1/06/12

alkisah pegawai bank gagal saman ptptn

Mungkin betul dia (pegawai bank) sudah langsaikan hutang. Tapi ada kemungkinan juga hutangnya masih berbaki. Siapa yang tahu kan? Fakta dari media pun nampak samar-samar. Jadi tak berani nak kata siapa betul, siapa tak betul. Tapi bagi saya kalau kita buat kerja dengan efisien, masalah remeh takkan terjadi. Bukan apa. Masalah yang jadi kalau tak menyusahkan orang, mungkin tak apa. Kan? Tapi kalau dah susahkan orang, saya pun boleh jadi sakit hati.

Orang kata kalau nak meringankan sikit beban hutang PTPTN, undilah dacing. Orang lain yang kata, bukan saya!

Err....

40 comments

Tanpa Nama
1/6/12

Salah, cara meringankan beban hutang bukan dengan mengundi Dacing tetapi dengan membayar ansuran bulanan mengikut jadual yang telah ditetapkan...

Errr..cacing..?errrr....

1/6/12

ooopppsss..yang last tu..hahaha...
dibebani hutang makin naik..haishhh..

Cerita pasal ketidakeffisianan PTPTN tu dah banyak dengar. Dah naik menyampah nak berurusan dengan diorang ni.

Erm.. saya masih berhutang.

1/6/12

Saya berpegang kepada ajaran Islam, ajaran Rasul SAW. Kalau dah berhutang, bayarlah hutang. Jangan berdolak dalik bagi 1001 alasan, sampai ke tahap menuduh si pemberi hutang itu zalim. Kenapa dahulu sebelum SIGN agreement tak fikir zalim atau tak zalim? Tak membayar hutang itulah yang zalim. Dan tergantung amalan anak Adam selagi ada hutang tertangguh. Ingat aja itu, di dunia, boleh lah lepas.

Errrrr.... :(

Tanpa Nama
1/6/12

bosan cerita pasal ptptn...

kirim salam.... :p

@.: iEyLa :.

Err....yg kast tu gurauan mesra je. Hahahaha!

@Daddy Ziyyad

Err...yg nak saman tu org kapiaq la doc. Heeee~

@SM

Boring ke atau tak berani?

Weee~

@Munnafendy

Insya-Allah. Tapi kim salam kat sape? Heee~

1/6/12

saya berjumpa face to face dengan dia sebab dia dibicarakan di mahkamah sebelah saya ni. hehe.

documents dia tak lengkap, dan keterangan lanjut saya takleh bagi sebab P&C. tapi pegawai bank tu memang dah benti jadi pegawai bank, sekarang aktif dengan NGOs yang menentang PTPTN, dia bagi talks dekat student against PTPTN.

Tanpa Nama
1/6/12

@Pok Amai-Amai
topik kau ni membosankan! rajin pulak kau balas komen hari ni. selalunya cuma approve je.

1/6/12

dulu masa aku study, aku duk tgk je ramai kwn2 bergaya ngan henbeg baru, kasut baru , henfon baru pakai duit PTPTN ni...

tapi sekarang aku rasa best sgt sbb tak amek PTPTN dulu...sbb aku tgk kawan2 aku dulu yg bergaya dgn duit PTPTN ni siap dah keluar nama blacklist dlm surat khabar...

japp..baki ptptn nana bape ek? ayoo..huhuhu


windu laaa kat die.. :P

1/6/12

uhhhhh... ptptn lagi.. hummm...
lama tak singgah sini!
kita singgah bawa senyuman! =)

saya nak respon dengan jawapan Daddy Ziyyad.. Ya, saya setuju hutang itu memang wajib dibayar, kerana hutang itu membawa ke mati..

isunya sekarang, caj riba PTPTN itu lah yang membebankan para peminjam sebenarnya... pinjam RM10 kena bayar balik RM20... riba tu kan haram.. macam Along secara halus plak..

kan bagus pinjam RM10 bayar balik RM10.. kita pun senang hati nak bayar. Tu barulah namanya nak bantu rakyat... Bukan nak bebankan rakyat..

Kesimpulan yang boleh disimpulkan, caj perkhidmatan @ riba pinjaman itu yang perlu dimansuhkan dan bukan memansuhkan pinjaman PTPTN, kerana ia adalah hutang yang perlu dijelaskan oleh peminjam.

Hehehhe.. selamat petang kak Fara

Kena sedia dari sedkarang kalau boleh anak kita jgn buat pinjaman ...

seeloknya bayarlah secara ansuran..

@SM

Yeke bosan? Tapi terima kasih sbb masih sudi respon dgn topik bosan aku ni.

Heee~

P/S - Aku rs aku suke nak respon tentang topik yg tak berkesudahan mcm nie.

@eLL

Err...awak. Ade keje kosong tak kat sane? Err....

@wahida

Boikot PTPTN utk anak2 kite, jom?

@Kella

Terima ksh sbb sudi singgah. T sy singgah blk ye?

@Gen2Merah

Sy selalu je nak bercerita psl isu yg ni. Tp org asik nak kate hutang wajib byr. Sy tau hutang tu wajib byr. Tp org tak nak sentuh pulak psl riba. Well, cikgu. What to do?

@Kakzakie

Sy sbg ibu kpd Aydin sudah rs bertanggungjwb utk menjauhkan dia dr PTPTN.

Sy tak kondem ibubapa sy sendiri sbb ms sy nak bt pinjaman pun, ibu sy tak sdp hati nak membiarkan anaknye bergelar penghutang. Tp what to do kak? Kami bukan org senang. Heee~

@MamaEma

Dah beraman byr nie tp hutang tak berganjak. Heee~

suka dengan komen tanpa nama...

Tanpa Nama
1/6/12

@Pok Amai-Amai
kalau nak diikutkan, topik ni memang panjang kalau nak digebangkan. sampai meleret-leret. sampai tahap orang ramai bosan nak ambil tahu.

takde isu lain daripada yang lain ke. you can write better than this la beb...

adui...! aku dah bosan jadi penghutang blacklist!

@SM

AKu tak boleh nak komen lebih walaupun tgn aku ni sibuk je nak ckp sesuatu. Aku rs, bek aku bertandang ke blog ko la beb. Heeee~

Suka debat terbuka ptptn rafizi & khairy hari tu...

banyak benda yang tak jelas, jadi jelas...

@-gedek!

Yg mane satu jelas? Sang Rafizi ke atau dr sang Khairy?

Samar-samarlah bang!

=p

well said..saya tak takde masalah ptptn sbb tak pernah terjebak..mmg kesian sangat pada yang terjebak.. betul kata cikgu gen2merah.. hutang wajib bayar...tapi yang riba tu apa kisahnya..

ramai yang kata..bayar bulan2 tapi hutangnya tak surut2..macam mana gaya tu? dah macam along berlesen pulak dah..macam judi haram..ada jugak judi halal..opss..hehe..

dah pinjam wajib bayar.. kan..?

Catat Ulasan