8/05/12

inspirasi

Entah blog siapa saya terjah. Dari satu blog ke satu blog. Sampaikan saya sesat mencari jalan keluar. Tapi sesat saya bukan sesat yang menyusahkan hati. Malah, saya macam tak mahu pulang ke blog sendiri. Entahlah. Saya rasa mereka sangat kreatif. Memperalatkan kreativiti mereka sebagai punca rezeki. Tidakkah ianya suatu yang mengagumkan? Tak keterlaluan kalau saya kata, mereka bukan antara populasi picisan yang menyusahkan ibubapa atau generasi terdahulu. Mungkin ada di antara mereka datangnya dari anak orang berada. Tapi sekurang-kurangnya, mereka tak macam anak-anak bos saya sendiri. Celik saja mata, emak ayah sudah bersumpah; Inilah pewaris perniagaan saya suatu hari nanti. Bukan! Mereka bukan macam itu. Mereka berdiri dengan kaki sendiri. Bermula dengan blog yang picis. Hingga kini mereka disukai ramai. Walau bukan datang dari generasi saya. Tapi sekurang-kurangnya berjaya memikat mata saya untuk membaca setiap bait kata. Apalagi menikmati gambar-gambar yang indah dan comel belaka.

Apa lagi yang saya mahu belek? Kalau bukan kerana internet di pejabat ini yang buat saya bengang sentiasa. Mungkin pelayaran saya akan menjadi lebih teruja dalam keadaan yang sangat-sangat santai. Adakah ini yang dikatakan obsesi? Membelek, mengeksploit, menginspirasikan, menciplak, menggayakan, menikmati dan menjayakan? Saya mengumpul keberanian.

25 comments

Beruntung pada yg celik mata dah ada harta tapi ruginya mereka tidak mengenal erti jerih-perih org susah menapak sedikit demi sedikit utk naik...

assalamualaikum fara..

sekurang-kurangnya internet di pejabat memberi awak ruang untuk menelusuri alam maya nie kan...^_^

Kakcik juga kagum dengan mereka yang boleh 'berjaya' hanya dengan berblog. :)

adakah saya salah seorg daripd mereka???? hehehe

kalau nak nak tau... blog ini antara blog kegemaran saya... saya suka bait2 kata yang ditulis... tapi... kesibukan menyebabkan saya adakalanya terlepas entri2 terdahulu...

Oh kamuuuu!!

8/5/12

thanks kerna melompat jgk ke blog sy...
love to read this blog too..

kalau di office masa yang terhad dan ada ketikanya tak boleh nak fokus pada satu2 blog tu, berbeza kalau dirumah..

8/5/12

SAYA PERASAN, BLOG SAYA BEGITI KERDIL SEKALI BERBANDING YANG LAIN..

semoga kita akan dapat inspirasi daripada mereka2 ini...:)

blog fara pon bakal jadi blog pilihan sbb entri fara yg unik..lebig-lebih lagi blog novel tu..sy suka..


#ehem faisal hussein hehe

blog apa yang diterjah sampai sesat tu?

8/5/12

saya still jeles dengan blog orang-orang yang ada gambar header... sekarang masih tak reti nak buat.

blog mana yg kak fara baca tu? sy pun suka baca blog2 mcm tu..kagum dgn org kretif!

8/5/12

Assalamualaikum Fara

selamat belayar......
dan terus menikmati

Seronok ya BW spi sesat....

macam boleh kubayangkan blog blog yg dmaksudkan itu.

contoh yg baik kan? :)

fara..fara..


sy x paham nape awak kata kotak komen sy dah berubah..sy x ubah apa pon..

kotak komen sy dah berubah sejak sy buat template baru bulan lps kalau x silap


konpius sy seketika bc komen fara td hehe

siblah opis tak sekat blog.banyak gak blog2 yang jd inspirasi n bg info yang berguna=)

8/5/12

kalau akak x da benda nak diwariskan pun pd anak2,... biar p anak2 cari sendiri ler, baru ada kesungguhan sikit bukan hanya tunggu disuap jer kan.. rugi ke jadi anak akak?? kekadang terfikir juga,..

pakai le BB.

As salam Fara,

Saya pun sama mcm awak juga, kagum dgn mereka2 ni... Kdg2 so envy tau! Blog sy hanya sekadar pincisan shj... Skdr berkongsi cerita & pendapat ttg diri sendri... Nak cerita bab yg gempak2 tak reti sgt... Blog kamu is one of my fav! Sometimes, its make me to think b4 I can throw my words... Really good! Thank you for being my friend :)))

saya cemburu sebenarnya..walau pun dalam blog saya masih malu nak interprem kan diri sendiri..

td dh komen,tp internet lak prob.ich bengang.

saya pon mcm akk,suke tgk blog hebat,leh tgk pic,tp mcm blog akk,even x banyak gamabr,tapi sonok membaca penulisan akk.

kak ita pun tengok blog yg berjaya ne..tapi atk bokeh nak ikut..guna pun opisnya..mcm ne...janji boleh cite dan jengah kekawan bloger ok lah tu..tak boring sangat hidup...he...he

12/5/12

Blog fara sya suka sebab ceritanya lebih global, luar dr fikiran org biasa, diulas mengikut pemahaman anda. Tahniah :-)

Catat Ulasan