24/05/12

lelaki

Saya nak Johnny Depp. Ada sesiapa yang boleh berikan pada saya? Ngee~

Saya pelik. Ada sesetengah lelaki, sifatnya sangat misteri. Lebih-lebih lagi tentang hati dan perasaan. Saya andaikan mereka mengalami trauma perasaan. Mungkin kesan putus cinta? Atau mungkin perceraian ibubapa? Mungkinlah. Saya andaikan saja.

Bukan apa. Kalau rasa tak nak terikat hati kepada perempuan, berhenti mendesak diri sendiri dari memberi harapan. Betul tak? Bukan ke orang lelaki selalu kata, perempuan hatinya lembut. Mudah terbuka hati untuk seseorang. Dalam ertikata lain; Perempuan cepat perasan. Tapi kenapa masih suka menambat hati perempuan tanpa sebab? Akhir cerita, beri alasan yang entah apa-apa untuk mengelak diri dari terus mencipta masa depan. Kenapa mesti tercipta spesis lelaki seperti ini?

Bertambah pelik bila seorang kawan pernah berkata; Cabaran itu suatu perkara yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi memikat perempuan yang sudah menjadi milik orang. Sepanjang mengenali dia, saya lihat dia memang gemar merampas kekasih orang. Cuma kali ini, jodohnya mengena. Itu pun sehabis romeo memujuk hati perempuan supaya meninggalkan kekasih sedia ada. Ada juga kawan suka mengejar cinta 'jual mahal'. Malang bila cinta terjual, maka punah segala angan-angan masa depan yang dicipta. Dari menepuk tangan bersama, akhirnya si perempuan menepuk angin sambil keluar air mata.

Mungkin saya boleh katakan, mengenali lelaki itu seperti mengenal warna pelangi. Setiap warna mewakili sifat dan sikap. Ada ok. Ada gila. Terpulang kepada perempuan untuk menjinakkannya. Kan? Heee~


29 comments

24/5/12

Tak boleh nak salahkan sebelah pihak.

Lelaki suka test power, perempuan suka menggedik. Elok sangat lah tu :)

24/5/12

memang ada sesetengah lelaki super kaya yang anggap perempuan sebagai trofi ..


* dulu orang kata perempuan itu menawan .. tapi siapa yg sebenarnya yang menawan dan siapa sebenarnya yang melawan ?

Begitulah fitrah aturan tuhan...

Lelaki - berurusan dengan masyarakat sekeliling.

Perempuan - Hanya lelaki (suami) miliknya seorang.

Cemburu la tu...

tidak dinafikan buruk baik seseorang.

24/5/12

a'ah..laki orang jgk depa nak ..kalau bekas suami org tu lain hal lah!

24/5/12

dulu arwah mak selalu cakap.ambil lah hak orang..tapi kemudian orang ambik hak kamu jangan lah marah.

24/5/12

Lelaki...Sukar dikenalpasti ciri-ciri...mengenalinya brthn lama juga masih tidak dapat memahami siapa dia...ada masanya dia seperti mengambil berat ada ketika dia buat tidak tahu....Dan kerana dia seorg lelaki maka brgkali FITRAH nya sudah begitu....

saya pon nak jony depp!

24/5/12

As salam Fara,

Before that, Johnny Depp is mine..ok...huh...;p

Hahaha!!! :D

He's so hot kan...keh3..

Nak tahu satu rahsia, dulu sy yg pikat hubby sy & sy yg mulakan salam perkenalan... peduli apakan ...hehehe...

Apa2 pun yg Marya tahu, walau mcmana rock sekali pun lelaki tu biasanya dia akan berubah jd jiwang & romantik jgk bila dgn org yg dicintai! Betul tak? Eleh, masih ade yg nak nafikan...

BOOOOOOO lelaki itu hehehe ;p

24/5/12

LELAKI..
susah tuk dimengerti... :)
nak johnny deep jgk!!!

awak perasan tak yg semua warna pelangi tu kite boleh tengok waktu subuh dan senja. semua warna akan muncul sedikit demi sedikit. tak perlu tunggu pelangi muncul pun.

errr...tak lari topik kan? :D

Auwwmmmm.. mcm rimau lak nak jinakkan. ehehe tp sy dh jumpa lelaki misteri sy. kehkeh

Banyak ikan banyak garam
banyak orang banyak ragam
kita sendiri kena berhati-hati

24/5/12

apa2 pun fara, setiap manusia hatta perempuan pun memang misteri.walau berkongsi satu bantal satu selimut pun tetap susah nak mendalami kemisterian itew. yang bestnya misteri itula yg menjadikan masing2 sgt istimewa..hehe..terutamanya lelaki-lelaki yang berperasaan misteri itu

mcm cite syurga cinta tu kan kak.

Yup setuju..lelaki cam gitu mental la..so takyah layan, nasib dah kawin kan..

eehheeee...senyum! tak perlu kata apa2~ hihihi

like tang 'jinak' tu... keh3

perempuan pun kenalah berhati-hati agar tak tergadai body..


psstt: Johnny Depp <-- drama bersiri paling best 21 Jump Street.. ;)

wahh johny depp gitu..saya nak ken watanabe..hehe..

lelaki pelik, yang sukakan cabaran, konon nak test power nak try pikat wanita yg dah berkahwin..adalah lelaki tidak bermoral bagi saya manakala wanita yang dah berkahwin tapi masih nak test power juga dengan try mencuba pikat suami orang...tambah tidak bermoral..tapi kalau dia bujang dan mencuba lelaki solo...should be ok..prinsip saya...ada banyak lelaki bujang dan wanita bujang atau sama-sama single...

24/5/12

hai saya hairan sebab lelaki memang mulut manis, memberi perasaan kepada wanita lantas kita makan hati. macam kuih lapis, kena belek sekeping-sekeping. pastu kalau salah tarik jadi pecah. hai, kompleksi.

similari pelangi dan kuih lapis ye dak?

Setuju tapi lelaki sifatnya tak sekompleks perempuan..eh? Kata diri sendiri..haha

farah laki ke pumpuan sama aje..kalu bertepuk sebelah tangan tak berbunyi,kalu tak melayan tak jadi kan..ne sama-sama melayan..layin lah yg jadi...

yg penting jd perempuan jgn cepat perasan..kena jual mahal sikit..lelaki sifatnya memburu..


kalau sy ada johnny depp sy x nak bagi awak kehkehkeh


p/s:sori lmbt jengah..internet kena block smalam

24/5/12

Assalamualaikum Fara

seronok yg mencabar ni

kita dah set tak boleh...las2 berjaya....bangga....he he

24/5/12

MASA SEKOLAH DULU SAYA PERNAH JADI REBUTAN WANITA-WANITA.. HEHE PERASAN.. :p

24/5/12

mungkin mereka yang suka pada 'jual mahal' berpegang pada easy come easy go, jadi mereka mahukan sesuatu yang sukar dengan harapan yang besar kononnya susah dapat susah lepas.hahah..

harap saya bukan kategori jenis lelaki yang suka mempermainkan perasaan seseorang permpuan... hehe.. Hati wanita itu perlu d jaga dengan kasih sayang..

bertepuk sebelah tangan tak berbunyi.Jadilah perempuan yang lelaki perlukan bukan yang memerlukan lelaki. renung-renungkanlah : )

25/5/12

mungkin objektifnya adalah untuk menambah angka pada score card?

spesies lelaki psiko..keh3..

Catat Ulasan