Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu yang saya kenali (termasuk kawan-kawan blogger). Khususnya pada Mak (Mak baca tak blog saya?). Ibu-ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan. Ibu-ibu yang menyusukan kita selama kita membesar. Ibu-ibu yang membelai kita selama kita menangis minta dimanja. Ibu-ibu yang memujuk hati selama kita bersedih. Ibu-ibu yang memasak dengan penuh kasih-sayang selama kita berlapar. Ibu-ibu yang mencantikkan kita selama kita comot. Ibu-ibu yang tidak pernah sampai hati menyisihkan kita selama kita buat mereka bersedih dan menangis. Ibu-ibu yang sentiasa menerima kita selama kita melawan cakap mereka. Ibu-ibu yang sentiasa memberikan yang terbaik selama kita dengan perangai yang buruk.
Tak ada istilah haram bila mahu menyambut hari ibu. Saya menghargai Mak pada setiap saat saya bernafas di bumi ini. Tetapi dalam setahun, tak salah meraikan Mak dengan lebih istimewa. Sepertimana rakyat Malaysia menikmati cuti pada hari istimewa negara, begitu juga saya ingin menyambut hari istimewa dengan keluarga. Apa yang penting, saya berpegang teguh pada; لا إله إلا الله محمد رسول الله
35 comments
Selamat Hari Ibu buat kamu juga :)
SELAMAT HARI IBU~~
betul kak..xde istilah haram..
setiap masa kita hargai insan yg paling penting dlm hidup kita.. :)
betul2..
yang penting niat kita kan..
pepun selamat hari ibu jugak untuk mommyfara..=)
x sabar nak jadi ibu jugak ni insyaallah =)
tahun ni tak dapat sambut~~~
Ibu sampai bila pun akan dikenang oleh anak-anak..
Kakak nak tunggu apa anak kakak buat pada kakak sempena Hari Ibu ini...
selamat hari ibu, mommy..
yg benar,
aydin..
(",)
selamat hari ibu mommy aydin~ :)
kita raikan insan yang paling layak kita rai.. selamat hari ibu juga buat fara.. ibu kepada anak comel yg buat akak rasa geram nak cubit2 pipinya.. suka dgn gambar header tu..
Yup everyday hari ibu, tapi tak salah kalau lebih sikit pada hari special tu kan..so this saturday adalah hari ibu, takde plan apa, cuma nak masak dan makan2 je..:)
SELAMAT HARI IBU JUGA BUAT KAMU..
selamat hari ibu untuk akk.
selamat hari ibu jugak buat fara ye...
terima kasih..;)
selamat hari ibu juga buat awak..
kita meraikan hari ibu bukan mengikut tradisi barat yang menyambutnya tapi itu adalah cara bagaimana kita nak hargai ibu kita dengan cara kita sendiri..
pengorbanan ibu sampai bila2 pun tak terbalas...terlalu besar pengorbanan seorg ibu...
selamat hari ibu untuk kak fara, ibu kak fara dan ibu mentua kak fara.
ibu, ibu engkaulah ratu hatiku.
betul tu...
betul tu farah...tak semestinya hari ibu baru nak kasi hadiah..kita selalu call dan ingat pun seronok kan..selamat hari ibu juga kat farah...
hari ni hari ibu eh?
boleh tak perasan pulak.
*sbg tanda kasih syg, saya cuba selalu call mak saya dan cuba balik Johor tiap bln.
eh lupa la hari ibu hari ni..eheh..selamat hari ibu untuk mak k.fara, mak yana n mak semua blogger yang lain..semoga mak2 kita dirahmati Allah sentiasa kehidupannya..:)
Selamat hari ibu juga untuk farra ya...:)
LWindsor
Ibu kakcik dah tiada, tapi padanya kakcik tak pernah lupa.
Al Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepada Maha Pencipta.
saya sayang dan hormat mak saya dan semua mak di dunia ni. :)
Selamat Hari Ibu kepada ibu saya, ibu mertua saya, nenek2 saya, isteri saya, dan semua wanita yg bergelar ibu! Jasamu mmg tak terbalas
yupp slamat hari ibu..
bulan mei akak sambut dua hari, hari ibu dan hr guru tp yg pelik, hari guru meriah budak2 sambut untuk guru, tp hari ibu, anak2 kurang sambut untuk ibu dan suami buat2 lupa .. knapa la yer...
Selamat hari ibu buat semua ibu2...
Selamat hari ibu buat fara..dan untuk kakain jugak tak lupa pd smua yg bergelar ibu...
"Ibu.....!selamat hari ibu,"
MF selamat hari ibu
dan mak2 di luar sana...selamat hari Ibu juga.
i love my mum dan sy tau mak2 semua orang yang terbaik...
selamat hari ibu bt farra jua
happy mother's dayy to u too! :D
yg penting niat kannn
^__^
sayang ibu ibu satu dunia
setuju. i wont be here Sunday 13th. So, happy mothers day in advance, my dear farra.
selamat ari ibu jugak!
SELAMAT HARI IBU. "IBU" PERKATAAN PERTAMA YANG KELUAR DARI MULUT KITA. SEMOGA KITA JADI IBU YANG TERBAEK UNTUK ANAK KITA.
yup..pada kita tak salah, setakat sambut ngan keluarga je kan...kalau hari ibu haram, baik haramkan terus hari jadi tiup2 lilin semua tu, tu pun pengaruh barat jugak tu..
selamat hari ibu juga buat awak!