guna strategi. There is no correct or wrong way. Ianya personalise. Ikut siapa yg kita approach. Ada yg patut secara tegas, ada yg patut secara lembut berhemah. Jiwa kita sebagai daie perlu bijak main peranan dlm berdakwah.
Kita mmg tak sempurna tp kita boleh baiki. Tanamkan dlm hati, kita buat kerana Allah, kalau tidak diterima, kita telah lakukan tanggungjwb kita. Mmg sukar nk menegur apa lg jika melibatkan keluarga, kwn baik, ipar....selalu ingat kita ni baik sgt. Akk rasa baik kita mulakan dgn pujian, lps tu baru selitkan nasihat yg lembut.
nak tegur menegur ne yang susah....sebenarnya..even adik beradik sendiri...kekadang takut menguris hati...,kecil hati...pada ita,cermin diri sendiri tu penting..kekadang kita pun tak betul lagi...perlu ada ilmu dan komunikasi yg bagus kot...takut juga lah kan..
susah nak cakap sebenarnya..nak menegur kita kena kuat untuk terima apa pun yg dikatakan nanti..tapi selemah-lemahnya,kita berdoalah untuk mereka
mungkin boleh dilakukan dengan menegur orang yang rapat dengan kita dulu, kemudian barulah diperluaskan.. memang yang ditegur susah nak terima teguran tapi insyaAllah lambat-laun pasti terbuka hati dia..
berfikirlah untuk menegur dengan jalan yg paling hikmah.. (",)
kalau kita tunggu kesempurnaan diri baru hendak menegur, silap2 sampai kita mati pun kita tidak akan mampu menegur..
yg ditegur, dengarlah apa yg ditegur.. jgn dilihat siapa yg menegur.. (",)
mengikut saranan Islam, kita tak perlu jadi sempurna atau hampir sempurna utk menegur/menasihati org lain.
prinsipnya, sape yg lebih tahu akan sesuatu perkara itu perlu memberitahu org yg tak tau.
saya ada buat entri tentang ni..http://ujieothman.blogspot.com/2012/02/aku-tak-layak.html#axzz1vUJr4sIi
(sorry letak link)
*cara tegur:
mesti berdua je, ajak bual santai yg happy..then baru mula teguran. Mulakan dgn "MAAF, ada perkara nak ckp..". Maniskan muka, lembutkan suara. Slmt berdakwah!
Fuhh bab tegur2 ni yang payah..takut kecik ati..tapi takut dia kecik ati atau takut dia terus2 tanggung dosa n kita pun berdosa sama sebab tak menegur?huhu..tak pernah ada dalam situasi ni..kalo kawan2 rapat pun biasa kita ajak keluar dah siap2 pakat pakai baju macamana pakai sopan2 so tak rasa kecik ati ke apa sebab dah rapat..kalo stanger tu tak tegur kot..huhu..
nanti kalau tersilap tegur atau cakap orang akan kecik hati dan disuruhnya kite cermin diri sendiri dulu..
tapi kalau nak tegur biar la kene caranya dan berlembut baru hati masing2 tak tersentuhkann...
Pujangga pernah berkata....
(OK, saya saya nak tiru intro komen Daddy Ziyyad... sebab saya tak pernah terfikir nak mula ayat sehebat tu... sebenarnya saya tiada komen...)
biasa nampak mak pakai tudung litup, tapi anak seksi je dedah2....takkan kita yg sedara jauh ni nak tego si anak lak....kang sentap lak...
nak tegur rasa tak kena...tak tegur kita berdosa...susah juga nak bagi pendapat..tp paling utama cerminkan diri sendiri...ubah penampilan...dan terima nasihat demi kebaikan..
akak memang x suka menegur, sbb akak dapat merasakan betapa malunya apabila ditegur.. sbb tu akak rela 'memejam mata' walaupun dalam hati penuh benci, betapa kerdilnya akak kan..
tegur secara peribadi dlm mesej kat fb yg tk menyinngung hati,dia nk terima atau tidak terpulang...
kalau susah berdoa dlm hati utk dia :)
saya tk pernah kena histeria tp selalu dirasuk nafsu...hmmm
aku masih lemah....hanya mapu tunjuk perbuatan yang baik sahaja.
moga suatu hari nanti aku mampu mengajak ahli keluarga malah umat islam yg lain saling menasihati sesama kita.
sering berdepan dengan soalan2 begini, bilamana ada yg menghalang kita berubah......
berani jadi diri sendiri kerana benar.
nabi pun mulanya berseorangan menentang tradisi nenek moyang.
yuna pun nampak pelik pada mulanya.
saya suka komen dr.daddy..!
anyway, kawan saya pernah mengalami situasi begini..
dia bertudung..tapi kengkadang nampak rambut jugak..
kengkadang tak pakai tudung pun ada..
dan katanya.. husband dia tak benarkan pakai tudung tutup dada... simpang kat bahu takpe..
macam makcik2 kg katanya..
saya terkedu..tak tau nak komen ape!
bagi saya..kalau dah dewasa..dah cukup faham hal dosa-pahala ini..
Marya suka semua yg bg komen... Msg2 ada pendapat sendri kan... Marya ni nak ckp pun taklah pandai bebenar, tp pernah dgr ustaz ckp dakwah adalah HAK setiap org, tak perlu tunggu diri sempurna baru nak tegur atau berdakwah... Good luck fara & all the best! :))
Kesiankan dgn 'si dia' tu, jom kita doa utk dia... Maybe awak boleh tegur dia dgn cara berseloroh :)))
Perbuatan menegur dan menasihati ni lah KELEMAHAN diri yg hakiki..takut dipersoalkan dan dipulangkan pada diri sendiri...cumanya jika kita ni bersekolah KERAJAAN..kemudian ada pula sekolah Agama..kita sendiri tahu dan akk rasa 95-100% individu tahu bahawa menutup kepala bg wanita itu adalah WAJIB..kemudianya pula berpakaian...bila dah tahu menutup kepala yg kecil itu WAJIB...bahagian2 yg besar2 yg lain itu pun jatuh WAJIB juga menutupnya....
Yg baik itu sesungguhnya dari Allah..yg tidak itu dari kita sesama insan ini dtgnya...
rajin updte blog ya. bagus sis.
xsalah tegur,tp nak tegur biarlah kena pd cara n cermin diri sendiri dulu. ingat mengingati xsalahkan..kt mudah alpa dgn tanggungjwb kita sbgai org islam. hal suami suka xsuka tu spatutnya xde isu pun klu si suami tu mmg dh lahirnya sbgai org islam ptt tahu hukum hakam sorg istri ni..suka xsuka..nak suh bini buka tudung bukalah kat rumah..nak hadap 24/7 pun xpe..tp diluar renung2 kanlah..~dunia akhir zmn..wallahua'lam.
~dang anum~