28/05/12

peniaga kecil

Saya sangat jarang berbelanja barang basah di pasar. Baik pasar pagi, pasar malam atau pasar tani. Cuma kadang-kadang bila kehabisan stok, saya curi masa juga membeli di sana. Itupun beli dalam jumlah sikit sementara hendak menghabiskan stok lauk yang lain. Saya sangat tak biasa dengan harga jualan di pasar yang bagi saya agak keterlaluan. Jadi pengguna bijak itu perlu jika mahu selamatkan duit poket. Bukan mahu berkira atau kedekut. Tapi apa salahnya kalau dengan RM10, kita boleh dapat jumlah sesuatu barang itu dalam kuantiti yang banyak?

Kelmarin, saya beli limau kasturi di sebuah gerai sayur. Saya ambil 10 biji limau kasturi. Harganya RM1.50. Bulat biji mata saya semasa membayarnya. Mungkin sudah terbiasa membeli limau kasturi dalam jumlah yang banyak di Mydin USJ dan harganya tak pernah lebih dari RM2? Mungkinlah. Selesai beli limau, saya singgah gerai barang kering. Saya beli 3 biji kentang bersaiz kecil. Harganya RM1. Dan kenangan indah saya bersama Mydin (lagi) menerawang dalam kepala otak masa itu juga. Saya pernah beli kentang lebih dari 3 biji dan harganya tidak melebihi RM1 pun. Alahai! Selesai bayar untuk kentang, saya belek setiap bungkusan bawang besar. Setiap bungkus ada dalam lebih kurang 5-6 labu bawang dan berharga RM2. Menggeleng kepala saya dibuatnya. Saya kalau beli bawang di Mydin (lagi) atau Tesco, saya akan beli macam nak buat kenduri. Tapi bukan kenduri pun. Saja suka dan teruja sebab murah sangat! Bayangkan sekarung plastik besar itu saya dapat beli dengan harga tak lebih dari RM2? Wow! Habis membelek, saya gatal tangan beli daun bawang di gerai lain pula. Konon nak masak kuetiau goreng. Tak ada daun bawang, tak sedap. Saya minta peniaga gerai sayur bungkuskan daun bawang dalam 50 sen. Sudahnya saya dapat 2 tangkai daun bawang yang kurus. Sedih betul! Saya menghabiskan RM10 di pasar pagi dengan barang yang macam tak ada barang. Sadis betul orang sekarang bila nak kaut untung, kan?

Pernah saya suka-suka singgah pasar tani. Saja jalan-jalan dan pusing-pusing tengok harga. Kata orang, pasar tani jual lauk segar. Saya pun tinjau bahagian lauk basah. Harga memang buat saya telan air liur berulangkali. Dan tak sanggup rasanya saya nak beli ikan di pasar tani. Segar memanglah segar tapi segarnya setanding segar di Mydin atau Tesco. Ikan kembung besar pasar tani sekilo harganya RM16. Tapi di Mydin, sekilo harganya RM10. Ikan tongkol pasar tani sekilo dijual RM10. Berebut orang beli. Tapi di Mydin, ikan tongkol sekilo dijual RM5 saja. Dan tak ada siapa sudi nak beli.

Nampak tak perbezaan ketara harga di pasar dan pasaraya besar macam yang saya sebut tadi? Saya tak ajak kawan-kawan berbelanja di Mydin atau Tesco (bukan promosi pun). Disebabkan Mydin dan Tesco dekat dengan rumah, maka saya boleh sisihkan pasar-pasar cekik darah sebegini. Tapi ada sesetengah orang marah. Mereka kata, saya menyokong kapitalisme. Tak nak membantu peniaga kecil. Lebih-lebih lagi sesama bangsa dan agama. Dilema betul. Tambah dilema bila setiap kali nak menyokong, saya dihadapkan dengan sikap sesetengah peniaga kecil di pasar pagi/tani/malam yang bila kita sibuk nak tanya harga barang, dah buat muka dan jawab pun macam nak tak nak. Habis, macam mana?

37 comments

28/5/12

setuju fara..kalau dulu saya setuju kalau orang kata membeli di pasar lebih murah dari membeli di pasaraya..tapi sekarang.. saya rasa sebaliknya..

ikan dan barang basah di pasaraya segar bila kita beli pada hari diorang restock..sesekali je saya beli ikan di pasar..sbb choice nya lebih banyak..

sama dengan saya..eh banyak pulak samanya..hehe..saya bukan taknak bantu peniaga kecil..tapi kebanyakan mereka berniaga macam meniaga hari ni esok lusa terus nak beli keta lambogini..eh macam biasa dengar nama kete ni.. hahaha...

Kakcik juga suka berbelanja di pasaraya - selain harganya agak murah, kakcik tak perlu hendak tawar menawar!

bkn pasar je, kedai runcit pun barang mahal sekrg ni.

betul tu sis.saya sokong sangat entry ni.kadang2 bukan xnk menyokong peniaga ni,tapi dorg mcm nk cekik darah kita.

saya akui juga kalau barang di pasaraya memang jauh lebih murah..:)

ai tak pernah compare harga, ikut mana dan.. kalau ai suka kat tempat A, ai akan beli terus tanpa memikirkan ada tempat lain lagi murah.. walaupun tesco dengan dengan rumah tapi takpelah kedai kat rumah ni pun takdelah mahal mana.. jimat minyak.. ;)

saya selalu berbelanja di tesco extra..lagi-lagi waktu di tgh mlm!sgt murah & menjimatkan!

28/5/12

Bagi saya & isteri, comparison between hypermarket & pasar basah/tani perlu dibuat secara case to case basis, tak boleh buat generalization.

Ada benda yg berbaloi bagi kami beli di hypermarket, yg jauh lebih murah macam awak tulis (bawang, barang2 kering, etc)

Ada benda yg berbaloi beli mahal di pasar basah/tani, sebab kami mahukan yg fresh( daging segarm bukan daging beku, ikan segar bukan ikan mata dah merah dan perut boncit)

PR pun sekarang susah sgt nak g pasar basah....

28/5/12

fuh. saya pun suka beli kat mydin. murah, murah berganda-ganda.

kalau pniaganya ok mgkin sy beli jugak wpun dalam hati mahal gila..tp dh jawab pun nak taknak, sy letak balik je n blah dari situ..macam la kita lapar sgt kalau tak beli ikan dia

28/5/12

pekedai kecil tu beli kat mydin dan jual balik kat kedai dia..aku pun sama ngan ko..bukan tahu sgt psl barang2 kat pasar basah ni..sebab beli apa yg nak guna je,selalu singgah pasaraya kecil sblum balik umah..pasar pagi ke pasar malam mmg jarang pegi

28/5/12

macam mana nak sokong bangsa sendiri kalau bangsa sendiri yg mencekik bangsa sendiri..

setuju sgt with ur statement..

brg di pasaraya selalunya lgi murah tapi kena tahu bila dia restock, kalu tak takut dapat yg tak berapa fresh...

semalam sy pi psr tani..nk beli asam keping 50 sen makcik x beri..kena beli rm1..

beli cili kering rm3 dpt sikittt sgt..


mmg mahal la brg sekarang

betul tu farah kak ita setuju dengan rai..dulu kak ita beli di pasar malam..sekarang tesco dengan NSK selayang..Beli RM 50,penuh peti ais,dengan ayam,ikan,udang,sotong dan sayur-sayuran...bukan tak tolong perniaga kecil ne..tapi melampau...ari tu suruh yana beli tomato 2 biji kecil dan 3 batang bendi rm3.00,mahal kan...kat bawa rumah...kekadang kena beli juga...

kita pun sokong..

nak buat camne pembeli nak belian
yang dapat mengurangkan belanja

nak pula suka shopping kat Tesco
sbb barang2 basah segar dan murah
juga selalu dapat voucher discount :)

selalu beli kat pasar jer esp ikan semua tu sebab nak yang fresh..tu kata ma la..kalo yana memang cari yang murah punya..keh3..banyak eyh beza harga..huhu

kalau bab ikan, sotong, sayur..saya suka beli kat pasaraya. lebih murah dan lebih segar (kalau pg2 la).

kdg2 tu je ada beli kat psr malam, suami kata..takpelah, sesekali bagi rezeki kat org psr mlm pulak.

pernah beli betul2 segar & murah..tapi kat pasar borong lah. yg ni mmg dah lama sgt tak pegi.

28/5/12

ERM.. MEMANG SUKAR SITUASI BEGINI.. NAK JAGA BANGSA SENDIRI TAPI CEKIK DARAH.. TAPI ADA CERITA, KALAU ORANG YAHUDI, DIA SANGGUP MELEPASI BEBERAPA BUAH KEDAI MUSLIM, SEMATA2 MAHU KE KEDAI YAHUDI JUGAK..

28/5/12

lama juga rasanya tak pergi ke pasar basah...sbb didepan rumah akk ada kedai runcit yg jula brg2 basah juga..harga mmg boleh runding..bukan tidak mahu menolong peniaga kecil begini...jika mereka cekik darah kita siapa pula nak tolong kita kan..kalau dah berbeza sampai 50% melampau betul lah....

setuju jugak.. harga ikan kat kedai runcit (bukan pasaraya pun) dkt rumah saya jauh lagi murah drp ikan2 kat pasar tani. kompius jap. bukan ke pasar tani sepatutnya lebih murah???

saya pun suka shopping sayur kat tesco. jauh murahhhh dari jusco.

tapi sekarang ada port baru. pasaraya segi. murah gile dan dekat gile dgn umah.

kalau bab2 kira harga brg atau lebih teliti pasal harga sesuatu brg adalah suami sy. cukup jimat, cermat dan cerewet. saya? tahu beli je. sebab tu kalau brg2 dapur kering @ basah, suami sy sendiri yg pegi beli.

28/5/12

kat sini, 'pasar tamu'nya cekik darah, brg dr kampong je, tnm sendiri...tp ya ampun mahal. Akk suka beli di Survey (sini tkde tesco n mydin), kalau ikan akk tak beli di pasar kecil, terus pasar besar, lebih murah dan segar walau jauh skit. Semua org nk yg murah...

Psst....cuba komen blog akk, dah ok belum....akk tukar template tu...tension.

28/5/12

akak pun membeli kat tesco jer, tp suami kata barang x sesegar beli kat kolam pancing ikan dia.. bukan dia punya, yg dia p mancing,.. entahlah...

saya juga suka ke tesco dan Mydin tapi malangnya kenangan indah berbelanja di situ hanya boleh didapati di Melaka...jauh bukan???

Muar setakat ada Giant,econsave n the store...

kena rajin servey harga dan tempat,sebenarnya.

29/5/12

sangat sangat paham...kekadang ada mood nak memasak kat dapur,time g pasaraya nak beli bahan bahn,sgt turn off apabila tgk harga2 yang mahal2...>_<

29/5/12

bila ada yg kata dia bblanja brg dpur kat pasar mlm or pasar tani jek saya akan kata ooohhh kaya org tukan sbb saya tahu harga dia beza gile!!!...

"sigh" kdg2 org kata kita tak tolong melayu tapi..

29/5/12

As salam Fara,

Marya pun suka beli brg2 dapur kat Tesco dulu... Sebab murah, dekat Mydin mmg xpernah pergi sb ms sy dok Msia dulu xbuka lg Mydin kat Seremban...

Sama pendapat dgn Daddy Ziyard, beli brg mentah sb lg segar... Tp oleh sb jauh, jrg lah dpt pergi... Mmg mahal tp ntah, mcm seronok tgk suasana & longgokkan sayur2, ikan yg fresh2 tu... Tp mmg kalau sekali pergi pasar basah (pasar tani mmg xpergi sb lg jauh dr umah) habis RM50 mcm xsedar...huhuuu... ghairah membeli & harga pun mahal kan...

Apalah sy merepek ni, lari topik...hehhee... Take care darling :)

sy pun jarang ke pasar basah biasa & pasar malam or pasar tani unless dh desperate sgt..harga mmg melampau2 skg ni.

selalu terus ke pasar borong besar..peniaga dia pun dh kenal kita so boleh bargain dgn aman damai..

Entri ini teringatkan saya dengan perniagaan kecil dunia saya...

Memang kita semakin dihimpit dengan gergasi-gergasi yang mempunyai semua bebagai kemudahan sokongan dari semua sudut.

Kami hanya berbekalkan semangat, pengalaman dan kedegilan. Apa yang kami buat ini adalah 'heart and soul' kami... dan kami juga menyumbang memangkin ekonomi negara.

Jangan tak tahu... gergasi-gergasi tu juga menghantar kerja kerja percetakan buku, baju t, dan sebagainya ke negara china kerana kosnya lebih murah. Wah! Patriotiknya!

Apa yang saya nak cakap... kami mengaku. Sampai bila-bila pun kami tak akan boleh tandingi harga gergasi-gergasi itu....

masa saya duk N9 setiap minggu gi pasar tani sebab hypermarket sgt jauh..la nie dah duk kl, carik gak pasar tani..harap2 leh arr jumpe hihiihh

betultu fara.mcm kat pasar tani putrajaya.beli sayur sedikit jer tapi harga mmg mencecah lebih 10ringgit..

tapi nurul selalu belanja di psr berbandig di hypermarket sbb kalau kat pjaya ada alamandajer.mmg mahal jugak.

tapi kalau kat pasar barang2 segar jugak mcm ikan2.tapi mmg harga keruk kepala

30/5/12

memang mahal kan farah? baru balik dr kuala kangsar..ikan kat pasar besar mahalnyaaa...talapia 2 ekor 16 ringgit..semalam pergi mydin ikan talapia sy beli baru 5 ringgit lebih...bukan tanak beli di pasar kecik, kdng2 kami membeli kat sana juga, cuma kalau nak beli buat stok memang tidakla.beli sikit2 bolehla. selalunya mmng cari barang di mydin atau family store (kebykan brng2 di family store lagi murah dr mydin!)sebb bwh satu bumbung kekdahnya.senang

13/6/12

Sya pun selalu pegi tesco tp cari brg2 kering. Kalu barang2 basah, kt tesco mmng tak fresh langsung(xtau la mungkin org dah pakat borong tgh2 malam ke). harga memang la murah. Akhirnya sya gi beli ikan kat kedai runcit juga.

Catat Ulasan