17/05/12

pasca hari guru 2012

Budak itu mungkin lembam. Proses pembelajarannya macam agak lambat. Dan setiap kali bila cikgu tanya soalan, dia tergagap-gagap hendak menjawab. Sudahnya, ada cikgu terus 'lupakan' dia. Ada pula cikgu, terus-menerus melayan baran setiap kali menangani anak murid seperti dia.

Ada satu hari, saya lupa apa sebabnya. Cikgu itu bagai kena histeria. Menarik rambut dan menunjal kepalanya sampai terhenyak ke papan hitam. Dummmm! Satu kelas sunyi sepi. Senyap. Budak itu nampak sakit. Muka senget-benget. Tapi takut nak mengaduh. Cuma tunduk memandang lantai. Dah kena tolak, kena leter pula. Leter yang bukan sikit-sikit dengar. Kelas sebelah pun tumpang kecut perut juga. Saya sangat kasihankan dia. Sungguh kasihan.

Klimaks cerita, kisah hari guru. Tahun yang sama dia mengalami peristiwa hitam itu. Anak-anak murid sekalian sudah tetapkan dalam hati, cikgu siapa jadi pilihan hati untuk memberi (hadiah). Saya sudah ada. Dan budak itu juga tidak ketinggalan. Dalam hati saya tertanya. Hadiah itu untuk cikgu mana? Rupanya untuk cikgu itu. Cikgu yang pernah menunjal kepalanya. Cikgu yang pernah menampar pipinya. Cikgu yang pernah menarik rambutnya. Hati kanak-kanak sangat tulus, kan? Sakit kena tibai pun tapi tetap ada hati untuk menghargai cikgu. Tanpa cikgu itu, siapa lagi hendak mengajar dia mengira? Tanpa cikgu itu, siapa lagi hendak mengajar dia membaca? Walhal, cikgu lain sudah buat-buat tak nampak. Cuma tinggal cikgu itu saja yang masih mahu mengambil berat walau caranya menakutkan.

Saya tak akan lupa peristiwa itu. Saya umpamakan, hari belajar adalah hari ribut petir. Dan dalam ribut petir, pasti ada hari indah yang dikelilingi pelangi dan kupu-kupu berwarna-warni. Macam kisah cikgu dan budak itu. Masa belajar, semua nampak hitam. Tapi bila tiba Hari Guru, hilang segala dendam. Malah semakin sayang. Betul tak?

Rasanya tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Guru untuk kawan blogger dan siapa saja yang bergelar guru khususnya Cikgu Humairi, Cikgu Mama Aimaniman dan Cikgu Gen2Merah.

P/S - Siapa kata saya tak ada cikgu kesayangan? Saya sayang sangat cikgu itu. Cikgu sejarah yang sangat berkesan dalam hati. Dia mengajar dengan rotan. Dan disebabkan rotan itu, saya skor Sejarah buat sementara waktu. Tapi saya bengang maksima bila cikgu itu cuma sempat mengajar kami untuk beberapa bulan saja. Dan digantikan dengan cikgu yang nak tak nak mengajar. Mengajar lagikah dia?

Saya lupa nama cikgu itu. Cikgu Susila? Cikgu Leela? Alahai....lupa betul!

34 comments

17/5/12

fara,
thumbs up..sangat tertarik dengan entry ni..nanti saya kisahkan :D

kenapa awak tak buat buku fara.. gaya penulisan awak memang sangat baik..

Tanpa Nama
17/5/12

cikgu tu ambil berat dengan cara yang lain. kira beruntung la budak tu.

aku suka cikgu fatimah sampai bila-bila sebab aku pernah buat dia menangis. hahahaa!!!

Selamat Hari Guru utk semua guru :)

saya takde cikgu pilihan hati...

sis skor dlm sejarah.mmg hebat lah cikgu tu.kalau rara dulu.sejarah mst ngantok yg hamat.

eh!, macam saya lak nampo budak tu, saya ngaku tak buat camtu.....don't get it wrong!

sajeje buat tak faham. sebenonya terima kasih buat pok amai-amai sebab memperkenalkan blog saya...terima kasih...maaf zahir dan batin (macam nak raja je)

17/5/12

teringat kena rotan kat tangan ngan cikgu math..huhuhu
sib baik dapat A hehehe
besh kenangan zaman persekolahan

uih..kesiannya kwn tu..mcm melampau pulak. Agak2..apa perasaan cikgu tu ya?

tapi skrg dah tak boleh buat gitu. masa saya mengajar dulu, awal2 guru besar dah pesan..nak pukul budak cuma boleh kat tgn je.

begitu tulus hati budak itu.. adakah itu awak atau hanya sekadar cerita?

sebak rasanya nak baca.. betapa tulus dan mulusnya hati seorang murid kepada guru yang mengambil berat terhadapnya sungguhpun layanan terhadapnya sungguh menggerunkan..

tiada dendam tiada sakit hati, si murid tetap menghargai guru tersebut..

p/s: salam kak farah, izinkan saya copy link entri ini dalam status facebook saya ye.. Untuk tatapan sahabat guru2 lain...

saya tak pernah lupa Cikgu Murni masa darjah 5/6.

Asal nama Murni je org mesti ingat dalam drama..hehe

17/5/12

betul kan..kalo diajar cara cenggitu cepat lak masuk dlm kepala. dulu kalo cikgu math tak asik denda kena berdiri luar kelas (*motif malu dengan orng yg kita minat kat kelas sebelah..hehe)memang bebal smp ke sudah la math saya..hehe..mujur lulus credit math tu

17/5/12

BUKAN SAJA SAYA SAYANG CIKGU. CIKGU JUGA SAYANG KAT SAYA.. OPPSSS.. :)

garang giler cikgunya....
memang tak de dah nak guna psikologi bagai...

kesian kat budak itu!~

Adik kakcik seorang guru. Berbanding kakcik, rtubuh badannya kecil sahaja. Dia mengajar Tingkatan 5 dan 6. Pasti ramai murid2 yang bersaiz lebih besar dari badannya sendiri. Dia juga Guru Sejarah dan dia sangat garang!

Peliknya, bila murid2nya telah keluar dari alam pelajar dan telah bekerja, mereka masih mengingati dan menghubunginya dengan ucapan2 terima kasih!

17/5/12

Apa kesudahan cerita budak itu? Berjaya kah dia sekarang? Harap budak itu menjadi insan cemerlang.

saya ada cikgu yg suka denda,tp si tua yg hensem...Dipanggil Mr Kow tetapi sbb ada yg tak suka dia suka denda berdiri atas kerusi/meja kalau kuiz matematiknya tak dpt jawab, MR COW pulak mereka gelar.

Kow ke Cow ke Kau ke...Hidup lagikah dia? Isss...Isss...

Tapi pada dia saya ingin ucapkan terima kasih kerana buat saya sabar belajar matematik hingga boleh amik Science stream bila naik form 4...hehehhee

ahh teringat pulak kena tunjal kepala masa darjah 3 sebab tak reti bahagi..memang dendam dengan cikgu tu..sangat garang!tapi last2 dengan kita jugak yang cikgu tu rapat n kenal sampai sekarang..hehe

kanak-kanak hatinya luhur...

ini kisah benar ke...sebak!!

bekas anak murid ayah pernah cerita pd akak yg ayah adalah seorang guru yg SANGAT GARANG suatu ketika dulu..

Dia amat berterima kasih kerana 'kegarangan' ayahlah membuatkan dia menjadi seorang manusia yg berguna sekarang ni...

17/5/12

alahaii...entry penuh makna dan maksud tersirat...
pada adik..."ibu" adalah guru pertama yg banyak mengajar kita erti kehidupan.. :)

budak yg kena tunjal kepala tu kisah betul ke? hisy awat kejam sgt cikgu tu?

sy pnh jmp cikgu gatal main pgg2 tgn..tp dlu mana reti nak report2 mcm budak2 skrg ni

perlu tahap kesabaran yg tinggi untuk mengajar anak istimewa...


Selamat Hari Guru

17/5/12

dulu pernah ditumbuk cikgu diperut...huhu

17/5/12

apa jadi dengan pelajar itu?

harap2 dia berjaya dunia dan akhirat

selamat hari guru bt ke3,3 blogger tsebut

garangnya cikgu tu...hahaha tapi dahulu aku seorang yg sgt nakal, sehingga cikgu geografi ku merajuk tidak mahu masuk kelas mengajar. tapi itu dulu...

masa sekolah rendah hati masih tulus naik sekolah menengah mulalah macam -macam perangai dibuatnya .opsss tu cik ina. Apa-apa pun alam persekolahan alam yang paling menyeronokkan . jika masa boleh diputar semula semua orang nak kembali ke alam persekolahan. maaf fara terpanjang , bila cakap pasal sekolah dan guru ni menyeronokkan. Selamat hari guru buat semua tenaga pendidik di Malaysia.

saya dulu kene marah, kene baling pemadam, kene denda ketuk ketampi, berdiri luar kelas. tapi pelik sungguh sebab cikgu2 tu yg saya masih ingat dan sayang sampai sekarang, dan masih berhubung pulak tu.

mcm kesian pulak kt budak tu..harap dia berjaya dlm hidupnya..

saya pernah ada crushed dengan cikgu english...

owh!

18/5/12

Sejarah? cikgu yg ajar sejarah tu garang gila masa akak dulu, budak2 gelar 'kambing gurun' sebab janggut sejemput. Tapi...dia baik sebenarnya, garang masa kelas je.

Fara, budak2 yg baru nak kenal dunia memang tulus hati mereka cuma jgn berlarutan sikap begitu. Takut menjadi dendam bila mereka dewasa.

18/5/12

masa darjah 4 dulu pernah kena ketuk ketampi 200x sbb tak hafal peta Malaysia dlm subjek Alam dan Manusia...

sampai sekarang ingat lagi insiden tu sbb dulu dendam ngan cikgu Henry tu, tapi bila dah besar ni mmg rasa nak berterima kasih kat dia sbb dia lah buat aku hafal peta Malaysia...haha...

lain cikgu, lain caranya.... kadang2 terkilan bila ada cikgu yang menjadi guru sebab bukan minat, tapi tak ada pilihan, sudahnya?

betul tu..kak ita teringat cikgu yg garang2..tapi niat nak mendidik..berkesan sampai sekarang..terima kasih kat cikgu..

21/5/12

ada cikgu penah pukul aku ngan pembaris kayu sampai patah.aku masih igt nama dia

Catat Ulasan