30/05/12

autisme

Pernah kawan saya bercerita tentang kawannya. Cerita tentang anak kawannya yang disyaki anak autistik. Puncanya mungkin 2. Aliran emosi dari ibunya (penderita depresi) dan kekeliruan dalam proses pembelajaran.

Saya ada baca tentang anak-anak penghidap autisme. Salah satunya, gangguan emosi. Kawannya pernah menderita depresi semasa mengandung kerana masalah peribadi. Akibatnya, gangguan emosi itu secara tak langsung disalurkan pada anak.

Antara lainnya, keliru. Anak-anak kecil cepat menerima proses pembelajaran. Namun andai kita terlalu mendesak anak supaya belajar tanpa had, maka anak mudah keliru. Seperti kes kawan, dia terlalu mendesak anaknya supaya fasih berbahasa Inggeris. Tanpa sedar, anaknya sering dibiasakan berbahasa Melayu oleh penjaganya. Maka, anak jadi keliru. Kalau ditanya; Kamu mahu makan? Dia diam seribu bahasa. Dan tiba-tiba ada pula yang bertanya; Do you want to eat? Lebih dia diam dari berkata-kata. Bukan dia tak faham. Tapi dia keliru hendak menjawab mana? Ya atau yes? Sudahnya, jalan selamat mungkin berdiam diri saja.

Ada beberapa petanda yang memungkinkan dia anak autistik. Tak perlulah saya jelaskan di sini. Walaubagaimanapun, anak itu kini di bawah terapi perubatan. Saya doakan agar segalanya dalam keadaan yang baik.

20 comments

hari tu sy tgk rncangan tv ape ntah pasal autisme...budak tu dpt straight A SPM :)

30/5/12

oo...emosi jgk boleh mengganggu pertumbuhan kesihatan baby ek kak..
kita doakan yg terbaik tuk anak dia..

jgn la terlalu mendesak anak2 nak belajar. Kesian tau....

semoga semua dipermudahkan urusan anak kecil itu..

Semoga keadaan anak itu akan menjadi semakin baik. InsyaAllah.

Kesiannya..saya pun nak anak saya teror english, tapi saya cakap je bm, saya takmo push dia, saya nak dia ikut proses learning yang biasa, saya pun takmo anak keliru dan terlalu push dia..

30/5/12

alamak, bahaya ni. kema elak depresi kalau nak hamil. takutnye...

Too much expectation that leads to depression?

30/5/12

kesian anak2 zaman sekarang.. tekanan lebih tinggi dari masa kita kecik..tengok aja masa spm.. berapa punya banyak subject sekali ambik..

ada orang mungkin kalut kalau anak 3-4 tahun tak reti baca abc lagi.. tapi saya rasa banyak masa lagi dia nak belajar..dan perkembangan minda bukan sekadar tentang membaca je..kan..

Anak autistic kalau dibimbing dgn penuh rapi tidak mustahil boleh lebih cemerlang. Macam kes satu budak cina yg dapat straight A dlm PMR tahun lepas - pandai main piano lagi...

30/5/12

nak buat exact diagnosis autism ni perlukan through history.kena detect awal, so that rawatan boleh dimulakan sejak awal lagi

tak pernah alami dan jumpa anak-anak sebegini...memang kena sabar juga utk didik mereka..

30/5/12

kanak2 autisme masih boleh dibentuk lagi kan farah..moga ibu bapanya dapat kenalpasti bakat dia. suami saya cikgu pendidkn khas.kanak2 autisme ni kdng2 budak yg cemerlang dr budak biasa cuma ada kekeliruan emosi dn fikiran. kdng2 buat benda yg tak expect i.e cekik kawan dlm kelas atau asyik tnya "cikgu, bila nak masuk kelas" berkali2..huhu..

30/5/12

sebab tu laaa kalau ibu mengandung, make sure dia tenang dan senang hati selalu..

Kena take note ni..
Ingatkn psl genetik je.

Tanpa Nama
30/5/12

Kalau si ibu tu tak tahu macam mana nak conduct anak autism, Dia boleh refer ke NASOM,( pertubuhan autism Malaysia) nanti ahli pertubuhan boleh bagi byk info...



LWindsor

30/5/12

anak sepupu papa mifz ado sorang autisme nih...

iols ada kawan yg anaknya menghidap autisme...

autism makin meningkat pertusannya.sbb apa nurul tak pasti..tapikan fara,mmg ada ibu bapa terlalu tinggi harapan terhadap anak2 tapi sebaliknya anak makin hari makin terpikul beban.bukan org dewasa tertekan budakpun la nie depresi..harap kita btul2 memerhati segala aspek

Takutnya. Kadang stress gak ni.

Catat Ulasan