25/05/12

samun kereta

Malam semalam, suami ada SMS saya tentang kawan sekerjanya. Kebetulan kawan suami tinggal di kawasan rumah yang sama. Disebabkan mereka bekerja syif, jadi ada kala mereka terpaksa pulang lewat malam. Nak dijadikan cerita, ada satu malam kawan suami dalam perjalanan pulang ke rumah. Tak sampai beberapa meter saja dari pangsapuri, tiba-tiba datang 2 buah kereta mengepung kereta kawan suami. Sebuah kereta mengepung di depan dan sebuah lagi mengepung di belakang. Mereka turun dari kereta masing-masing dengan bersenjatakan parang dan topi keledar. Mereka paksa kawan suami keluar. Tapi kawan suami melawan dan mengunci kereta dari dalam. Sehabis nekad, samseng murahan itu memecah cermin kereta dan menarik kawan suami keluar. Nasib baik kawan suami tak diapa-apakan. Mereka hanya merampas kereta dan pergi dari situ sepantas mungkin.

Bayangkan betapa nekadnya mereka buat kerja jahat. Tapi bodoh. Mereka menyamun kereta tapi muka tak bertopeng dan nombor plet kereta terbuntang depan mata kawan suami. Apalagi, ingatan yang kuat itu perlu walaupun dalam keadaaan panik dan menakutkan. Alhamdulillah tak lama kemudian, mereka diberkas polis. Cuma yang malangnya, kereta masih tak dapat dikesan. Rupa-rupanya pada malam yang sama, geng samseng itu sudah menyamun lebih dari 4 buah kereta di berlainan tempat.

Saya teringat kisah dulu. Masa saya masih setia dengan bas, saya pernah diberi amaran oleh penduduk setempat bahawa hentian bas (tempat saya menunggu kedatangan bas) adalah kawasan kegemaran samseng murahan untuk menyamun. Antara senjata mereka adalah kayu hoki dan parang. Selalunya mereka 'bertugas' dari jam 7 hingga 8 pagi.

Betapa tak selamatnya kawasan kejiranan di sini. Sebenarnya, kawasan ini dari dulu sudah diwartakan sebagai kawasan panas di IPD PJ. Tapi entahlah, masalah jenayah tak berkurangan. Agak bodoh kalau nak menyalahkan polis 100%. Keamanan sesebuah tempat itu mungkin bergantung kepada sikap prihatin jiran sama jiran. Ada hikmah memiliki jiran yang suka ambil kisah dan ambil tahu. Bukan membiarkan apa saja yang berlaku. Tak hairan kalau penjenayah bermaharajalela. Suka-suka hati nak menyamun sesiapa.

Kawan-kawan, berhati-hati ya? Zaman sekarang, samseng-samseng semuanya jenis nekad. Tak takut apa pun. Dan tak hormat siapa pun. Selagi ada ajaran anti itu dan anti ini, selagi itulah kehidupan sesama masyarakat akan porak-peranda. Percayalah.

30 comments

25/5/12

Jujurnya, saya rasa dah tak selamat tinggal di negara sendiri. Sekian.

25/5/12

Jujurnya, saya rasa dah tak selamat tinggal di negara sendiri. Sekian.

bahaya & merbahaya kan...

kamu pun hati-hati juga ya!

Diorang mmg nekad.Berani sehabis mungkin.Tapikan..bahaya jugak klu kit emelawan.Takut dirodoknye pisau kat kite.nanye je kan.

jalan terbaek..segala urusan..settle time siang.mlm dok umah je.

Jemput terjah New Entry Rezeki Di Pagi Jumaat

Ngeri jugak dgr citer tu.

Mmg penyamun skrg berani..siang2 ramai org pun tak kisah. Mcm saya dulu kena ragut kat tepi jln yg sibuk & sesak..pk 5++pm. ada 2 org je tlg saya..yg lain mcm tak peduli. Yg sorang tu kejar peragut guna motor dia smpai jatuh2..mmg bsr jasa dia.

Tanpa Nama
25/5/12

Salam Fara,

Betul tu, sekarang ni nak kemana-mana pun gelap sikit kita takut.

Siang2 pun kalau tempat sunyi elakkanlah.

sikap mengambil tahu perlu ada sebenarnya.. bukan nak jaga tepi kain orang tapi alangkah bagusnya kalau ada sikap bekerjasama, sekurang2nya penjenayah pun fikir banyak kali nak buat jahat kat kawasan tu..

syukur rakan suami takde pape..

25/5/12

sekarang ni,semua orang sanggup buat apa demi mendapatkan duit walaupun keje tu memusnah hidup orang lain...

Dahsyat ye... tapi salutelah dgn kawan hubby Fara yg masih kuat utk mengingat no. kereta mereka.

Walau berhati-hati pun kalau dah sipenjahat nekad nak buat macam mana..

25/5/12

suami opismet saya disamun lepas keluarkan duit 1K dan pergi ke tandas Caltex untuk kencing. Masuk je tandas, suami opismet dihantuk dengan helmet dan tersungkur jatuh. Habis lesap 1K, dua penumbuk singgah di perut...

jahanam betul.

25/5/12

SAYA KALAU BALIK RUMAH MALAM-MALAM, SEBELUM KELUAR UNTUK MEMBUKA PINTU PAGAR, PASTINYA SAYA AKAN PANDANG KELILING DAHULU.. MANALAH TAHU ADA KERETA ATAU MOTORSIKAL DALAM KEADAAN YANG MENCURIGAKAN.. SAMA-SAMALAH KITA SENTIASA BERWASPADA..

kesiannya kat kawan suami uols...
dan memang bodoh lah penyamun2 tu...

25/5/12

apakah yg dimaksudkan dgn ajaran anti itu dan anti ini tu ?

25/5/12

memang bahaya betul zaman skrng..

mmg takut kan kak.msia skang dah tak selamat.dulu menda2 camni slalu tgk kat tv je tu pun negara2 luo.skang ni dlm msia...tu sbb ratu soh CK balik cpt2.takut jugak kadang2.

Ish scary lah benda-benda macam ni. Masa kat KL dulu, my friend kena ragut twice. Makcik jiran sebelah kena ragut depan rumah sampai tergolek-golek orang tua tu atas jalan. Semua tu berlaku sepantas kilat. Tak sempat nak buat apa-apa. Kat UK ni pulak banyak case mug and random attack. Some people have a very corrupted mind yang suka pergi randomly tikam orang with no motive. Manusia manusia..

Scary lah benda-benda. Mass I duduk kat KL dulu, my friend kena ragut more than once kat area-area wangsa maju sana. I've seen my neighbour, an elderly kena ragut in front of my gate sampai tergolek orang tua tu atas jalan. My ex colleague yang duduk kat villa wangsamas, rumah kena pecah, despite this so called high security. Habis semua barang-barang kena angkut include laptop yang penuh dengan data-data and draf for her thesis. Kesian sangat! Yang kat London ni pun sama naik. Walaupun takde snatch thief, tapi case kena mug tu banyak sangat. Ada yang mati kena tikam just for the sake of £3. Ada pulak yang sakit otak suka pi tikam orang randomly. Manusia manusia...

25/5/12

sikap engkau engkau aku aku ni dah semakin menebal, apa taknya, mak di kampung pun dah guna catering untuk majlis kahwin adik, apatah lagi penduduk bandar... jadi x heranlah aksi ganas ni semakin menjadi2...

Saya takut dgn keadaan sekarang....

25/5/12

dh start risau daa....tu yg letak kayu besbol dalam kete...bukan nak berlaku,tapi manaa tau kalau perlu... >_<

25/5/12

kalau kata malaysia tak aman orang pakat dok kata malaysia aman..tapi saya tak rasa selamat pun...

25/5/12

Risau pulak fikir hubby akk tu, selalu balik mlm, bukan kerja pun....sesaja keluar dgn kwn.
Skrg ni dlm rmh pun tak selamat fara, sentiasa waspada.
Nasib baik kwn hubby tu tak di apakan....

Fara dah boleh komen kt blog akk, ok ke tu?

26/5/12

As salam Fara,

Nauzubillah... So sad :(

Marya rs sesetengah jd mcm ni mungkin disebab oleh kebanjiran pendatang tanpa izin... Mereka ni berani mati nak dptkan duit...

Klau org tempatan yg buat biasanya adalah penagih dadah...

Selain tu, keinginan utk memiliki cara hidup yg mewah... Merompak adalah jln singkat!

:(

Sampaikan salam pd kwn suami awak tu ye... Utk elakkan kejadian mcm ni kena byk2kan bersedekah... Keadaan yg tak diingini berlaku adalah izin dariNYA... Moga kereta tu cepat ditemui kembali... Insya'ALLAH...

Peringatan buat diri sendri, kebocoran rezeki/kejadian yg malang kdg-kala berpunca dr diri sendri... Wallahualam...

26/5/12

bahaya kan...main suka jer nak samun2 org...

huh berdebar baca cerita ni..negara yang aman damai?huhu

itu yg saya risau bile transfer ke kl nie..jenayah jalanan yg menjadi2..

ekonomi lemah samun meningkat

takutnya farah..teringat kak ita..masa zaman anak dara dulu..kena rompak kat asrama tempat keja kat ipoh...tetap takut ....

harap2 dan minta dijauhkan lah dari terkena kes samun begini.

jenayah kian meningkat

MALAYSIA DI TANGGA KE-19 NEGARA PALING SELAMAT!!

NEGARA KE-20 TAK TAW MCM MNER KAN?????

Catat Ulasan