12/06/12

anak muda melayu

Semalam, saya ambil cuti kecemasan separuh hari. Emak (mertua) saya dimasukkan ke hospital secara tiba-tiba kerana komplikasi kencing manis. Alhamdulillah. Dia dalam keadaan baik. Belakang tengkuk Emak membengkak dan membentuk benjol. Doktor kata, benjolan itu bernanah. Mungkin hari ini, doktor akan jalankan pembedahan kecil ke atas tengkuk Emak. Semoga semuanya dalam keadaan baik.

Semalam juga dalam keadaan kelam-kabut dan huru-hara, buat kami lupa yang masing-masing belum makan apa-apa. Keluar dari Tol Kajang, kami kebuluran. Sudahnya, singgah R&R untuk beli kudapan. Tak terfikir nak makan bersantai memandangkan kami mengejar masa.

Saya mahu makan waffle. Dalam tangan saya cuma ada sekeping not RM50. Di kedai waffle, saya lihat di situ ada 3 orang pekerja lelaki muda. Masing-masing dengan hal sendiri. 2 orang dari mereka asyik membaca suratkhabar Metro. Seorang lagi sibuk menuang pes cokelat ke dalam bekas. Bila masing-masing sibuk dengan dunia sendiri, kehadiran saya seperti halimunan. Tiada etika menyambut pelanggan. Saya kecewa. Tapi tak nak ikutkan perasaan sangat. Lagipun mungkin perkara kecil. Saya terus pesan apa yang saya nak. Dan saya minta mereka uruskan hal pembayaran sementara menunggu waffle saya masak. 

Saya - Akak bayar dulu ye?
Budak - Akak takde duit kecik ke? RM3 je pun?
Saya - Takdelah dik. Akak ada ni je (sekeping not RM50)

Suasana jadi sunyi-sepi. Saya terpacak di hadapan mereka sambil menghulur not RM50. Malangnya, semua buat tak tahu. Seorang budak, buat-buat sibuk masak waffle saya. Seorang lagi, buat-buat sibuk mengemas barang. Dan seorang lagi terus sambung baca suratkhabar. Sedang saya dibiar macam orang bodoh. Hati terus terbakar!

Saya - Tak ada jalan penyelesaian ke?
BudakAkak pergi tukar duit dululah.

Saya marah. Sampai beristighfar banyak kali dan mengurut dada sendiri. Saya diam dan terus pergi ke kedai lain. Saya beli air minum (niat nak beli kacang kuda tapi disebabkan marah, terus saya hilang mood nak mengunyah kacang kuda rebus). Bila dah dapat baki duit kecil, saya terus ke kedai waffle. Sambil membayar, saya berpesan sesuatu;

Macam mana kalau akak tak datang ambil waffle ni? Akak rasa, lebih baik korang berhenti je keje kat sini. Takde masa depan. Kerja pun tak bersungguh. Berhenti ajelah dik....terima kasihlah ya?

Susah bila anak-anak muda tak ada motivasi hendak bekerja dengan baik. Tempiasnya terkena pada pelanggan (yang memberi keuntungan syarikat tempat mereka bekerja). Bukan sebab saya mahu layanan diva. Kalau pun terdesak tak ada duit kecil, apa salahnya beritahu saya dengan baik; Kak, kami tak ada duit kecil. Apa kata akak tukar duit di kedai lain dulu? Sekurang-kurangnya ada komunikasi. Bukan terus biarkan saya terpacak depan kedai macam nak minta sedekah. Aduh!


44 comments

perghh kalau sy berbakul-bakul sy marahkan diaroang time tu gak..tak pun sy hempuk suratkhabar tu kat kepala sekor-sekor!

klu ain mmg tak kan datang balik dah kak..biar diorg rasa yang perbuatan diorg mbiarkan customer terpacak macam tiang lampu mmg tak beretika dan boleh mndatangkan kerugian.

hurmm..itulah yg selalu terjadi biler remaja yg jaga kedai...takde rasa hormat pada org lain tak kire usia..

12/6/12

saya pernah buat perangai dekat kedai makan sebab cashier sombong. nak sangat sombong, saya jadi 2x ganda sombong dan banyak kerenah dengan mereka. takde budi bahasa.

Itulah anak muda kita.

Kesopanan dan kesusilaan hanyalah semata-mata salah satu dari Rukun Negara - itu mungkin ramai yang dah lupa. :(

org yg takde perkerjaan, mungkin itu nasib mereka.. tapi org yg ada pekerjaan tapi tidak menjaga sebaiknya, itu namanya tidak mahu ambil kira nasib mereka dikemudian hari.. sedih dgn org yg tidak tahu menjaga hubungannya dengan org lain..

12/6/12

makbapak paksa kerja kot..duk umah melantak..tido je keja depa tuh...taulah sy pun ada anak sedara yg lbh kurang mcm remaja2 pemalas tuh...xde fikir masa depan.

honestly, kalau sy mmg tak dtg balik kedai tu

12/6/12

Kalau Jun memang kena sound sedas, bukan apa biar dia orang tahu hormat pelanggan. Kalu tak pun hormat kita sebagai orang yang lebih tua dari dia orang.

Tanpa Nama
12/6/12

kau penyabar.

nak berniaga tapi tak reti ambil hati pelanggan..camana nak maju..tak akan ke manalah bisnes kalau camtu..

12/6/12

kalau saya mungkin reaksinya lebih kejam..sbb memang saya akan kata.. takpe lah dik..tak jadilah nak beli waffle tu..

anak muda sekarang tak berfikiran jauh.. bekerja sekadar cukup untuk enjoy dan hidup hari2..sebab tu tak serius dalam menjalankan tanggungjawab.. tak fikir masa depan..bila dah merenyam nak berkahwiin baru fikir nak simpan duit..

apa pun..semoga ibu fara selamat menjalani pembedahan kecil dan semakin sihat..untuk elak luka pembedahan lambat sembuh/bernanah elok kalau bagi dia makan vitamin c.. sebaiknya cari yg natural.. yang ada bioflavonoid..

Teringat kisah las month on the way ke kuantan, singgah di R&R gambang, nak beli limau ais, R1.20RM. Bg note 5rm sekeping, budak muda ni tak ada duit tukar, sanggup ke kedai sebelah, pon masih tak ada tukar, las las die halalkan yang dua poloh sen tu. Ikhlas sungguh.

Budak-budak muda "zaman sekarang" sukar di ramal.

Mungkin daerah/negeri/kawasan yang mereka tinggal tidak sama buat mereka berfikiran berbeza.

Pengalaman je boleh buat mereka sedar diri di mana mereka berpijak.

iols paling tak suka kalo pegi kedai jual barangan or kedai makan yg tak ada duit kecik -
dan boleh plak suruh2 jugak kita pegi tukar duit kat kedai lain dulu....

macam mana gaya meniaga ni... duit kecik pun tak boleh nak sedia kan...
bukannya susah pun - bank pkul 9 pagi dah bukak...
lagi bagus lah kalo tukar siap2 sehari sebelumnya...
tak boleh kah???

kalo iols - memang iols abaikan aje - tak kisha lah dia dah buat ke belum order iols...
dah kau kurang hajara kekdahnya...

bagus cara farah tu..kak ita suka..kurang ajar betul lah tu..belum pernah kena lagi

rozie pun biase tolong mak kat kedai. kalau tak de duit kecik biase rozie yg g tukar bukan pelanggan tu sendiri...

sebab tu sy tak hairan kedai mamak lebih laku sekarang ni.. (",)

12/6/12

SEKALI SEKALA MEMANG KENA AJAR MEREKA NI.. BUKAN SETAKAT BUDAK MUDA SAHAJA, YANG DAH TUA BANGKA PUN SAMA JUGAK..

memang berasap kalau cam tu, tapi saya mungkin skema sikit, tukar duit dulu lepas tu mengumpat dalam hati, huhu

12/6/12

kalau saya pun akan buat camtu fara...sound je.terbakar hati!

rara penah kena gak cm tu.nk bli jagung,ada 3 org budak muda melayu gak.sama situasi mcm akk ni.mmg panas ati.ckp pon mcm kite mintak sedekah.rasa nk bako je kedai tu.

generasi sekarang. dah nampak hasilnya.

mau bersabar atau mau bersuara untuk mengajar?

saya kurang sabar untuk bersabar maupun untuk bersuara. huh!

wah..mmg takde etika langsung! takde ciri2 org nak bekerja.

sabar mmg sabar, tapi tegur/bg pengajaran mmg perlu pd org gini.

12/6/12

emm stuju..berbahasa le sikitkan..hmpeh tul..budak2 skarang mmg camtu..kdg2 dorang x tau kot gaji dorang tu dtg dari kita yg kasi rezeki kat dorang?

saya pnah tinggalkan kedai yg mcm ni..buat bodo kat planggan..hmpeh mmg :( kaum kita lak tu..opps sori le tpksa sebut kaum :(

12/6/12

Cerita kamu sebijik cerita akk sis..cuma situasinya berlaianan...akk diklinik...hari dah petang...charge 25 henggit..hulur duit 50 remaja melayu perempuan kata tak der duit kecil nak pulangkan baki..suruh akk tukar dulu...akk argue...akk ckp kalau pagi ok lah..ini dah petang dan baki cuma 25 sahaja.....dikaunter ada 5 staff...tak kan langsung tak ada duit kecil...akk keluar dari klinik tanpa ambil ubat...hati jd kering dgn suara yg tinggi menyuruh kita pegi tukar duit dulu...

Tanpa Nama
12/6/12

tulah kadang sakit jiwa ngan peniaga2 ni.. byk kali dah jadi kat saya juga..... salam kenal n dah follow u ye

Pandai lagi makcik tua di pasar malam kakak. Kalau kita bayar note besar pun dia ambil kemudian dia tukar pada peniaga lain yg sebelah-menyebelah... dia minta kita tunggu sekejap lepas tu setel...

12/6/12

kalo papa mifz tak kan patah balik ambik waffle tuh...

12/6/12

- semoga mak mertua awak sembuh, jaga gulanya, sebab bisul mmg perkara yg serius buat penghidap diabetes.

- saya dah lali dgn sikap malaysian macam tu, jgn kan anak muda melayu, yg dah tua bangka ada cucu pun macam tu

12/6/12

aku penah kena..tapi aku terus blah.
kedai tu dah rugi sorang pelanggan sbb lepas tu aku mmg boikot kedai tu

mudah2an lepas kena pesanan
hikmah tu ada perubahan pada mereka

kalau cakap baik2
ginilah kita di layan selalunya :)

PATUTNYA... DORG LA YANG P TUKAR... SEMUA PENIAGA MACAM TU LAH...NI MESTI KES MALAS NAK GI MINTA TUKAR... NAMA PUN KEDAI.... MESTILAH ADA DUIT KECIK... AKU PLAK YANG HANGIN... HIKHIKHIK

Anak muda zaman skang, tak der adab sopan.

Klo saya memang tak dtg balik dah kedai tu. Patutnya dirang lah yg ken atukarkan duit tu sbb dorang yg jaga kedai.

Smoga mak fara cepat sembuh.

syukur awak masih boleh bersabar walau dalam kepala dah mendidih.. tapi sesekali orang macam tu elok dibahasakan, tapi adakah dorang sedar.. rasanya tak..

tu lah masalahnya kalau makan kat kedai Melayu.. asik nak menggeram je rasanya..

Kalau saya tempat kak fara, saya konfom kansel order tu... menyusahkan pelanggan je.. baik cari makan kat kedai lain..

13/6/12

bagusnyer la akak ni...haha :P
no offense...tapi kalau saya,jarang kasi muka...hoho

senoria biasa orang melayu berniaga takut nak sediakan duit kecik : (

13/6/12

kalu diberitahu baik2 dgn pelanggan, pasti tak jadi perasaan tak puas hati mcm ni.

pst: semoga keadaan emaknya beransur baik fara

13/6/12

aku paling marah kalau gi kedai takde duit tukar...

kalau berniaga, sila bawak duit kecil byk2...ni lah masalah peniaga melayu...masalah layan pelanggan satu hal, masalah duit kecil pun satu hal...adoi la...

13/6/12

semoga ur MIL cepat sembuh...
sedih dgr berita ni...

13/6/12

Moga MIL cepat semboh ye fara..

Sebenarnya sbg pelanggan kita boleh bertolak ansur dgn penjual Tapi kalau dah bahasa pun menyakitkan hati, mana boleh tahan. Tak boleh tanding dgn bangsa asing, layanan setengah mereka lebih baik dr bangsa kita sendiri.

dah takde istilah bahasa kita budaya kita dlm jiwa budak2 skrg..

takut tgk kan?

camne le bila anak2 kita besor nanti

pernah beberapa kali juga pergi ke kedai bukan melayu yang ada masalah seperti fara ceritakan...

Its their responsibility to get the small change for u, Farra.

Customer first. Diaorg lupa?

Catat Ulasan